[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Hematoma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hematoma adalah pendarahan setempat di luar saluran darah, disebabkan oleh penyakit atau trauma termasuk kecederaan atau pembedahan[1] dan mungkin melibatkan darah yang terus merembes dari kapilari yang patah. Pendarahan yang berlaku mungkin sangat kecil, iaitu hanya sebesar setitik darah, atau boleh menjadi besar dan menyebabkan kehilangan darah yang ketara.[2] Hematoma adalah benigna dan pada mulanya dalam berada dalam bentuk cecair sebelum tersebar di antara tisu-tisu termasuk di dalam kantung di antara tisu-tisu yang boleh menyebabkan ia membeku dan memejal sebelum darah diserap kembali ke saluran darah. Ekimosis adalah salah satu hematoma kulit yang bersaiz besar daripada 10 mm.[3]

Ia mungkin berlaku di antara/dalam banyak kawasan seperti kulit dan organ lain, tisu penghubung, tulang, sendi dan otot.

Pengumpulan darah (atau bahkan pendarahan) mungkin diperburuk oleh ubat antigumpal (pencair darah). Rembesan darah dan pengumpulan darah mungkin berlaku jika heparin diberikan melalui salur intraotot; untuk mengelakkannya, heparin mesti diberikan secara intravena atau subkutan.

Hematoma tidak boleh dikelirukan dengan hemangioma, yang merupakan penumpukan/pertumbuhan saluran darah yang tidak normal pada kulit atau organ dalaman[4] dan hemoraj yang digambarkan sebagai pendarahan aktif dan berterusan.[2]

  1. ^ "Hematoma, toenail, gross". library.med.utah.edu. 2013. Dicapai pada January 18, 2013.
  2. ^ a b Hematoma. emedicine health. Dicapai pada 14 Jun 2019.
  3. ^ "Information on Hematoma Types, Causes, and Treatments on". Emedicinehealth.com. Dicapai pada 2013-04-11.
  4. ^ "Hemangioma". U.S. National Library of Medicine. 2016-04-05. Dicapai pada 2016-04-19.