Buku Harian Baim
Buku Harian Baim ialah siri drama televisyen Indonesia tahun 2009 arahan Umam A.P, dibintangi oleh Ibrahim Khalil Alkatiri. Drama ini memulakan tayangan perdana di SCTV dari 14 Disember 2009 hingga 2 April 2010. Di Singapura, drama ini pernah disiarkan di Astro Aruna pada tahun 2011. Manakala di Malaysia, TV9 telah mula menyiarkan drama ini bermula pada 8 Julai 2015, dari jam 5:30 petang hingga 6:30 petang.
Buku Harian Baim | |
---|---|
Genre | |
Pencipta | Rapi Films |
Pengarah | Umam A.P |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Catatanku" oleh Melly Goeslaw dan Baim |
Lagu penutup | "Catatanku" oleh Melly Goeslaw dan Baim |
Negara asal | Indonesia |
Bahasa | Indonesia |
Bilangan episod | 95 |
Penerbitan | |
Penerbit | Gope T. Samtani Sunil Samtani |
Tempoh siaran | 60 minit |
Syarikat penerbitan | Rapi Films |
Penyiaran | |
Saluran asal | SCTV |
Siaran asal | 14 Disember 2009 – 2 April 2010 |
Plot
[sunting | sunting sumber]Kehidupan Baim terasa sempurna. Mana tidaknya, seorang budak lelaki berusia tiga tahun ini mempunyai ibu bapa yang baik hati. Semua orang sangat menyayangi Baim, kerana dia sentiasa membawa kebahagiaan. Tetapi tiada manusia yang sempurna. Di sebalik kegembiraan ini, ternyata Baim sedang menghidap penyakit degenerasi spinocerebellar, penyakit yang menyebabkan kekurangan cecair otak yang boleh menyebabkan lumpuh.
Alya, ibu angkat Baim dan ibu kandung Fiona hanya mampu meratapi keadaan anak kesayangannya itu. Maklumlah, kehidupan Baim seperti hanya menghitung hari. Sungguhpun begitu, Alya tetap membiarkan Baim bermain walaupun keadaannya semakin teruk. Sehinggalah pada suatu hari Baim terpaksa dibawa ke hospital kerana keadaannya semakin teruk.
Baim yang menyambut hari lahirnya pada keesokan harinya, dia enggan berjumpa doktor. Alya kemudiannya memujuk Baim dengan mengatakan hari lahirnya boleh disambut di hospital.
Sebaliknya, Baim dengan polosnya meluahkan rasa terkejutnya kerana terpaksa sentiasa berjumpa doktor, manakala rakan-rakan karibnya Baim bernama Nizam dan Abel hanya sekali-sekala melawat doktor. Setelah terdiam seketika, Alya menjelaskan kedatangan Baim akan menggembirakan pesakit lain di hospital.
Hari-hari berlalu, Baim beransur-ansur curiga ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Baim kemudiannya meminta Ariel untuk mengetahui masalah sebenar. Namun, Abel memilih untuk mengunci mulutnya rapat-rapat selepas mengetahui tentang penyakit malignan yang dihidapi Baim.
Rahsia yang disimpan oleh ibu bapa Baim akhirnya terbongkar, Baim mendapat tahu tentang penyakit yang dihidapinya. Buat kali kedua, Baim meminta Abel membantunya mencari diari supaya dia dapat menulis tentang kehidupan sehariannya sehingga kematiannya.
Masa berlalu, masalah lain muncul. Alya menetahui bahawa dia bukanlah ibu kandung Baim. Rupa-rupanya ibu kandung Baim datang dan terus menyalahkan Alya sebagai orang yang menyebabkan Baim jatuh sakit. Bukan itu sahaja, dia juga berkeras untuk mengambil alih hak penjagaan Baim.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Ibrahim Khalil Alkatiri sebagai Baim
- Inneke Koesherawati sebagai Alya
- Raffi Ahmad sebagai Satria
- Nina Zatulini sebagai Olive/Cinta
- Nizam sebagai Nizam
- Christable Grace Marbun sebagai Abel
- Cut Meyriska sebagai Jessica
- Gary Iskak sebagai Doni
- Nadya Almira sebagai Fiona
- Kevin Julio sebagai Bayu
- Jihan Fahira sebagai Intan
- Primus Yustisio sebagai Krisna
- Nidya Ayu sebagai Lisa
- Gita Sinaga sebagai Bunga
- Estelle Linden sebagai Ayu
- Christine Djogja
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- Buku Harian Baim Diarkibkan 2015-09-28 di Wayback Machine