IMSAI 8080
Penampilan
Pengeluar | IMS Associates, Inc., kemudian IMSAI Manufacturing Corporation |
---|---|
Jenis | Komputer hobi |
Bingkai | Aluminium |
Pengeluaran | Disember 1975 |
CPU | Intel 8080/8085 pada 2 MHz/3 MHz |
RAM | 256/4K bait pada papan 4K (statik), RAM Dinamik 16K, 32K, 64K |
Pengembangan | Bas S-100 papan induk 22 slot |
Perisian | Pembekal komersial pertama bagi CP/M (Control Program/Monitor) Digital Research, kemudian diikuti versi ubahsuai IMDOS, BASIC, dan FORTRAN |
IMSAI 8080 ialah sebuah mikrokomputer awal yang dikeluarkan pada lewat tahun 1975, berasaskan Intel 8080, kemudian 8085 dan bas S-100.[1] Ia adalah klon bagi pesaing ketatnya, MITS Altair 8800 awal. IMSAI selalu dikatakan merupakan komputer "klon" yang pertama. Jentera IMSAI menjalankan satu versi amat terubah suai bagi sistem pengendalian CP/M yang dipanggil IMDOS. Ia telah dibangunkan, dikeluarkan dan dijual oleh IMS Associates, Inc. (kemudian menukar nama kepada IMSAI Manufacturing Corp). Secara keseluruhan, sebanyak 17,000 hingga 20,000 buah unit telah dikeluarkan dari tahun 1975 hingga 1978.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "THE HISTORY OF IMSAI- The Path to Excellence, IMSAI of Fischer-Freitas Company (teks asal 1978)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-09. Dicapai pada 2011-11-14.