Kitab Yeremia
Templat:Kitab-kitab Perjanjian Lama
Kitab Yeremia atau Kitab Jeremiah ialah sebahagian dari Alkitab Ibrani, Tanakh Agama Yahudi, dan kemudian sebahagian dari Perjanjian Lama Kristian. Kitab ini dinamakan menurut nabi Yeremia (Ibrani: יִרְמְיָהוּ Yirməyāhū; Inggeris: Jeremiah). Yeremia hidup di antara bahagian terakhir abad ke-7 dan bahagian pertama abad ke-6 sebelum Masihi.
Isi kitab
[sunting | sunting sumber]Kitab Yeremia dapat dibahagikan dalam beberapa bahagian seperti yang berikut ini:
- Pesanan dari Tuhan kepada bangsa Yehuda dan penguasa-penguasanya pada masa pemerintahan Yosia, Yoyakim, Yoyakhin, dan Zedekia.
- Petikan-petikan dari buku catatan Barukh juru tulis Yeremia, termasuk berbagai perlakuan dan peristiwa penting dalam kehidupan Yeremia.
- Pesanan dari Tuhan tentang berbagai bangsa asing.
- Catatan pelengkap mengenai kisah jatuhnya Jerusalem dan pembuangan ke Babel.
Nabi Yeremia adalah seorang yang berperasaan halus. Ia sangat cinta kepada bangsanya, dan sama sekali tidak suka melaksanakan hukuman ke atas mereka. Di dalam beberapa bahagian dari bukunya ia berbicara dengan penuh perasaan tentang penderitaannya kerana ia dipanggil oleh Tuhan untuk menjadi nabi. Perkataan Tuhan adalah seperti api di dalam hatinya; mahu tidak mahu ia harus menyampaikannya kepada bangsanya.
Yang paling indah dalam buku ini ialah kata-kata Tuhan yang menunjuk kepada suatu masa yang akan datang. Pada masa itu akan ada suatu ikatan janji yang baru dengan Tuhan. Umat Tuhan akan mentaati janji itu tanpa ada guru yang mengingatkan mereka. Sebab janji itu akan tertulis di dalam hati mereka (31:31-34).
Versi septuaginta kitab ini berbeza urutan bab-babnya dengan versi dalam bahasa Ibrani.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Pengantar Alkitab Lembaga Alkitab Indonesia, 2002.