KT Wiz
KT Wiz | |||||
---|---|---|---|---|---|
KT 위즈 | |||||
| |||||
Maklumat | |||||
Liga | KBO League (2015–kini) | ||||
Lokasi | Suwon | ||||
Stadium | Stadium Besbol Suwon (2015–kini) | ||||
Januari 2013 | |||||
Kejuaraan liga | 2021 | ||||
Kejuaraan Korean Series | 2021 | ||||
Warna | Hitam, merah dan putih | ||||
Pemilikan | KT | ||||
Pengurus | Lee Kang-chul | ||||
Laman sesawang | www |
KT Wiz (Korea: KT 위즈 ) merupakan pasukan besbol profesional Korea Selatan yang berpusat di Suwon. Pasukan ini merupakan anggota KBO League dan beraksi di gelanggang mereka di Suwon.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada 11 Januari 2013, pihak Korea Baseball Organization (KBO) secara rasminya meluluskan kemasukan KT Baseball Club ke KBO League bermula musim 2015. Suwon KT Wiz beraksi pada musim 2013 sebagai sebahagian daripada Freedom Division di KBO Futures League[1] dan pada musim 2014 pula sebagai sebahagian daripada divisyen Blue League di Futures League.[2] Pada tahun 2015, pasukan ini layak ke KBO League.
Sebagai pasukan baru di KBO League pada 2015, Wiz dibenarkan memiliki empat pemain asing dalam pasukan pada setiap musim (kebiasannya tiga oang pemain).[3] Pemain asing yang dibawa masuk oleh Wiz pada musim 2015 ialah pitcher Phil Irwin, Andrew Sisco dan Chris Oxspring sementara pemain pemukul pula ialah Andy Marte (Sisco dan Irwin kedua-duanya telah dilepaskan pada pertengahan musim dan mereka berdua masing-masing digantikan oleh Dan Black dan Justin Germano). Bermula musim 2017, kelebihan Wiz untuk mendapatkan pemain asing telah dikurang kepada tiga orang pemain.
Setelah lima musim berturut-turut tanpa kelibat aksi playoff, Wiz akhirnya mara pada tahun 2020 selepas mengakhiri kempen musim di tempat kedua dengan rekod 81–62–1.[4] Mereka kemudiannya disingkirkan oleh Doosan Bears di pusingan separuh akhir menerusi empat perlawanan.[4] Pada tahun berikutnya, buat kali pertama dalam sejarah pasukan, KT Wiz menjadi juara musim selepas menewaskan Samsung Lions di playoff dan mara terus ke Korean Series.[5] Dalam aksi final, pasukan Wiz akhirnya merangkul gelaran sulung setelah mengecewakan Doosan Bears menerusi empat aksi perlawanan.[6]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Fast, Alex. "So You Want To Get Into The KBO: The Pitcher List staff brings you the definitive guide to the KBO," Pitcher List (May 2020).
- ^ "PARTICIPATING FRANCHISES IN THE KBO FUTURES LEAGUE," Baseball in Korea (19 January 2014).
- ^ "KBO clubs snatch up new foreign players following rule change," Yonhap News Agency (16 December 2013).
- ^ a b "2020 Korean Baseball Organization". Baseball-Reference.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 May 2022.
- ^ "KT Wiz win KBO tiebreaker game to reach 1st Korean Series". The Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). 31 October 2021. Dicapai pada 4 May 2022.
- ^ "(LEAD) How sweep it is: KT Wiz defeat Doosan Bears in 4 straight for 1st Korean Series title". Yonhap News Agency (dalam bahasa Inggeris). 18 November 2021. Dicapai pada 4 May 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan KT Wiz |
- Tapak web rasmi (dalam bahasa Korea)
- KT Wiz di Facebook (dalam bahasa Korea)