[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kerosin jet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kerosin jet adalah bahan api semua pesawat udara yang menggunakan enjin turbin gas termasuk kapal terbang pelbagai saiz dan helikopter. Kerosin adalah bahan yang sama dengan minyak tanah (minyak gas) yang digunakan oleh penduduk dunia di era 50an hingga 90an mengantikan dapur kayu. Kerosin untuk kegunaan jet ditambah baik dari kerosin biasa dan dikelaskan kepada kerosin tanpa plumbum (Jet-A1) dan kerosin campuran nafta (Jet B).

Kerosin Jet-A1 kebiasaannya digunakan sebagai bahan api pesawat kerana ia tidak membeku pada suhu di bawah tahap beku. Ia terdiri daripada campuran kerosin dan bahan anti beku.

Untuk mengisi kerosin ke tangki pesawat biasanya menggunakan lori tangki ataupun trak yang menyedut kerosin di saluran bawah tanah lapangan terbang dan mengisi kerosin ke tangkai pesawat melalui panel pengisian bahan api.

Terdapat juga cara pengisian di udara, biasanya untuk pesawat jenis pejuang dan tentera.