[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Hari Pembebasan Kebangsaan Korea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gwangbokjeol(광복절)
Pejuang kemerdekaan Korea dibebaskan, sekitar 1945
Official nameGwangbokjeol (Korea Selatan)
Jogukhaebangŭi nal (Korea Utara)
Also calledLiberation Day of Korea
Observed byOrang Korea
(seperti di Korea Utara, Korea Selatan)
TypeKebangsaan, umum
SignificanceMenyambut Hari Kemenangan ke atas Jepun, dimana Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet membebaskan Korea dari cengkaman Empayar Jepun dan pemerintahannya di Korea dari 1910 hingga 1945.
DateOgos 15
Hari Pembebasan Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanGwangbokjeol
McCune–ReischauerKwangbokchŏl
Nama di Korea Utara
Hangul조국해방의 날
Hanja의 날
Perumian SemakanJogukhaebangui nal
McCune–ReischauerChogukhaebang'ŭi nal

Hari Pembebasan Kebangsaan Korea adalah hari perayaan yang disambut setiap tahun pada 15 Ogos di Korea Utara dan Selatan. Ia memperingati Hari Kemenangan ke atas Jepun, ketika pasukan tentera A.S. dan Soviet mengakhiri penjajahan Jepun selama hampir 3 dekad di Korea. Ia terkenal sebagai satu-satunya cuti umum di semenanjung Korea yang disambut oleh Korea Utara dan Korea Selatan.[1]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]
Sebuah bendera Jepun di Seoul diturunkan pada 1945 sambil askar-askar A.S memerhati.

Di Korea Selatan ia dikenali sebagai Gwangbokjeol (secara harfiah, "hari cahaya itu kembali"), dan merupakan salah satu cuti umum di Korea Selatan. Di Korea Utara ia dikenali sebagai Chogukhaebangŭi nal (조국 해방 의 날 secara harfiah: Hari Pembebasan Tanah Air), dan juga salah satu cuti umum di Korea Utara. Hari Gwangbokjeol merupakan hari penting bagi identiti Bangsa Korea.[2]

Selepas Semenanjung Korea dibebaskan oleh pihak Bersekutu pada tahun 1945, kerajaan Korea yang bebas diwujudkan tiga tahun kemudian, pada 15 Ogos 1948, ketika tokoh pro-Amerika Syngman Rhee dipilih sebagai Presiden pertama Korea Selatan dan pro-Soviet Kim Il-sung menjadi Pemimpin pertama Korea Utara. Gwangbokjeol secara rasmi ditetapkan sebagai cuti umum pada 1 Oktober 1949 di Korea Selatan dan dikenali sebagai Chogukhaebangŭi nal (조국 해방 의 날 secara harfiah "Hari Pembebasan Tanah Air") di Korea Utara.[3]

Budaya pop

[sunting | sunting sumber]

The Peak atau Life of Lee Youk-sa, the Poet Who Embraced Epoch, yang dibintangi oleh Kim Dong-wan dari boyband Shinhwa adalah siaran drama khas dua bahagian dari MBC untuk memperingati peristiwa Gwangbokjeol. Ia adalah mengenai kehidupan penyair dan aktivis kemerdekaan, Lee Youk-sa, yang hidup semasa Zaman Kolonial Jepun, dan meninggal dunia di penjara pada umur 40 tahun. Beliau meninggalkan 40 keping puisi tentang perjuangan Korea.[4]

  1. ^ Seol Song Ah (7 Disember 2015). "Kim Jong Un's birthday still not a holiday". Daily NK. Dicapai pada 13 Januari 2017.
  2. ^ Belajar Bagaimana Korea Mencipta Identiti Dari Legenda Sejarah The Patriots Malaysia Dicapai 9 Oktober 2019.
  3. ^ (Korea) Thinking of reunification through Gwangbokjeol, official blog of the Ministry of Unification
  4. ^ Ho, Stewart (24 April 2012). "Kim Dong Wan's MBC Drama Receives Award at Houston International Film Festival". enewsWorld. CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-29. Dicapai pada 16 Disember 2012.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]