Junainah Johari
Junainah Johari | |
---|---|
Kelahiran | 1962 Kampung Kembangan, Koloni Singapura |
Meninggal dunia | 8 Ogos 1998 (umur 35–36) |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 1980–1986 |
Pasangan | M. Nasir (k. 1980; m. 1998) |
Anak-anak | 5 |
Saudara | Junaidah Johari (kakak) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Pengkarya berkait | Ideal Sisters |
Junainah Johari (1962 – 8 Ogos 1998) merupakan seorang penyanyi wanita Singapura. Beliau terkenal sebagai salah seorang ahli kumpulan Ideal Sisters.[1]
Biografi
[sunting | sunting sumber]Junainah dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Kembangan, Koloni Singapura.[2] Beliau ialah saudara kembar kepada Junaidah Johari. Junainah memulakan kerjayanya dalam bidang muzik sebagai salah seorang penyanyi kumpulan Ideal Sisters bersama kakak kembarnya, Junaidah dan ibu saudara mereka, Azizah. Ideal Sisters meraih kejayaan komersial pada 1980-an dan terkenal menerusi lagu "Hanya Sekali". Beliau telah menerbitkan dua album studio bersama kumpulan itu sebelum dibubarkan pada 1985. Beliau juga menjadi individu penting dalam syarikat rakaman Luncai Emas yang ditubuhkan pada 1990.
Beliau berkahwin dengan sifu M. Nasir pada 13 September 1980 dan dikurniakan lima anak – Yasin, Shafie, Ilham, Hidayat dan Nurnilam Sari.[3] Junainah meninggal dunia pada 8 Ogos 1998 akibat penyakit asma pada usia 36 tahun di Hospital Kuala Lumpur.[4][2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ku Seman Ku Hussein (13 Ogos 1998). "Apabila irama terhenti seketika". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Mei 2015.
- ^ a b Hardi Effendi Yaacob (14 September 2008). "Pemergian tragis Junainah Johari". Berita Minggu. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2009. Dicapai pada 12 Mei 2015.
- ^ "Nana: Isteri, ibu dan segalanya..." Berita Harian Singapura. 16 Ogos 1998. m/s. 11. Dicapai pada 12 Mei 2015.
- ^ Saniboey Mohd Ismail (9 Ogos 1998). "Isteri M. Nasir meninggal". Harian Metro. Dicapai pada 12 Mei 2015.