Go Ara
Go Ara | |
---|---|
Kelahiran | |
Pendidikan | Universiti Chung-Ang |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2003–sekarang |
Ejen | Artist Company |
Ketinggian | 1.70 m (5 ka 6 7⁄8 in) |
Nama Korea | |
Hangul | 고아라 |
Perumian Semakan | Go A-ra |
McCune–Reischauer | Ko Ara |
Go Ara (lahir 11 Februari 1990) ialah seorang pelakon dan model wanita Korea Selatan.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Go lahir di Jinju, Gyeongsang Selatan, Korea Selatan. Pada usia muda, beliau kerap berpindah di sekitar Korea kerana bapa beliau merupakan seorang askar. Ketika belajar di sekolah tinggi junior, beliau telah disyorkan oleh seorang rakan untuk menjalani ujibakat bersama agensi hiburan, SM Entertainment. Pada tahun 2003, beliau memenangi Pertandingan Model Remaja SM Entertainment.[1] Selepas menyertai SM Entertainment, beliau mula berlatih bersama pelatih lain di syarikat tersebut dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]2003–2007
[sunting | sunting sumber]Go dipilih untuk melakonkan watak wanita utama, Lee Ok-rim di dalam drama KBS tahun 2003, Sharp #1. Beliau menyambung wataknya di dalam sekuel tahun 2005, Sharp #2. Go kemudiannya membintangi drama SBS tahun 2006, Snow Flower bersama-sama Kim Hee-ae.[2] Persembahan lakonannya sebagai Yoo Da-mi membolehkan beliau untuk memenangi beberapa anugerah pada tahun berikutnya.
Filem pertama Go merupakan filem Jepun berbajet besar, Genghis Khan: To the Ends of the Earth and Sea yang juga ditayangkan di Jepun dan Hong Kong. Beliau melakonkan watak Khulan selepas dipilih daripada lebih 40,000 peserta ujibakat. Filem ini ditayangkan di pelbagai festival filem termasuk Festival Filem Cannes, Festival Filem Antarabangsa Moscow, Festival Filem Golden Orange Antalya 2007 dan Festival Filem Dunia Bangkok ke–5. Go kemudiannya dipilih untuk berlakon di dalam sebuah lagi filem Jepun, Dance Subaru oleh kerana kefasihannya di dalam bahasa ini.[3]
2008–2012
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2008, beliau telah dipilih untuk berlakon di dalam drama MBC, Who Are You? dimana beliau berlakon bersama-sama Yoon Kye-sang.[4] Walaupun rating tontonan yang rendah di Korea, drama ini menarik pehatian peminat antarabangsa sekaligus meningkatkan status Gelombang Korea beliau. Beliau kemudiannya membuat penampilan di dalam drama bersiri Jepun, Karei naru Spy.[5]
Pada tahun 2009, beliau telah dipilih untuk berlakon di dalam drama MBC, Heading to the Ground yang juga dibintangi penyanyi, Jung Yunho dari DBSK. Pada tahun 2011, Go membuat penampilan pertamanya di dalam filem tempatan, Pacemaker dimana beliau menaikkan berat sebanyak 5kg untuk melakonkan watak seorang atlet lompat bergalah yang mewakili Korea Selatan.[6] Beliau kemudiannya menunjukkan bakat nyanyiannya di dalam filem tahun 2012, Papa.[7]
2013–sekarang
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2013, populariti Go terus meningkat selepas muncul di dalam drama nostalgik, Reply 1994. Untuk melakonkan watak Sung Na-jung, beliau memotong rambutnya dan meningkatkan berat badan sebanyak 18 paun.[8] Ketika ramai yang ragu-ragu terhadap pemilihan beliau ketika kali pertama diumumkan, penonton kemudiannya memuji persembahan lakonan Go dalam drama ini.[9] Drama ini mencapai rating tontonan yang tinggi dan membantu melonjakkan kerjaya Go. Beliau menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Seni Baeksang dan Anugerah Bintang APAN.
Beliau kemudiannya melakonkan watak detektif di dalam drama polis tahun 2014, You're All Surrounded bersama-sama Lee Seung-gi.[10] Pada tahun 2015, Go membintangi bersama Yoo Seung-ho di dalam filem romantik era Joseon, The Magician.[11] Ia disusuli dengan watak utama di dalam filem neo-noir, Phantom Detective yang juga dibintangi Lee Je-hoon sebagai Hong Gil-dong.[12]
Pada tahun 2016, Go membintangi sebagai watak utama bersama Park Seo-joon di dalam drama Hwarang: The Poet Warrior Youth.[13] Pada tahun yang sama, beliau meninggalkan SM Entertainment selepas 13 tahun dan menyertai Artist Company pada bulan Januari 2017.[14] Pada tahun 2017, Go telah dipilih untuk berlakon di dalam drama fantasi thriller, Black bersama-sama Song Seung-heon.[15]
Pada tahun 2018, Go membintangi drama Ms. Hammurabi bersama Kim Myung-soo.[16]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
2007 | Genghis Khan: To the Ends of the Earth and Sea | Khulan |
2009 | Dance, Subaru! | Liz Park |
2011 | Pacemaker | Yoo Ji-won |
2012 | Papa | June |
2015 | Joseon Magician | Puteri Cheongmyeong |
2016 | Phantom Detective | Presiden Hwang |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran |
---|---|---|---|
2003 | Sharp 1 | Lee Ok-rim | KBS2 |
2005 | Sharp 2 | ||
2006 | Snow Flower | Yoo Da-mi | SBS |
2008 | Who Are You? | Son Young-in | MBC |
2009 | Karei naru Spy | Shin Yoon-ah (kameo, episod 3) | NTV |
Heading to the Ground | Kang Hae-bin | MBC | |
2013 | Reply 1994 | Sung Na-jung | tvN |
2014 | You're All Surrounded | Eo Soo-sun | SBS |
2015 | The Producers | Diri sendiri (kameo, episod 8) | KBS2 |
2016 | Hwarang: The Poet Warrior Youth | Aro | |
2017 | Black | Kang Ha-ram | OCN |
2018 | Ms. Hammurabi | Parkcha Oh-reum | JTBC |
Penampilan video muzik
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Penyanyi | Album |
---|---|---|---|
2004 | "Hug" | TVXQ | Tri-Angle |
2006 | "La'Tale" | ||
2008 | "Innocent Blue" | Mink | |
2011 | "Before U Go" | TVXQ | Keep Your Head Down |
"Juliette" (versi Jepun) | SHINee | The First | |
2015 | "A Million Pieces" | Cho Kyuhyun | Again, When Fall Comes |
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Album |
---|---|---|
2012 | "Now" | OST Papa |
"Little Girl Dreams" | ||
2013 | "Start" | OST Reply 1994 |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Kerja | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2003 | Pertandingan Model Remaja SM Entertainment ke–5 | — | — | Menang |
2004 | Anugerah Drama KBS | Pelakon Muda Wanita Terbaik | Sharp #1 | Menang |
2006 | Anugerah Drama SBS | Anugerah Bintang Baru | Snow Flower | Menang |
2007 | Anugerah Seni Baeksang ke–43 | Pelakon Baru Wanita Terbaik (TV) | Menang | |
Anugerah Pilihan 20 Mnet | Gadis Barbie | — | Menang | |
Anugerah Bintang Terbaik André Kim | Anugerah Bintang Baru | — | Menang | |
2008 | Anugerah Drama MBC | Pelakon Baru Wanita Terbaik | Who Are You? | Tercalon |
2010 | Anugerah Seni Baeksang ke–46 | Pelakon Wanita Paling Popular (TV) | Heading to the Ground | Tercalon |
2012 | Anugerah Seni Baeksang ke–48 | Pelakon Baru Wanita Terbaik (Filem) | Papa | Tercalon |
Anugerah Filem Buil ke–21 | Pelakon Baru Wanita Terbaik | Tercalon | ||
Anugerah Grand Bell ke–49 | Pelakon Baru Wanita Terbaik | Pacemaker | Tercalon | |
Anugerah Filem Blue Dragon ke–33 | Pelakon Baru Wanita Terbaik | Papa | Tercalon | |
2014 | Anugerah Seni Baeksang ke–50 | Pelakon Wanita Terbaik (TV) | Reply 1994 | Tercalon |
Pelakon Wanita Paling Popular (TV) | Tercalon | |||
Anugerah Style Icon ke–7 | 10 Teratas Style Icon | — | Menang | |
Anugerah Bintang APAN ke–3 | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Minisiri | Reply 1994 | Tercalon | |
Anugerah Drama SBS | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Istimewa | You're All Surrounded | Tercalon | |
2016 | Anugerah tvN10 | Dibuat di tvN, Pelakon Wanita di dalam Drama | Reply 1994 | Tercalon |
Anugerah Ciuman Terbaik, bersama Jung Woo | Reply 1994 | Tercalon | ||
Anugerah Persatuan Pelakon Filem Korea | Anugerah Populariti | Phantom Detective | Menang | |
2017 | Anugerah Drama KBS | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Drama Pertengahan Panjang | Hwarang: The Poet Warrior Youth | Tercalon |
2018 | Anugerah Bintang APAN ke–6 | Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita di dalam Minisiri | Ms. Hammurabi | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "[Herald Interview] After 14 years, actress Go Ara has only just begun". The Korea Herald. 23 Februari 2017. Dicapai pada 28 September 2018.
- ^ "Drama "Snow Flower" to Be Shot in September". Hancinema. KBS Global. 16 Jun 2006. Dicapai pada 28 September 2018.
- ^ "Go Ara: 'Life Is Series of Challenges'". Hancinema. KBS Global. 20 Januari 2012. Dicapai pada 28 September 2018.
- ^ "Different Bodies for Different Souls in `Who Are You". The Korea Times. 4 Mac 2008. Dicapai pada 28 September 2018.
- ^ "고아라 日 드라마에 첫 출연". Yonhap News Agency (dalam bahasa Korea). 29 Julai 2009. Dicapai pada 28 September 2018.
- ^ "Actress Go Ara Becomes a Pole Vaulter in Film". Hancinema. The Seoul Times. 3 Januari 2012. Dicapai pada 28 September 2018.
- ^ "Actress Go A-ra Hopes to Inspire Viewers to Chase Dreams". The Chosun Ilbo. 28 Januari 2012. Dicapai pada 28 September 2018.
- ^ "Go A-ra happy to reveal true side". Korea JoongAng Daily. 9 Januari 2014. Dicapai pada 28 September 2018.
- ^ "Go A-ra Back in the Limelight After Decade in the Wilderness". The Chosun Ilbo. 11 Januari 2014. Dicapai pada 28 September 2018.
- ^ "Lee Seung-gi, Cha Seung-won, Go Ara Confirm New Drama". TenAsia. 26 Februari 2014. Dicapai pada 28 September 2018.
- ^ "YOO Seung-ho and GO A-ra to Magically Fall in Love". Korean Film Biz Zone. 30 Disember 2014. Dicapai pada 30 September 2018.
- ^ "Hong Gil-dong to be Made into a Film, LEE Je-hoon, Go A-ra and KIM Sung-kyun to Star". Korean Film Biz Zone. 6 Januari 2015. Dicapai pada 30 September 2018.
- ^ "Park Seo-joon, Park Hyung-sik and Go Ara to star in 'Hwarang'". The Korea Times. 5 Januari 2016. Dicapai pada 30 September 2018.
- ^ "Go Ara Joins Artist Company". BNT News. 10 Januari 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 30 September 2018.
- ^ "Song Sung-heon, Go A-ra cast in OCN drama". Korea JoongAng Daily. 5 Ogos 2017. Dicapai pada 30 September 2018.
- ^ "'Miss Hammurabi' to search for warmhearted justice". Kpop Herald. 21 Mei 2018. Dicapai pada 30 September 2018.