Juice=Juice
Juice=Juice (ジュース=ジュース) | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Jepun |
Genre | J-pop |
Tahun aktif | 2013 |
Pengkarya berkait | Hello! Pro Egg, GREEN FIELDS |
Laman sesawang | Profil Hello! Project |
Ahli | Miyamoto Karin (2013-) Takagi Sayuki (2013-) Uemura Akari (2013-) Kanazawa Tomoko (2013-) Miyazaki Yuka (2013-) |
Bekas ahli | Otsuka Aina (2013) |
Juice=Juice (ジュース=ジュース) ialah kumpulan J-pop yang diuruskan oleh Up-Front Promotion dan sebahagian daripada Hello! Project. Mereka bermula sebagai kumpulan indie dan kini telah diumumkan sebagai kumpulan rasmi pada musim panas 2013.
Anggota Kumpulan
[sunting | sunting sumber]- Miyazaki Yuka (宮崎由加) (Peach)
- Kanazawa Tomoko (金澤朋子) (Epal)
- Takagi Sayuki (高木紗友希) (Lemon)
- Miyamoto Karin (宮本佳林) (Anggur)
- Uemura Akari (植村あかり) (Tembikai Susu)
Bekas Anggota Kumpulan
[sunting | sunting sumber]- Otsuka Aina (大塚愛菜; keluar pada 5 Julai 2013) (Oren)
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Juice=Juice telah ditubuhkan pada awal Februari 2013 oleh produser Hello! Project, Tsunku, dalam surat pengumumannya semasa konsert musim sejuk Hello! Project. Beliau telah mengumumkan kumpulan ini antara salah satu kumpulan dari beberapa kumpulan baru yang anggotanya dari Hello! Pro Kenshuusei. Anggotanya, Miyamoto Karin, Takagi Sayuki, Otsuka Aina, dan Kanazawa Tomoko dari Hello! Pro Kenshuusei, dan Miyazaki Yuka dari Up-Front, telah diumumkan semasa konsert. Telah diumumkan bahawa kumpulan ini akan bermula dari indie dan bekerja keras untuk debut dan anggotanya mungkin akan bertukar ganti.
Pada 25 Februari 2013, Tsunku telah mengumumkan bahawa nama kumpulan ini ialah "Juice=Juice". Tsunku telah menyatakan kumpulan ini sentiasa berkonsepkan terkini dan penuh pesonaliti. Semasa pengumuman dalam video rasmi telah dimuat naik, Tsunku telah mengumumkan nama kumpulan dan menyatakan buah dan warna untuk anggota kumpulan ini.
Kumpulan ini membuat kemunculan pertama dia atas pentas "Hello! Project Haru no Dai Kansyasai Hinamatsuri Festival 2013" pada 2 Mac 2013. Tiga bulan kemudian semasa majlis yang diadakan pada 13 Jun 2013 bertempat di Ikebukuro Sunshine City, Tsunku telah mengumumkan bahawa kumpulan Juice=Juice akan menjadi kumpulan rasmi dibawah naugan Hello! Project dan akan memasarkan single pertama pada musim panas 2013. Beliau juga mengumumkan Miyazaki Yuka akan mengambil tempat sebagai ketua kumpulan dan Kanazawa Tomoko sebagai naib ketua kumpulan tersebut.
Pada 5 Julai 2013, pengumuman mengejutkan menerusi laman web rasmi Hello! Project menyatakan bahawa Otsuka Aina tidak lagi sebahagian dari kumpulan Juice=Juice atau Hello! Pro Kenshuusei kerana isu kontrak yang tak dapat diselesaikan oleh keluarganya.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album Single
[sunting | sunting sumber]- [31.03.2013] Watashi ga iu Mae ni Dakishimenakya ne (私が言う前に抱きしめなきゃね) (Indies)
- [08.05.2013] Samidare Bijo ga Samidareru (五月雨美女がさ乱れる) (Indies)
- [12.06.2013] Ten Made Nobore! (天まで登れ!) (Indies) (Hello! Pro Kenshuusei feat. Juice=Juice)
- [11.09.2013] Romance no Tochuu / Watashi ga Iu Mae ni Dakishimenakya ne (MEMORIAL EDIT) / Samidare Bijo ga Samidareru (MEMORIAL EDIT) (ロマンスの途中 / 私が言う前に抱きしめなきゃね(MEMORIAL EDIT) / 五月雨美女がさ乱れる(MEMORIAL EDIT))
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- (Bahasa Jepun) Laman sesawang rasmi Juice=Juice