Kehidupan liar
Kehidupan liar merujuk kepada semua tumbuhan, haiwan dan organisme lain yang tidak dibelajinakkan. Pembelajinakan spesies tumbuhan dan binatang buas untuk keuntungan manusia telah banyak terjadi di seluruh dunia, dan memiliki dampak besar terhadap lingkungan, positif mahupun negatif.
Kehidupan liar dapat ditemukan di semua ekosistem. Gurun, hutan hujan, dataran, dan daerah lain—termasuk kawasan bandar—semuanya memiliki bentuk kehidupan liar yang berbeza. Sementara sebutan dalam budaya masyarakat merujuk pada haiwan yang tidak tersentuh oleh faktor-faktor manusia, banyak ahli sains setuju bahawa kehidupan liar di seluruh dunia telah terkena dampak aktiviti manusia.
Secara sejarah, manusia berusaha memisahkan peradaban dari kehidupan liar dalam berbagai cara, termasuk dari segi undang-undang, sosial, dan moral. Hal ini menjadi alasan dalam perbahasan sepanjang sejarah. Agama sering menyatakan haiwan-haiwan tertentu disucikan, dan dalam era modern, kesadaran terhadap lingkungan alami telah memaksa aktivis untuk membantah eksploitasi kehidupan liar untuk keuntungan manusia atau hiburan. Karya sastera juga menyatakan pemisahan manusia tradisional dari kehidupan liar.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Ketahui lebih lanjut tentang Kehidupan liar di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |