[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kaalia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kaalia (bahasa Hindi: कालिया) adalah sebuah filem aksi Bollywood yang diterbitkan oleh Iqbal Singh pada tahun 1981, ditulis dan diarahkan oleh Tinnu Anand. Filem ini dibintangi oleh Amitabh Bachchan (memegang watak utama), Parveen Babi, Asha Parekh, Kader Khan, Pran, Amjad Khan, K. N. Singh dan Jagdeep. Muziknya digubah oleh R. Burman. Filem ini menjadi kegilaan ramai dan mencapai status Jubli Perak, yakni filem yang ditayangkan di dalam sesebuah bandar secara berterusan untuk sekurang-kurangnya 25 minggu. Ia juga menduduki tempat kelapan dari segi kutipan filem Hindi tertinggi pada tahun 1981.[1] Filem ini diolah semula dalam bahasa Kannada pada tahun 1984 dan diberi judul Huliyaada Kaala dibintangi oleh Harimau Prabhakar.

Kaalia (Amitabh Bachchan) tinggal dengan abangnya Shamu (Kadar Khan), kakak iparnya Shanti (Asha Parekh), dan anak perempuan mereka yang masih kecil. Dia menghabiskan masanya sepanjang hari bermain dengan anak-anak jiran. Abangnya mengalami kemalangan semasa bekerja di kilang dan hilang kedua-dua belah tangannya. Dia kehilangan kerjanya dan memerlukan wang untuk rawatan. Kaalia merayu kepada majikan abangnya, Shahani Seth (Amjad Khan), tetapi dia menolak. Kaalia memecah masuk ke dalam peti besi Shahani untuk mendapatkan wang tersebut tetapi ia sudah terlambat kerana abangnya telah meninggal dunia. Shahani menghumban Kaalia ke dalam penjara untuk tempoh sembilan bulan. Di sinilah dia bertemu orang-orang yang mengajar dia jenayah (kallu se kalia ka safar shuro hota hai). Setelah dia dibebaskan, Kaalia menjadi orang yang lebih kuat, berbeza dari dahulu. Dia dan rakan-rakan subahatnya mencuri emas yang telah diseludup oleh Shahani di kilang. Kemudian dia membakar kilang tersebut sebagai balasan untuk kematian abangnya. Dia diseret ke penjara lagi, kali ini untuk tempoh 2 tahun. Rakan-rakan subahatnya berbohong kepada kakak iparnya bahawa Kaalia berada di Amerika mendapatkan banyak wang untuk dia dan anak perempuannya. Mereka berdua keluar daripada belenggu kemiskinan dan hidup dalam kekayaan. Di penjara, Kaalia bertemu dengan warden penjara (Pran), seorang yang kuat, pintar dan beretika, yang anak perempuannya telah diculik oleh salah seorang tahanannya ketika dia masih kecil. Selepas Kaalia dibebaskan daripada penjara, dia nekad untuk membalas dendam dan akhirnya berpasangan dengan seorang wanita bernama Shalini (Parveen Babi). Shahani telah menculik anak saudara Kaalia dan memaksa Shanti untuk menjadi saksi terhadap Kaalia di mahkamah. Dia didapati bersalah untuk pembunuhan yang tidak dilakukannya dan melarikan diri daripada penjara untuk mencari anak saudaranya. Pada mulanya, warden penjara mengejarnya tetapi setelah dia tahu cerita sebenar, warden tersebut sebaliknya memutuskan untuk membantunya. Mereka pergi ke tempat Shahani dan bukan sahaja menjumpai gadis kecil itu malah juga kakak ipar Kaalia yang hampir-hampir dibunuh. Shahani mendedahkan kepada warden penjara bahawa dialah yang telah menculik anak perempuannya 20 tahun yang lalu dan rupa-rupanya Shalini ialah kanak-kanak itu. Mereka berjuang menentang Shahani dan dia dipukul dengan teruk. Semua orang hidup bahagia selama-lamanya.

Barisan pelakon

[sunting | sunting sumber]
  • Amitabh Bachchan ... Kallu / Kaalia
  • Asha Parekh ... Shanti
  • Parveen Babi ... Shalini / Rani Singh
  • Kader Khan ... Shamu
  • Amjad Khan ... Shahani Seth / Jaswant
  • Pran ... Warden Raghvir Singh
  • K.N. Singh ... Penjenayah
  • Sajjan ...Peguambela Kedua 
  • Murad ... Pegawai IGP
  • Sudhir ... Rawat
  • Kushboo Sundar ... Rina (sebagai Baby Khushboo)
  • Brahmachari ... Gopal
  • Ram Sethi ... Banduan Cacat
  • Brahm Bhardawaj ... Hakim
  • Yunus Parvez... Abdul
  • Dev Kumar ... Penjenayah
  • Jagdeep... penjual kereta
  • Bob Christo
  1. ^ http://ibosnetwork.com/asp/topgrossersbyyear.asp?year=1981. Missing or empty |title= (bantuan)[pautan mati kekal]|title= hilang atau kosong (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]