Intuisi
Intuisi atau gerak hati adalah istilah untuk kemampuan memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran rasional dan intelektual. Kelihatannya pemahaman itu tiba- tiba saja datangnya dari dunia lain dan di luar kesedaran . Misalnya, seseorang tiba- tiba saja terdorong untuk membaca sebuah buku. Ternyata , di dalam buku itu dijumpai keterangan yang dicari- carinya selama bertahun -tahun. Atau misalnya, dia merasa bahawa yang dia harus pergi ke sebuah tempat, ternyata di sana dia bertemu dengan penemuan besar yang mengubah hidupnya. Namun tidak semua intuisi berasal dari kekuatan psi. Sebahagian intuisi boleh dijelaskan sebab musababnya.
Sebuah kajian[nyatakan menurut siapa?] menunjukkan bahawa orang- orang yang berada dalam jajaran puncak perniagaan atau golongan eksekutif mempunyai markah yang lebih baik dalam uji kaji deria keenam berbanding dengan orang- orang biasa. Kajian itu sepertinya[nyatakan menurut siapa?] menegaskan bahawa orang- orang yang berjaya lebih banyak menerapkan kekuatan psi dalam kehidupan seharian mereka, hal mana menunjang kejayaan mereka. Salah satu bentuk kemampuan psi yang sering muncul adalah kemampuan intuisi. Kerap kali, gerak hatilah yang menentukan keputusan yang mereka ambil.
Sehingga ketika ini dipercayai bahawa gerak hati yang baik dan tajam adalah syarat agar seseorang dapat berjaya dalam perniagaan.[perlu rujukan] Oleh kerana itu tidak menghairankan jika banyak buku- buku mengenai petua kejayaan selalu memasukkan strategi mempertajam intuisi.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Intuisi di Psikologi -online.com Diarkibkan 2012-04-22 di Wayback Machine
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.