Kadok
Penampilan
Kadok merupakan sebuah pekan kecil dan juga daerah yang terletak di jajahan Kota Bharu, Kelantan. Kampung Kadok terletak di dalam jajahan Kota Bharu dan berhampiran dengan sempadan jajahan Bachok.
Rata-rata penduduk merupakan bangsa Melayu dan beragama Islam. Penduduk di kampung ini kebanyakannya bekerja sebagai petani. Anak-anak muda pula kebanyakannya berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki, dan terdapat juga anak muda yang menyambung warisan pekerjaan keluarga di kampung.
Adat dan budaya masyarakat setempat tidak berbeza dengan adat dan budaya masyarakat Melayu lain. Mempunyai sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan.