K Line
Penampilan
Kawasaki Kisen Kaisha, Ltd. (bahasa Jepun : 川崎汽船株式会社 - Kawasaki Kisen Kabushiki-gaisha) atau K Line ialah sebuah syarikat perkapalan Jepun. Ia memiliki armada kapal dagang yang besar terdiri daripada kapal kontena, kapal kargo pukal, kapal pembawa gas, Kapal RO-RO dan kapal tangki. Ia merupakan syarikat perkapalan ke-11 terbesar di dunia.
Syarikat ini diasaskan pada 5 April 1919 dan aktiviti perniagaannya merangkumi pelbagai sektor seperti pengangkutan marin, agensi insurans, pergudangan, dan semua jenis pengangkutan dalam pengangkutan antara mod yang melibatkan air, darat dan udara.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kawasaki Kisen Kaisha, Ltd. Diarkibkan 2009-02-21 di Wayback Machine
- "K" Line America
- "K" Line (Singapore) Pte Ltd. Diarkibkan 2008-04-04 di Wayback Machine