Darjah Bakti
Penampilan
Darjah Bakti | |
---|---|
Darjah Bakti, درجه بقتي | |
Dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong | |
Jenis | Darjah Kebesaran Persekutuan |
Dizahirkan | 26 Jun 1975 |
Negara | Malaysia |
Reben | Hijau gelap dengan jalur tengah kuning ganda dan tepi kuning. |
Cogan kata | 'Bakti Untuk Negara' (Serve the Nation) |
Kelayakan | Warganegara Malaysia |
Dianugerahkan untuk | Sumbangan yang cemerlang dalam kemajuan seni, sains dan kemanusiaan. |
Status | Tidak dikurniakan |
Penganugerah | Yang di-Pertuan Agong |
Singkatan darjah | DB |
Perangkaan | |
Pelantikan pertama | 7 Jun 2008 |
Pelantikan terakhir | 6 Jun 2009 |
Jumlah lantikan | 2 |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Seri Setia Mahkota |
Lebih rendah | Panglima Mangku Negara |
Reben Darjah | |
sunting · sunting di Wikidata |
Darjah Bakti (D.B.) dengan slogannya "Bakti Untuk Negara" merupakan darjah ketujuh antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia. Darjah ini tidak mempunyai darjah kecil dan dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang telah masyhur namanya, baik di Malaysia ataupun di kalangan antarabangsa, serta telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam kemajuan seni, sains dan kemanusiaan. Anugerah ini terhad seramai sepuluh orang sahaja.
Senarai penerima
[sunting | sunting sumber]- 2008, Datuk Nicol Ann David[1]
- 2009, Datuk Lee Chong Wei[2]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- ^ "Nicol David dikurnia Darjah Bakti, cipta sejarah". Kuala Lumpur: MStar Online. 7 Jun 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-24. Dicapai pada 23 Mac 2010.
- ^ "Chong Wei penerima kedua Darjah Bakti". Bernama. 7 June 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-29. Dicapai pada 29 July 2018.