[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

KL FM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
KL FM
BandarKuala Lumpur
Kawasan penyiaranWilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
Slogan Rentak Interaktif Kota
Tarikh siaran pertama5 November 1973; 50 tahun yang lalu (1973-11-05) sebagai Radio Malaysia Ibu Kota
FormatKontemporari dewasa, Berita, Oldies dan Hits klasik
BahasaMelayu
Pengenal terdahuluRadio Malaysia Ibu Kota
Pemilik
Saluran kembar
Siaran webhttps://rtmklik.rtm.gov.my/radio/negeri/kl-fm
Tapak webklfm.rtm.gov.my

KL FM (radio ini dikenali sebagai Radio Malaysia Ibu Kota, Radio 3 Ibu Kota, Radio 3 Kuala Lumpur, Radio Kuala Lumpur dan Radio Malaysia Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur)) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Radio Malaysia Ibu Kota) ialah sebuah stesen radio bandaraya Bahasa Melayu tertua di Kuala Lumpur untuk masyarakat Kuala Lumpur dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Kuala Lumpur. Ini juga merupakan radio bandaraya pertama Bahasa Melayu di Kuala Lumpur. Moto utamanya ialah Rentak Interaktif Kota boleh didengari melalui frekuensi menerusi 97.2 FM di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur).

KL FM utamanya ialah di Tingkat 1, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Pada 1 Februari 1972, Kuala Lumpur telah diberi status bandar dan Tan Sri Dato' Lokman Yusof menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama. Pada 5 November 1973 jam 6:30 pagi, KL FM bermula sebagai Radio Malaysia Ibu Kota majlis pelancaran secara rasmi memulakan penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur, bandar raya terbesar dan ibu kota negara di Malaysia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ke-3, Yaakob Latiff memulakan siaran rasmi dengan melancarkan rancangan pertama bertajuk Hiburan Pagi. Ia adalah untuk menyesuaikan dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan yang mengandungi lebih kurang 2 juta penduduk terdiri dari pelbagai bangsa dan agama serta corak kehidupan dan pekerjaan. Radio Malaysia Ibu Kota beroperasi setiap hari mulanya menerusi gelombang sederhana 800 KHz dalam dua sesi iaitu jam 6:30 pagi sehingga 9:00 pagi dan 4:00 petang sehingga 7:00 malam. Waktu siaran ketika itu seolah-olah ditujukan kepada pemandu kenderaan, penumpang bas dan kenderaan awam yang minta dihiburkan kerana menghadapi kesesakan lalu lintas. Atas sokongan dan minat orang ramai waktu siarannya telah dilanjutkan selama 9 jam bermula dari jam 6:00 pagi sehingga 9:00 pagi dan 1:00 tengah hari sehingga 7:00 malam dan siaran dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. Radio Malaysia Ibu Kota mula ke udara sehingga penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur dan siaran dari Kuala Lumpur. Kawasan penyiaran ini hanya terhad kepada Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia sahaja dan bersiaran di Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan yang dinamakan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebelum ini ia merupakan sebahagian daripada negeri Selangor.

Masa Siaran Segmen
06:30 - 07:00 Hiburan Pagi
07:00 - 07:10 Berita
07:10 - 07:17 Berita Ibu Kota dan Cuaca Kuala Lumpur
07:17 - 08:00 Sambil Sarapan
08:00 - 08:05 Harga Barang-Barang
08:00 - 08:59 Sambil Sarapan
16:00 - 17:00 Hiburan Rancak
17:00 - 17:10 Berita
17:10 - 17:15 Selingan
17:15 - 17:22 Berita Ibu Kota dan Cuaca Kuala Lumpur
17:22 - 17:30 Harga Barang-Barang
17:30 - 18:00 Bincang Pujaan
18:00 - 18:59 Hiburan Petang

Selain daripada menyiarkan rancangan biasa Radio Malaysia Ibu Kota juga menyediakan rancangan 1 jam dalam bahasa Inggeris iaitu dari jam 6:00 petang sehingga 7:00 malam yang dinamakan Voice of Kuala Lumpur dan Sound of Kuala Lumpur. Rancangan ini khusus untuk pelancong-pelancong dari luar negara mengenali Kuala Lumpur dari segi keindahan semula jadi, makanan, pakaian dan kebudayaan masyarakat Kuala Lumpur.

Sejajar dengan kemajuan dan perkembangan di Wilayah Persekutuan, Radio Malaysia Ibu Kota turut berkembang. Radio Malaysia Ibu Kota maju selangkah dengan menyusun program berinfomasi serta hiburan segar dan rancak. Personaliti DJ diperkenalkan pada tahun 1983, dimana seorang DJ bertugas setiap hari mengikut waktu tertentu - Isnin hingga Sabtu dari jam 6:00 pagi sehingga 9:00 pagi, 1:00 tengah hari sehingga 4:00 petang dan 4:00 petang sehingga 6:00 petang. Maka muncullah DJ-DJ seperti Zainal Din Zainal, Kamal Hassan dan Mohd Noor Amin (NORAMIN). Pada waktu itu Noramin telah memperkenalkan satu rancangan belajar bahasa iaitu bahasa Jepun yang diberi nama Mosyi-Mosyi yang menjadi kebanggaan Radio Malaysia Ibu Kota dan wargakota.

Program-program diperkuatkan lagi dengan mengundang tetamu ke studio disamping pendengar boleh berinteraksi melalui phone-in. Laporan lalu lintas ‘secara langsung’ menerusi telefon dari Bilik Lampu Isyarat Berkomputer Dewan Bandaraya Kuala Lumpur oleh diperkenalkan disamping laporan lalu lintas yang diberikan oleh Trafik Polis. Untuk merapatkan lagi hubungan dengan pendengar, Radio Malaysia Ibu Kota sentiasa mengadakan siaran luar secara langsung dan menganjurkan rancangan kemasyarakatan.

Pada 5 November 1983, Radio Malaysia Ibu Kota telah mengadakan siaran secara langsung dari Panggung Anniversary dari pukul 9:00 pagi sehingga 10:00 malam sempena ulangtahun Radio Malaysia Ibu Kota yang ke-10.

Rancangan-rancangan bercorak kemasyarakatan juga diperkenalkan. Ia dijalankan dengan kerjasama pihak swasta seperti rancangan Pemandu Bersopan yang bertujuan mengurangkan atau mengelakkan kemalangan jalanraya yang agak tinggi khususnya di ibu kota. Rancangan Masih Ada Yang Sayang disediakan khusus untuk golongan istimewa bagi menyedarkan masyarakat tempatan betapa mereka memerlukan perhatian dan diterima dalam masyarakat.

Rancangan-rancangan yang cergas, aktif, penuh semangat serta tidak menjemukan telah dijadikan stesen contoh oleh stesen-stesen daerah di seluruh negara. Mulai Ogos 1986 stesen daerah ataupun tempatan mencontohi Radio Malaysia Ibu Kota dan mempersembahkan rancangan-rancangan mereka ala Radio Malaysia Ibu Kota.

Pada setiap hari Ahad jam 2:00 tengah hari sehingga 3:00 tengah hari, RMIK menyediakan DJ POP. Rancangan ini mengandungi lagu-lagu paling popular pada minggu tersebut mengikut pilihan pendengar lagu yang mendapat undi terbanyak dan menjadi johan digelar Puncak Kinabalu, naib johan digelar Puncak Tahan dan tempat ketiga digelar Puncak Jerai. Ini dapat melatih pendengar khususnya anak-anak muda supaya lebih mengenali dan cintakan negara.

RMIK juga menyiarkan DJ Jemputan. Rancangan ini memberi peluang kepada belia mengelolakan rancangan dan memilih lagu serta bertanding untuk pendengar memilihnya. Rancangan ini menggalakkan penyertaan golongan belia dari pelbagai kaum.

Pada 6 September 1989, Radio Malaysia Ibu Kota yang dikenali sebagai Radio 3 Ibu Kota.[1]

Pada 1 September 1993, Radio 3 Ibu Kota yang dikenali sebagai Radio 3 Kuala Lumpur yang dipancarkan menerusi 97.2 FM. Peranan Radio 3 Kuala Lumpur diperkuatkan lagi sebagai penghubung antara Kerajaan dengan masyarakat dan masyarakat dengan Kerajaan melalui rancangan Bandaraya Dan Anda, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Anda dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Anda.

Walaupun ketuanya sering bertukar-ganti, tetapi konsep utamanya tidak berubah iaitu mendekatkan hubungan masyarkat kosmopolitan. Memberi penerangan mengenai perkembangan semasa disamping lagu-lagu yang menghiburkan.

Sebagai penghormatan kepada pendengar yang setia, Radio 3 Kuala Lumpur telah mengadakan pertandingan karaoke pada tahun 1994. Hasilnya seorang penyanyi bernama Mohd Zaid telah muncul dipersada seni suara.

Untuk wargakota yang ‘bertambah’ usianya diperkenalkan pula rancangan lagu-lagu lama atau evegreen diberi tajuk ‘kadang-kadang – jarang-jarang’ dan juga rancangan Retro Kuala Lumpur (Retro KL). Para pelajar juga tidak dilupakan. Setiap hari Jumaat malam Sabtu dari jam 9:00 malam sehingga 10:00 malam rancangan Kelab Studi diperkenalkan bagi pelajar tingkatan 3-5. Dimana satu topik atau mata pelajaran dibentangan oleh penceramah iaitu Tuan Haji Hasni dan pelajar yang kurang memahami topik tersebut akan menelefon dan bertanya. DJ adalah Manan.

Semasa tragedi bangunan runtuh Highland Towers pada tahun 1993, Radio 3 Kuala Lumpur telah menyambung waktu siarannya 24 jam tanpa henti selama 7 hari bertujuan memberi maklumat dan laporan terperinci mengenai kejadian tersebut.

Pada 15 Mac 1996, Bagi mengisi cita-cita dan hasrat penduduk Kuala Lumpur dan Radio 3 Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Radio Kuala Lumpur, Walaupun wujud persaingan dari stesen swasta, Radio Kuala Lumpur masih mampu mengekalkan kumpulan sasarannya yang berumur antara 15-40 tahun.

Kuala Lumpur Hits (KL Hits) (carta lagu-lagu popular) memutarkan lagu-lagu hits Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diperkenalkan. Rancangan ini ke udara setiap malam Isnin hingga Jumaat jam 9:00 malam sehingga 11:00 malam. Ia mendapat sambutan di kalangan wargakota.

Pada 18 September 1997, Mencecah era teknologi maklumat, Radio Kuala Lumpur bertanggungjawab menggerakkan dan meransangkan minat pendengar menerusi slot Sensasi Cyber dan IT rasmi pelancarannya.

Pada 1 September 1998, Radio Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Radio Malaysia Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur) selaras dengan panggilan radio lain-lain saluran. Kehadiran banyak stesen radio swasta di era digital ini merupakan saingan positif dan merupakan pencabar kepada keunggulan Radio Malaysia Kuala Lumpur. Menyahut platfom penyiaran era digital Radio Malaysia Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur) meyakinkan siarannya dengan menyusun dan menerbitkan beberapa rancangan baru.

Pada 5 November 1998 telah dilancarkan lagu korporat Radio Malaysia Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur). Begitu juga untuk mengeratkan lagi dan memastikan segala usaha kerajaan dalam membina masyarakat di tujuh kawasan parlimen telah dilancarkan Kelab Setia Radio Malaysia Kuala Lumpur. Rancangan ini mengundang wakil-wakil rakyat di tujuh-tujuh kawasan parlimen membincangkan perkembangan dan sama-sama mengatasi masalah masing-masing.

Radio Malaysia Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur) terus menyemarakkan siaran dan memaklumatkan pendengar menerusi rancangan berbentuk "infotainmen" dan "edutainmen". Program-program seperti slot IT, Bersama Polis Kita, Bijak Matematik, Kuala Lumpur Dan Kita, Laporan Sukan dan Kuiz merupakan di antara rancangan terbitan Radio Malaysia Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hebat dari pendengar Radio Malaysia Kuala Lumpur.

Pada 1 April 2005, Radio Malaysia Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur) yang dikenali sebagai KL FM telah menambahkan siaran daripada 18 jam kepada 24 jam sehari.

Pada 5 November 2023, KL FM meraikan ulang tahun ke-50.

KL FM kini bersiaran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) pada frekuensi 97.2 MHz. Bersiaran menerusi penstriman RTMKlik juga untuk pendengar di luar kawasan liputan 97.2 MHz.

Sejarah nama KL FM

[sunting | sunting sumber]
  • Radio Malaysia Ibu Kota (5 November 1973-5 September 1989) (rasmi tanda panggil)
  • Radio 3 Ibu Kota (6 September 1989-31 Ogos 1993)
  • Radio 3 Kuala Lumpur (1 September 1993-14 Mac 1996)
  • Radio Kuala Lumpur (15 Mac 1996-31 Ogos 1998)
  • Radio Malaysia Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur) (1 September 1998-31 Mac 2005)
  • KL FM (1 April 2005-kini)

Penyampai

[sunting | sunting sumber]

Penyampai KL Harian

[sunting | sunting sumber]
  • Mimie
  • Ashila Ashura
  • Epy Shafik
  • AnneDyana
  • Zima
  • E.J
  • Ridz
  • Paparay
  • ND
  • Zullastree
  • Putera Azwan
  • Aiman
  • ZZ

Rancangan-utama

[sunting | sunting sumber]

Kuala Lumpur Harian

[sunting | sunting sumber]
Segmen Masa Siaran
Santai Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur/Suara Kuala Lumpur) 00:00 - 06:00
Lagu Kebangsaan Malaysia: "Negaraku" (Vokal) 06:00
Lagu Rasmi Kuala Lumpur: "Maju dan Sejahtera" (Vokal) 06:00
Rentak Pagi Kuala Lumpur 06:01 - 10:00
Hai Hai Kuala Lumpur 10:00 - 13:00
Nadi Kota Kuala Lumpur 13:00 - 16:00
Kenangan Lalu Kuala Lumpur 16:00 - 20:00
Neon Neon Kuala Lumpur 20:00 - 00:00

Kuala Lumpur Hujung Minggu

[sunting | sunting sumber]
Segmen Masa Siaran
Santai Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur/Suara Kuala Lumpur) 00:00 - 06:00
Lagu Kebangsaan Malaysia: "Negaraku" (Vokal) 06:00
Lagu Rasmi Kuala Lumpur: "Maju dan Sejahtera" (Vokal) 06:00
Hujung Minggu Kuala Lumpur 06:01 - 18:00
Rock Kota Raya 18:00 - 00:00

Frekuensi

[sunting | sunting sumber]

KL FM adalah Radio yang menggunakan Format Radio FM dan gelombang radio MHz pada frekuensinya.

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar Kuasa Pemancar
97.2 MHz Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) Menara Kuala Lumpur 1000 W/1 kW

Lagu Rasmi

[sunting | sunting sumber]

Pada pukul 6:00 pagi (selepas lagu kebangsaan) setiap hari lagu rasmi dimainkan sebagai pembukaan.

Lagu kebangsaan

[sunting | sunting sumber]

Pada pukul 6:00 pagi setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.

Perkhidmatan Islam

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini unik antara semua stesen yang berpangkalan di Malaysia kerana ia menyediakan kandungan kepada masyarakat Melayu/Islam di Malaysia.

Pengaturcaraan siaran Azan

[sunting | sunting sumber]

Untuk lima kali sehari azan dimainkan di stesen pada waktu yang ditetapkan yang dikira dan dibincangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Disebabkan penjajaran zon waktunya dengan negara UTC+8 lain sejak 1 Januari 1982, Azan Subuh disiarkan antara 5:37 pagi dan 6:09 pagi untuk Malaysia (kira-kira 30 minit lebih awal daripada sebelumnya zon waktu UTC+7:30). Semua semenanjung radio RTM memutarkan Azan Subuh, Azan Zuhur, Azan Asar, Azan Maghrib dan Azan Isyak azan semua waktu solat.