Kromatid
Kromatid (bahasa Yunani khrōmat- 'warna' + -id) ialah separuh daripada kromosom pendua. Sebelum replikasi, satu kromosom terdiri daripada satu molekul DNA. Dalam proses replikasi, molekul DNA disalin, dan dua molekul itu dikenali sebagai kromatid.[1] Semasa peringkat akhir pembahagian sel, kromatid ini berpisah secara longitudinal untuk menjadi kromosom individu.[2]
Pasangan kromatid biasanya serupa dari segi genetik, dan dikatakan homozigot. Walau bagaimanapun, jika mutasi berlaku, pasangan tersebut akan menunjukkan sedikit perbezaan dan dikenali sebagai heterozigot. Gandingan kromatid tidak boleh dikelirukan dengan keploidan sesuatu organisma, iaitu bilangan versi homolog kromosom.
Kromatid beradik
[sunting | sunting sumber]Sepasang kromatid mungkin merupakan kromatid beradik atau bukan beradik. Kromatid beradik merupakan salah satu daripada dua kromatid kromosom sama yang dicantumkan oleh sentromer sepunya. Sepasang kromatid beradik dipanggil diad. Sebaik sahaja kromatid beradik berpisah (semasa anafasa mitosis atau anafasa II meiosis semasa pembiakan seksual), mereka sekali lagi dipanggil kromosom, dengan masing-masing mempunyai jisim genetik yang sama dengan salah satu kromatid individu yang membentuk induknya. Jujukan DNA dua kromatid beradik adalah sama sepenuhnya (selain daripada ralat penyalinan DNA yang sangat jarang berlaku).
Pertukaran kromatid saudara (SCE) ialah pertukaran maklumat genetik antara dua kromatid beradik. SCE boleh berlaku semasa mitosis atau meiosis. SCE kelihatan terutamanya mencerminkan proses pembaikan rekombinasi DNA yang bertindak balas terhadap kerosakan DNA (lihat rencana kromatid beradik dan pertukaran kromatid beradik).
Sebaliknya, kromatid bukan beradik merujuk kepada salah satu daripada dua kromatid kromosom homolog berpasangan, yakni gandingan kromosom dari sebelah bapa dan kromosom dari sebelah ibu. Sewaktu berlakunya persilangan kromosom, kromatid bukan beradik perempuan (homolog) membentuk kiasmata untuk menukar bahan genetik semasa profasa I meiosis (lihat rencana pasangan kromosom homolog).
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Cari chromatid dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- ^ Alberts, Bruce; Johnson, Alexander; Lewis, Julian; Raff, Martin; Roberts, Keith; Walter, Peter (2002), An Overview of M Phase (dalam bahasa Inggeris), Garland Science, dicapai pada 2024-03-28
- ^ "Definition of CHROMATID". www.Merriam-Webster.com. Dicapai pada 18 July 2017.