Jude Law
Jude Law | |
---|---|
Kelahiran | |
Tahun aktif | 1987–kini |
Pasangan | Sadie Frost (2 September 1997 – 29 Oktober 2003) (bercerai) |
Anugerah | Anugerah Filem British Evening Standard bagi Pelakon Baharu Yang Mempunyai Harapan 1998 Wilde Anugerah NBR bagi Pelakonan Ensembel Terbaik 2004 Closer Anugerah SFFCC - Pelakon Pembantu Terbaik 2000 The Talented Mr. Ripley Anugerah Dunia Teater 1994-95 Indiscretions Anugerah Variety Club Showbiz Pelakon Filem Tahun 2007 |
David Jude Law (lahir 29 Disember 1972) ialah seorang pelakon filem, televisyen, dan teater Inggeris yang dikenali dengan watak utamanya pada filem 1990-an dan 2000-an. Beliau mula berlakon dengan National Youth Music Theatre UK pada 1987, dan watak TV pertamanya adalah pada 1989. Pada 1997, wataknya dalam Wilde, sebuah filem biografi Oscar Wilde, membolehkannya mendapat Anugerah Filem British Evening Standard untuk "Pelakon Baharu Yang Paling Mempunyai Harapan".
Selepas membintangi filem-filem yang diarahkan oleh Andrew Niccol, Clint Eastwood, dan Sam Mendes, Law dicalonkan untuk Anugerah Akademi buat dua kali: sebagai Pelakon Pembantu Terbaik bagi pelakonannya dalam filem, The Talented Mr. Ripley, pada 2000 dan sebagai Pelakon Utama Lelaki Terbaik untuk pelakonannya dalam filem, Cold Mountain pada 2003, kedua-duanya diarahkan oleh Anthony Minghella. Law juga memenangi Anugerah BAFTA untuk peranannya sebagai The Talented Mr. Ripley.
Law juga dimasukkan ke dalam Senarai Sepuluh Pelakon Lelaki Teratas yang dipetik daripada Senarai A 2006 bagi bintang filem yang paling dapat menjamin keuntungan di Hollywood.[1] Pada 1 Mac 2007, beliau dianugerahkan dengan Ordre des Arts et des Lettres oleh kerajaan Perancis dan dinamai sebagai "Chevalier des Arts et des Lettres".[2] Law telah dijadualkan untuk kembali ke pentas teater pada 2009 untuk melakonkan watak utama dalam drama Shakespeare, Hamlet.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Law dilahirkan di Lewisham, London Selatan kepada guru-guru Maggie dan Peter Law yang menamainya sempena kedua-dua lagu Beatles, Hey Jude, dan watak utama novel Jude the Obscure yang ditulis oleh Thomas Hardy.[3][4] Ibu bapanya kini mengendalikan sebuah sekolah drama sendiri di Perancis.[3][4] Kakaknya, Natasha, ialah pengilustrasi dan pelukis yang terkenal.[5][6] Law dibesarkan di Blackheath, sebuah desa di Boro Lewisham,[7] dan dididik di John Ball Primary School di Blackheath serta Kidbrooke School di Kidbrooke, sebelum menyertai Alleyn's School di Dulwich.[8][9]
Law berkahwin dengan Sadie Frost pada 2 September 1997 dan mempunyai empat anak: Finlay Munro (anak tiri lelaki Law, dilahirkan pada 20 September 1990), anak lelaki Rafferty (dilahirkan pada 6 Oktober 1996), anak perempuan Iris (dilahirkan pada 25 Oktober 2000) dan anak lelaki Rudy (dilahirkan pada 10 September 2002). Mereka bercerai pada 29 Oktober 29 2003.[10] Pada Hari Krismas 2004, Law bertunang dengan Sienna Miller, bintang gandingannya dalam filem Alfie. Bagaimanapun, pada 12 November 2006, Law dan Miller mengumumkan perpisahan mereka.[11]
Rujukan kebudayaan popular
[sunting | sunting sumber]Brand New, sebuah pancaragam rock alternatif dari Long Island, New York menjudulkan salah satu lagu mereka sebagai "Jude Law and a Semester Abroad", dan memasukkannya ke dalam album debut mereka, Your Favorite Weapon, pada 2001. Mereka kemudian menerbitkann lagu tersebut sebagai rekod single pada tahun 2002.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Teater
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan calonan
[sunting | sunting sumber]Anugerah Akademi
2004:
Dicalonkan
Oscar - Pelakon Utama Terbaik
untuk: Cold Mountain (2003)
2000:
Dicalonkan
Oscar - Pelakon Pembantu Terbaik
untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)
Academy of Science Fiction, Fantasy & Horror Films
2000:
Dicalonkan
Anugerah Saturn - Pelakon Pembantu Terbaik
untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)
Anugerah BAFTA
2004:
Dicalonkan
Anugerah BAFTA - Persembahan Terbaik Pelakon Utama
untuk: Cold Mountain (2003)
2000:
Memenangi
Anugerah Filem BAFTA - Persembahan Terbaik Pelakon Pembantu
untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)
Anugerah Hiburan Blockbuster
2000:
Memenangi
Anugerah Hiburan Blockbuster - Pelakon Pembantu Lelaki Kegemaran - Saspens
untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)
Anugerah Broadcast Film Critics Association
2005:
Dicalonkan
Anugerah BFCA - Ensembel Pelakonan Terbaik
untuk: Closer (2004)
Berkongsi dengan:
Clive Owen,
Natalie Portman,
Julia Roberts
Anugerah Chicago Film Critics Association
2002:
Dicalonkan
Anugerah CFCA - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
untuk: Artificial Intelligence: AI (2001)
Anugerah César, Perancis
2007:
César Kehormat
Anugerah Empire, UK
2004:
Dicalonkan
Anugerah Empire - Pelakon Lelaki British Terbaik
untuk: Cold Mountain (2003)
2003:
Dicalonkan
Anugerah Empire - Pelakon Lelaki British Terbaik
untuk: Road to Perdition (2002)
2001:
Dicalonkan
Anugerah Empire - Pelakon Lelaki British Terbaik
untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)
Anugerah Filem Eropah
2001:
Dicalonkan
Anugerah Penonton - Pelakon Utama Lelaki Terbaik
untuk: Enemy at the Gates (2001)
Anugerah Filem British Evening Standard
1998:
Memenangi
Anugerah Filem British Evening Standard - Pelakon Baharu Yang Mempunyai Paling Banyak Harapan
untuk: Wilde (1997)
Golden Globes
2004:
Dicalonkan
Golden Globe - Persembahan Pelakon Utama Lelaki Filem Yang Terbaik - Drama
untuk: Cold Mountain (2003)
2002:
Dicalonkan
Golden Globe - Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Filem Yang Terbaik
untuk: Artificial Intelligence: AI (2001)
2000:
Dicalonkan
Golden Globe - Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Filem Yang Terbaik
untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)
Anugerah Filem dan Televisyen Ireland
2004:
Dicalonkan
Anugerah Penonton - Pelakon Lelaki Antarabangsa Terbaik
untuk: Cold Mountain (2003)
Anugerah Filem London Critics Circle
2001:
Dicalonkan
Anugerah ALFS - Pelakon Pembantu British untuk Tahun
untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)
Anugerah Filem MTV
2007:
Dicalonkan
Anugerah Filem MTV - Best Kiss
untuk: The Holiday (2006), dikongsi dengan Cameron Diaz
2005:
Dicalonkan
Anugerah Filem MTV - Best Kiss
untuk: Sky Captain and the World of Tomorrow (2004), dikongsi dengan Gwyneth Paltrow
2003:
Dicalonkan
Anugerah Filem MTV - Pelakon Kejayaan Cemerlang Rentas Atlantik Yang Terbaik
2000:
Dicalonkan
Anugerah Filem MTV - Persembahan Filem Muzik Terbaik
untuk: The Talented Mr. Ripley (1999), dikongsi dengan Matt Damon dan Fiorello
untuk lagi "Tu Vuo' Fa L'Americano".
National Board of Review
2004:
Memangi
Anugerah NBR - Pelakonan Ensembel Terbaik
untuk: Closer (2004/I)
Berkongsi dengan: Clive Owen, Natalie Portman, Julia Roberts
Anugerah Online Film Critics Society
2002:
Dicalonkan
Anugerah OFCS - Pelakon Pembantuk Lelaki Terbaik
untuk: Artificial Intelligence: AI (2001)
Anugerah People's Choice
2005:
Dicalonkan
Anugerah People's Choice - Pelakon Utama Lelaki Kegemaran
Anugerah Golongan Pengkritik Filem Santa Fe
2000:
Memenangi
Anugerah SFFCC - Pelakon Pembantu Terbaik
untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)
Anugerah Satellite
2004:
Dicalonkan
Anugerah Golden Satellite - Prestasi Terbaik Pelakon Utama Lelaki Filem, Drama
untuk: Cold Mountain (2003)
2000:
Dicalonkan
Anugerah Golden Satellite - Prestasi Terbaik Pelakon Pembantu Lelaki Filem, Drama
untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)
Anugerah Screen Actors Guild
2005:
Dicalonkan - Prestasi Cemerlang oleh Barisan Pelakon Filem untuk: The Aviator (2004)
Berkongsi dengan: Alan Alda, Alec Baldwin, Kate Beckinsale, Cate Blanchett, Leonardo DiCaprio, Ian Holm, Danny Huston, John C. Reilly, Gwen Stefani
Konvensyen ShoWest
2004:
Anugerah ShoWest - Bintang Lelaki untuk Tahun
Anugerah Teen Choice
2000:
Dicalonkan
Anugerah Teen Choice - Persembahan Pecah Keluar Film Choice untuk: The Talented Mr. Ripley (1999)
Anugerah Visual Effects Society
2005:
Dicalonkan
Anugerah VES Award - Prestasi Terbaik Pelakon dalam sebuah filem kesan visual bagi: Sky Captain and the World of Tomorrow (2004) [24]
Anugerah Variety Club Showbiz
2007:
Pelakon Filem untuk Tahun [25][26]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Jude Law |
- ^ "Tom Cruise and Hanks Top New Power List", World Entertainment News Network, 10 April 2006.
- ^ "French Honour for Jude Law", Reuters (UK), 2 March 2007, accessed 20 November 2007.
- ^ a b Charlie Rose, "A Conversation with Actor Jude Law" Diarkibkan 2007-10-23 di Wayback Machine, The Charlie Rose Show, recorded on October 19, 2007, broadcast on WNET (New York), October 22 (to October 23), 2007, 11:30 p.m.–12:27 p.m. (ET); video clip posted October 27, 2007, accessed November 12, 2007.
- ^ a b Jeffrey Lyons, "(U)ncovering a 'Sleuth'" Diarkibkan 2007-10-11 di Wayback Machine, Reel Talk, broadcast November 3, 2007, accessed November 19, 2007 (video clip of interview with Jude Law about Sleuth.)
- ^ Natasha Law at Eleven Fine Art Gallery, London
- ^ Dolly Jones, "Fashion Law" Diarkibkan 2005-11-30 di Wayback Machine, Vogue, May 10, 2006, accessed November 19, 2007.
- ^ LIKE MOTHER, LIKE DAUGHTER Diarkibkan 2008-01-16 di Wayback Machine Marie Claire, page 16, February 2008 issue.
- ^ "John Ball Primary School, Blackheath, SE3 0TP" Diarkibkan 2009-02-04 di Wayback Machine, school site, accessed 14 December 2007.
- ^ "Alleyn's Townley Road, Dulwich, SE22 8SU"[pautan mati kekal], school listing in Tatler School Guide: The Top 175 Prep and Private Schools (published "in association with HSBC private trust"), Tatler, accessed 19 November 2007.
- ^ Jude Law di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb) .
- ^ "Law and Miller To Marry" /"Law and Miller Split", 5 January 2005 /13 November 2006, World Entertainment News Network, accessed 26 January 2008.
- ^ Tube Tales, A Bird in the Hand, Official website
- ^ Tube Tales, efilmcritic.com, dicapai 21 Januari 2008.
- ^ "The Ragged Child (Original London Cast)", castalbumdb.com, accessed 7 January 2008.
- ^ "The Ragged Child" Diarkibkan 2007-10-25 di Wayback Machine, josef-weinberger.com, accessed 7January 2008.
- ^ "History: Past Productions" Diarkibkan 2013-02-18 di Wayback Machine, National Youth Music Theatre, accessed 7 January 2008.
- ^ "Joe Pintauro: Biography", joepintauro.com, accessed 19 November 2007.
- ^ "About the Gate" gatetheatre.co.uk, accessed 22 March 2008.
- ^ "Archive", Royal Court Theatre (searchable archive), accessed 22 March 2008.
- ^ Katie Campbell, Jude and Jamie in town Diarkibkan 2008-04-23 di Wayback Machine thisislondon.co.uk
- ^ "Beckett at Reading 2006: Gala Evening" Diarkibkan 2012-06-26 di Wayback Machine, Samuel Beckett Foundation, beckettfoundation.org, University of Reading, accessed 19 November 2007.
- ^ "Jude Law to Star in Samuel Beckett Centenary Gala Evening" ("Jude Law is starring in an anthology evening of Beckett readings and performances directed by, and starring, Oscar-winning director Anthony Minghella"), Where I Live Berkshire: Events, Gig and Theatre Guide, bbc.co.uk, March 23, 2006, accessed 19 November 2007.
- ^ Donmar West End Diarkibkan 2008-05-14 di Wayback Machine Donmar Warehouse site, accessed 7 March 2008.
- ^ Data compiled from "Awards for Jude Law" at Internet Movie Database.
- ^ Colleen Last, "Variety Club Showbiz Awards" Diarkibkan 2009-02-03 di Wayback Machine MSN, UK accessed 15 March 2008.
- ^ "Variety Club Showbiz Awards 2007" at Internet Movie Database accessed 15 March 2008.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Filemografi Jude Law Diarkibkan 2011-08-04 di Wayback Machine di British Film Institute (BFI). Dicapai pada 25 Mei 2008.
- Jude Law di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb) .
- Jude Law di TV Guide (U.S.).
- Jude Law di people.com.
- Gary Susman, Galeri Foto "Jude Law: 17 Memorable Roles" Diarkibkan 2008-10-19 di Wayback Machine di Entertainment Weekly, diterbitkan pada 4 April 2008, dicapai pada 25 Mei 2008.
Didahului oleh Johnny Depp |
Lelaki Hidup People Yang Paling Seksi 2004 |
Diikuti oleh: Matthew McConaughey |
Anugerah | ||
---|---|---|
Anugerah BAFTA | ||
Didahului oleh Geoffrey Rush untuk Elizabeth |
Anugerah BAFTA untuk Pelakon Pembantu Terbaik 2000 untuk The Talented Mr. Ripley |
Diikuti oleh: Benicio del Toro untuk Traffic |
Anugerah Filem British Evening Standard | ||
Didahului oleh Emily Watson untuk Breaking the Waves |
Pelakon Baharu Yang Paling Mempunyai Harapan 1998 untuk filem Wilde |
Diikuti oleh: Guy Ritchie untuk Lock, Stock and Two Smoking Barrels |