[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kelur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pokok Kelor
ڤوکوق کلور
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
M. oleifera
Nama binomial
Moringa oleifera

Pokok kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera juga dikenali sebagai merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai atau moringa[1] (Tamil: முருங்கை, rumi: merunggai) atau pokok benzoil[1] merupakan satu-satunya tumbuhan genus Moringa dalam keluarga Moringaceae. Pokok ini berasal dari bahagian selatan kaki pergunungan Himalaya barat laut India, namun sudah biasa tumbuh di kawasan tropika dan separa tropika.

Pokok ini mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya. Lengai muda dan daun pokok kelor digunakan sebagai sayuran. Lengai dari pokok ini juga boleh digunakan bagi membersihkan air dan membersihkan tangan, dan kadang-kala digunakan dalam perubatan herba.  

Lenggai (pod) Kelor ("Moringa oleifera") di Panchkhal, Nepal
Bunga Kelor
Pokok dan lenggai pokok Kelor (Moringa oleifera)
Biji benih Kelor

M. oleifera merupakan pokok cepat tumbuh boleh mencapai ketinggian 10-12 m (32-40 kaki) [2] manakala batangnya boleh mencapai diameter 45 cm (1.5 kaki).[3] Kulit batang pokok kelor mempunyai warna yang putih-kelabu dan dikelilingi oleh gabus tebal. Pucuk muda mempunyai kulit keunguan kehijauan-putih, berbulu. Pokok ini memiliki silara luas dan merundup, dahan rapuh dan dedaun yang ringan tiga sekelompok tripinnat. Pokok ini tumbuh dengan dedaun yang begitu lebat.[4]

Bunganya wangi dan dwijenis dikelilingi oleh lima kelopak kuning-putih tidak sama rata, dengan urat yang sedikit. Bunganya sekitar 1-1.5 cm (1/2 ") panjang dan 2.0 cm (3/4") lebar. Ia tumbuh di batang berbulu halus dalam kelompok tersebar atau merundup dengan kelompok bunga yang mempunyai panjang 10-25 cm.[2]

Buahnya muncul dalam lenggai bertantung, kapsul perang tiga segi dengan saiz 20-45, setiap kapsul mampu memuatkan benih bulat sekitar 1 cm. Tiga biji benih di dalamnya mempunyai sayap nipis putih dan disebarkan oleh angin dan air.[3]

Penanaman

[sunting | sunting sumber]

Ia mudah ditanam dan mudah sesuai dengan apa-apa cuaca. Pokok kelor cepat tumbuh dan tahan kemarau. Semasa penanaman, ia sering dicantas setiap tahun kepada 1-2 m (3-6 kaki) dan dibenarkan untuk tumbuhkan kembali agar buah dan daun kekal boleh dicapai dalam jangkauan lengan.[5]

Tempoh berbunga bermula selepas enam bulan mula ditanam. Di Kawasan musim sejuk, ia berbunga hanya sekali setahun yang berlaku antara April dan Jun. Dalam suhu bermusim berterusan dan dengan hujan berterusan, ia berbunga dua kali atau boleh sepanjang tahun.[2]

  1. ^ a b "USDA GRIN Taxonomy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2015-11-22.
  2. ^ a b c Parotta, John A. (1993). "Moringa oleifera Lam. Reseda, horseradish tree. Moringaceae. Horseradish tree family" (PDF). USDA Forest Service, International Institute of Tropical Forestry. Dicapai pada 2013-11-20.
  3. ^ a b "Moringa oleifera Lam". Plant Resources of Tropical Africa. Dicapai pada 2013-11-20.
  4. ^ "Horseradish tree". Encyclopedia Britannica. Dicapai pada 2015-04-25.
  5. ^ Verzosa, Caryssa. "Malunggay and Spinach Powder (Investigatory Project Sample)". Scribd.com. Dicapai pada 2012-04-11.