Ikrab
Ikrab[1](ALA-LC: I‘rāb, إﻋﺮﺍﺏ ) ialah istilah Bahasa Arab untuk sistem akhiran kata dan adjektif dalam Bahasa Arab Klasik. Akhiran-akhiran ini ditulis sepenuhnya dalam teks Arab bervokal penuh, khususnya dalam Quran, ataupun teks-teks yang ditulis untuk kanak-kanak dan pelajar-pelajar bahasa Arab. Akhiran-akhiran ini disebut apabila teks dibaca, akan tetapi akhiran ini tidak terdapat dalam dialek bahasa Arab. Dalam bahasa Arab Sasterapun akhiran-akhiran ini tidak disebut semasa berhenti (in pausa, الوقف , al-waqf); yakni, apabila kata itu hadir pada penghujung ayat, mengikut peraturan sebutan bahasa Arab. Maksudnya, tanda akhiran tanwin -n sentiasa digugurkan pada penghujung ayat atau puisi bahasa Arab; akhiran vokal mungkin atau mungkin tidak digugurkan, begantung kepada keperluan mitra. Ada penutur bahasa Arab yang akan menggugurkan akhiran kasus bergantung kepada pengetahuan mereka tentang ikrab, dan dengan cara ini membuat pertuturan mereka mirip dialek. Banyak buku-buku teks yang ditulis untuk orang asing ditulis tanpa banyak ikrab, sama ada dengan menggugurkan akhiran itu sama sekali, atau dengan hanya memasukkan pengenalan ringkas tentang ikrab. bahasa Arab tanpa akhiran kasus mungkin memerlukan susunan kata yang berlainan dan yang lebih rapi, sama seperti yang terdapat dalam dialek bahasa Arab.
Nota
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.