[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Flait Leftenan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Flait Leftenan
Flight Lieutenant
Lencana bahu dan jalur lengan Flait Leftenan
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Udara UK Tentera Udara Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai muda
Singkatan Flt Lt/FLTLT
Diperkenalkan 1 Ogos 1919
Persamaan
NATO
OF-2
Pangkat tinggi seterusnya Ketua Skuadron

Pangkat rendah seterusnya

Pegawai Pesawat

Persamaan pangkat tentera laut Leftenan (RN)
Persamaan pangkat tentera darat/marin Kapten (TD/RM)

Flait Leftenan (Flight Lieutenant atau Flt Lt dalam RAF dan IAF; FLTLT dalam RAAF dan RNZAF—kadang kala F/L dalam semua cabang perkhidmatan) ialah pangkat pegawai muda yang berasal dalam Pasukan Udara Tentera Laut Diraja dan masih digunakan dalam Tentera Udara Diraja[1] dan banyak negara-negara lain, terutama dalam Negara-Negara Komanwel. Ia juga kadang kala digunakan sebagai terjemahan bahasa Inggeris yang setaraf dengan pangkat di negara yang tidak bertutur bahasa Inggeris, terutamanya mereka yang mempunyai struktur pangkat spesifik tentera udara.

Pangkat Flait Leftenan berada di atas Pegawai Pesawat dan berada dibawah Ketua Skuadron. Nama pangkat tersebut adalah frasa penuh; ia tidak boleh diringkaskan kepada "leftenan".

Ia mempunyai kod pangkat OF-2 NATO, dan setaraf dengan Leftenan dalam Tentera Laut Diraja dan Kapten dalam Tentera Darat British dan Marin Diraja. Pangkat setaraf dalam Women's Auxiliary Air Force (WAAF), Women's Royal Air Force (WRAF) (hingga 1968) dan Princess Mary's Royal Air Force Nursing Service (PMRAFNS) (hingga 1980) ialah pegawai flait.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Ranks and Badges of the RAF". Royal Air Force. 2015. Dicapai pada 22 March 2015.