Infantri mekanis
Infantri mekanis atau infantri berjentera adalah askar infantri yang dilengkapi dengan pengangkut anggota berperisai (APC) atau kenderaan tempur infantri (IFV) untuk pengangkutan dan peperangan (lihat juga pasukan mekanis).
Infantri mekanis berbeza daripada infantri motoris kerana kenderaannya menyediakan satu tahap perlindungan daripada tembakan musuh, berlainan dengan kenderaan beroda yang "berkulit lembut" (trak atau jip) untuk infantri motoris. Kebanyakan APC dan IFV adalah berunut penuh, atau kenderaan pacuan semua roda (6×6 atau 8×8), untuk pergerakan di atas tanah kasar. Sesetengah negara membezakan antara mekanis dan infantri berperisai, yang menetapkan askar-askar dibawa oleh APC sebagai mekanis dan mereka yang lain didalam IFV sebagai berperisai.
Senjata-senjata sokongan untuk infantri mekanis juga disediakan dengan pengangkutan motoris, atau dibina terus menjadi kenderaan tempur, agar dapat bersaing dengan infantri mekanis dalam pertempuran. Bagi unit-unit yang dilengkapi dengan kebanyakan jenis APC atau apa jua jenis IFV, senjata sokongan tembakan, seperti mesingan, meriam otomatik, howitzer tembakan langsung berlaras kecil, dan peluru berpandu anti kereta kebal, sering dipasang terus pada kenderaan pengangkut infantri.
Berbanding dengan trak mobile infantri "ringan", infantri mekanis boleh mengekalkan pergerakan pantas taktikal dan (jika dipasang pada IFV) mendapat kuasa tembakan bersepadu. Mereka memerlukan lebih bekalan tempur (peluru dan terutamanya bahan api) dan bekalan ordnans (komponen gantian kenderaan), dan satu bahagian jumlah tenaga manusia yang agak besar diperlukan untuk mengendali dan menyelenggara kenderaan tersebut. Sebagai contoh, kebanyakan APC memuatkan 7 atau 8 askar infantri, tetapi mempunyai 2 krew. Kebanyakan IFV hanya membawa 6 atau 7 infantri, tetapi memerlukan 3 krew. Untuk lebih berkesan berada di medan, unit-unit mekanis juga memerlukan sejumlah besar mekanik dengan penyelenggaraan khusus dan pemulihan kenderaan dan peralatan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Dunstan, Simon. Vietnam Tracks: Armor In Battle 1945–1975. 1982 edition, Osprey Publishing; ISBN 0-89141-171-2.
- Starry, Donn A., General. Armored Combat In Vietnam. 1980, Arno Press Inc. ISBN 0-672-52673-5.