Gerakan arboreal
Gerakan arboreal ialah pergerakan haiwan di pokok. Di habitat berpokok, haiwan telah berkembang untuk bergerak di kawasan sebegitu. Sebilangan haiwan hanya bergerak di antara pokok-pokok sekali-sekala, tetapi ada yang bersifat arboreal secara mutlak. Struktur habitat ini menimbulkan banyak cabaran mekanikal kepada haiwan yang bergerak melaluinya dan membawa kepada pelbagai kesan terhadap anatomi, tingkah laku dan ekologi serta variasi spesies yang berlainan.[1] Selanjutnya, banyak prinsip serpa dapat diterapkan terhadap pendakian di kawasan selain pokok, seperti timbunan batu atau gunung.
Tetrapod paling awal yang diketahui dapat menyesuaikan diri untuk memanjat pokok ialah Ascendonanus, varanopid dari zaman Cisuralian (Perm Awal), sekitar 290 juta tahun yang lalu.[2][3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Cartmill, M. (1985). Climbing. dalam Functional Vertebrate Morphology, M. Hildebrand D. M. Bramble K. F. Liem dan D. B. Wake (penyunting), m/s. 73–88. Cambridge: Belknap Press.
- ^ Frederik Spindler; Ralf Werneburg; Joerg W. Schneider; Ludwig Luthardt; Volker Annacker; Ronny Rößler (2018). "First arboreal 'pelycosaurs' (Synapsida: Varanopidae) from the early Permian Chemnitz Fossil Lagerstätte, SE Germany, with a review of varanopid phylogeny". PalZ. 92 (2): 315–364. doi:10.1007/s12542-018-0405-9.
- ^ Fröbisch, Jörg; Reisz, Robert R. (2009). "The Late Permian herbivore Suminia and the early evolution of arboreality in terrestrial vertebrate ecosystems". Proceedings of the Royal Society B. 276 (1673): 3611–3618. doi:10.1098/rspb.2009.0911. PMC 2817304. PMID 19640883.