Islam di China
Islam dan China |
---|
Masjid Besar Xi'an, China |
Agama Islam mempunyai sejarah yang lama di China. Agama ini telah wujud sejak Dinasti Tang setelah seorang sahabat Nabi Muhammad, Sayyidina Sa`ad ibn Abi Waqqas, diutuskan sebagai wakil baginda Rasul kepada Maharaja Gaozong pada 650 M. Maharaja itu berkenan dengan agama Islam dan memerintahkan pembinaan masjid yang pertama di China.[1] Sebuah ciri terkenal masyarakat Islam Muslim di China ialah kemunculan imam wanita bagi makmum wanita.[2] Suatu bentuk kaligrafi Islam, Sini, dan telah ditubuhkan dengan baik di China. Haji Nur Din Mi Guangjiang ialah seorang penulis khat sini terkenal menurut tradisi ini. Populasi Muslim di China berkisar 23 juta jiwa pada tahun 2010 yang tersebar diseluruh penjuru negeri.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Islam pertama kali dibawa ke China oleh sebuah rombongan yang dikirimkan oleh Sayyidina Uthman ibni Affan r.a., Khalifah Islam, pada 651, lebih kurang dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Rombongan itu diketuai oleh Sayyidina Sa`d ibn Abī Waqqās r.a. , bapa saudara Nabi di sebelah ibunya. Yung Wei, maharaja Tang yang menerima rombongan itu memerintahkan pembinaan sebuah masjid di Canton, masjid pertama yang dibina di negara itu. Zaman Dinasti Tang merupakan zaman gemilang di China dengan budaya kosmopolitan yang membantu memperkenalkan agama Islam. Orang-orang Islam yang pertama kali bermastautin di China ialah dari kalangan saudagar Arab dan Parsi.[3] Di kawasan tersebut, kabilah Hui Chi menerima Islam, dan nama tersebut kemudian diubah suai menjadi huihui atau Hui untuk merujuk kepada suku Cina Han yang memeluk agama Islam.
Makanan halal di China
[sunting | sunting sumber]Oleh sebab bilangan penduduk Islam di China barat besar, banyak restoran Cina yang menghidangkan makanan halal. Di kebanyakan bandar raya utama di China, terdapat restoran halal atau gerai makanan milik pendatang dari China Barat seperti Orang Uyghur. Daging kambing biri dan kambing lebih biasa didapati di restoran-restoran tersebut berbanding dengan restoran makanan Cina yang lain disebabkan cita rasa mereka.
Khat
[sunting | sunting sumber]Khat Sini ialah bentuk gaya tulisan Islam Cina untuk skrip Arab. Seni khat ini sering digunakan untuk menghiasi masjid-masjid di China. Salah seorang penulis khat Sini yang terkenal ialah Haji Noor Deen Mi Guangjiang.
Seni bela diri
[sunting | sunting sumber]Masyarakat Hui telah mengubah suai seni bela diri wushu dan melahirkan seni yang baharu seperti bajiquan, piguazhang, dan liuhequan. Ada daerah-daerah utama yang dikenali sebagai pusat wushu Muslim, seperti Daerah Cang di Wilayah Hebei. Seni mempertahankan diri ini berbeza dengan seni yang diamalkan di Xinjiang.[4]
Istilah Cina untuk institusi Islam
[sunting | sunting sumber]Qīngzhēn (清真) ialah suatu istilah bahasa Cina yang boleh merujuk kepada agama Islam, orang Islam atau apa sahaja perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Secara harfiah, qīngzhēn bermaksud "kesucian benar."
Dalam bahawa Cina, makanan halal dikenali sebagai qīngzhēn cài (清真菜) atau "makanan suci lagi benar." Masjid dipanggil qīngzhēn sì (清真寺) atau "tempat ibadat yang suci lagi benar."
Sebahagian daripada siri berkaitan Dunia Islam |
Islam mengikut negara |
---|
Pengaruh Islam di negara-negara dunia |
Orang Islam yang masyhur di China
[sunting | sunting sumber]Penjelajah
[sunting | sunting sumber]- Zheng He, Wakil Kerajaan Islam Ming, ahli pelayaran dan pengembara
- Fei Xin, penterjemah Zheng He
- Ma Huan, seorang sahabat Zheng He
Ketenteraan
[sunting | sunting sumber]- Chang Yuchun, Hu Dahai,Lan Yu, Mu Ying, jeneral Dinasti Islam Ming:
- Du Wenxiu, Ma Hualong, ketua Pemberontakan Panthay:
- Ma Bufang, Ma Chung-ying, Ma Fuxiang, Ma Hongkui, Ma Hongbin, Ma Lin, Ma Qi, Ma Hun-shan, hulubalang Islam sewaktu zaman Republik China:
- Bai Chongxi, jeneral tentera Islam Republik China
Sarjana dan penulis
[sunting | sunting sumber]- Bai Shouyi, sejarawan Islam China
- Tohti Tunyaz, sejarawanIslam China
- Yusuf Ma Dexin, penterjemah pertama al-Quran ke dalam bahasa Cina
- Muhammad Ma Jian, penterjemah terkenal al-Quran ke dalam bahasa Cina
- Liu Zhi, penulis semasa Kerajaan Islam Cing
- Wang Daiyu, penyelia Balai Cerap Diraja, Kerajaan Islam Ming
- Zhang Chengzhi, penulis kontemporari
Politik
[sunting | sunting sumber]- Hui Liangyu, timbalan perdana menteri yang bertanggungjawab atas hal pertanian dalam Republik Rakyat China
- Huseyincan Celil, imam Uyghur yang dipenjarakan di China
- Xabib Yunic, Menteri Pendidikan Republik Turkistan Timur Kedua
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]- Noor Deen Mi Guangjiang, pakar khat sini
- Ma Xianda, ahli kungfu
- Ma Menta, penubuh Persekutuan Wushu Tongbei Rusia
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ www.orientalarchitecture.com
- ^ news.bbc.co.uk
- ^ Israeli (2002), pg. 291
- ^ "NTU Bajiquan Kungfu Club". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-03. Dicapai pada 2007-09-03.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Chinese Muslims forge isolated path
- Islam in China
- Photos of "Islam in China" by Photojournalist Sean Gallagher
- www.muslimwikipedia Islam in China Diarkibkan 2007-03-21 di Wayback Machine
- The New York times
- islamawareness.net
- www.islamcn.net
- Islamic Chinese Art (Dru C. Gladney's photo album on Flickr.com)
{{Navbox | name = Topik Asia | title = Islam di Asia | titlestyle = | state = autocollapse | border = | navbar = | image = | groupstyle = | liststyle = | listclass = hlist
| group1 = Negara berdaulat | list1 =