Falseto
Lingkungan Suara |
Suara Wanita
Suara Lelaki
Kaitan |
Istilah falseto [fal-sé-to] (pinjaman bahasa Itali; falsetto terbitan falso), merujuk kepada tingkat suara (vocal register) yang memenuhi julat frekuensi di atas tingkat suara mod (modal voice register) dan juga yang bertindan dengannya oleh sekurang-kurangnya satu oktaf (octave). Corak suara ini terhasil dari getaran sudut–sudut ligamen sama ada pada keseluruhan atau sebahagian daripada pita suara (vocal cords). Walaupun istilah ini kerap digunakan untuk merujuk kepada satu-satu model tertentu dalam pengeluaran suara nyanyian, namun suara falseto juga berlaku di dalam percakapan dan juga sebagai salah satu daripada empat tingkat suara (vocal register) yang dikenal pasti di dalam patologi percakapan.
Ciri-ciri suara falseto adalah seperti nada siulan bercampur bunyi seruling dengan resonan semula jadi atau frekuensi getaran (overtones). Suara falseto adalah lebih terhad dalam variasi dinamik dan kualiti nada berbanding dengan suara modal (modal voice) dalam percakapan dan nyanyian. Daftar falseto boleh dihasilkan oleh lelaki dan wanita.[1]
Istilah falseto lebih kerap digunakan dalam konteks nyanyian untuk merujuk kepada teknik pemalsuan suara yang membolehkan para penyanyi menyanyikan not-not muzik yang melebihi julat suara normal. [2]
Proses fisiologi daftar falseto
[sunting | sunting sumber]Perbezaan penting antara tingkat suara (modal register) atau suara biasa dan daftar falseto terletak pada penglibatan jumlah penggunaannya dan juga jenis pita suara (vocal cords). Dalam penggunaan falseto, hanya lipatan vokal (vocal folds) pada sudut ligamen sahaja yang membuat getaran. Namun badan utama lipatan vokal kebiasaannya tenang dan tidak bergetar. Dalam suara modal pula, pergerakan bergelombang melibatkan keseluruhan pita suara dengan pembukaan glotis di bahagian bawah dan kemudiannya di atas. [3] Apabila peralihan dari mod suara (modal voice) ke falseto terjadi, badan induk setiap kord vokal (vocal cords) atau otot thyroarytenoid meringankan tentangan dengan menarik otot-otot krikotiroid (cricothyroid) untuk memberi laluan kepada ligamen vokal (vocal ligament) untuk diunjurkan lebih jauh.[1]
Daftar falseto digunakan oleh penyanyi kauntertenor untuk menyanyikan nada alto atau sesekala untuk menyanyikan nada untuk lingkungan suara soprano. Ini kerap dibuat pada zaman dahulu ketika kaum wanita tidak dibenarkan menyanyi koir. Corak suara ini kerap digunakan di dalam koir-koir katedral untuk nyanyian nota alto.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b McKinney, James (1994). The Diagnosis and Correction of Vocal Faults. Genovex Music Group. ISBN 978-1565939400.
- ^ THE NEW GROVE Dictionary of MUSIC & MUSICIANS. Edited by Stanley Sadie, Volume 6. Edmund to Fryklund. ISBN 1-56159-174-2, Copyright Macmillan 1980.
- ^ Large, John (1972). "Towards an Integrated Physiologic-Acoustic Theory of Vocal Registers". The NATS Bulletin. 28: 30–35. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)
Pembacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Appell, Thomas (1993). Can You Sing a HIGH C Without Straining?. VDP. ISBN 13: 978-0963233974 Check
|isbn=
value: invalid character (bantuan).
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris
[sunting | sunting sumber](Untuk pemahaman lanjut)
- (Inggeris) Octave - Oktaf
- (Inggeris) Modal voice register - Mod daftar suara
- (Inggeris) Vocal cords / Vocal folds - Kord vokal atau Lipatan vokal
- (Inggeris) Overtones - Sistem resonans semulajadi atau frekuensi getaran
- (Inggeris) Vocal range - Lingkungan suara
- (Inggeris) Modal register - Daftar suara
- (Inggeris) Modal voice - Mod suara
- (Inggeris) Glottis
- (Inggeris) Thyroarytenoid muscles - Otot-otot thyroarytenoid
- (Inggeris) Cricothyroid muscles - Otot-otot krikotiroid
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Glossari definisi falseto dari laman Virginia Tech