Black (drama web)
Black | |
---|---|
Genre | Seram, thriler, misteri, fantasi |
Berdasarkan daripada | Black oleh Studio Dragon |
Ditulis oleh | Bernice Low |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 18 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Fatimah Ruzaimi |
Penyunting |
|
Lokasi | Malaysia |
Sinematografi | Madnor Kassim |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 50–60 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | Viu |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 17 Disember 2019 – 29 Julai 2021 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Black ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2019 arahan bersama Razaisyam Rashid, Kroll Azry, Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi dengan skrip oleh Bernice Low.[1] Dibintangi oleh Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Zoey Rahman dan Khir Rahman, siri ini diadaptasi dari siri drama Korea Selatan 2017 bertajuk sama oleh Studio Dragon dan disiarkan di Viu dari 17 Disember 2019 sehingga 29 Julai 2021.[2][3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Musim 1 (2019–2020)
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan Black, makhluk bunian yang diarahkan memburu rakannya yang melarikan ke alam manusia. Black telah jatuh dengan wanita bernama Sofia yang boleh meramal kematian. Mereka berdua kemudiannya terlibat dalam menyelesaikan kes pembunuhan yang belum terlerai selama bertahun-tahun.
Musim 2 (2021)
[sunting | sunting sumber]Black yang merupakan makhluk bunian yang masuk ke dunia manusia untuk mengesan rakannya yang menjadi buruan dan dipercayai bersembunyi di dalam tubuh manusia. Untuk membolehkan dia hidup di dunia manusia, Black menghuni badan Malik, seorang detektif yang telah meninggal dunia dan tanpa sedar dia sebenarnya sudah terperangkap dalam kehidupan duniawi Malik dan jatuh cinta dengan seorang manusia bernama Sofia.
Sofia memiliki kelebihan untuk melihat ajal seseorang termasuk melihat bayang orang Bunian dalam tubuh manusia. Dengan kelebihan masing-masing, Black dan Sofia membuktikan mereka pasangan yang sempurna dan berjaya mendedahkan banyak kes yang melibatkan pembunuhan, termasuklah membongkar rahsia besar yang pernah dilakukan oleh Aisya, kekasih Detektif Malik.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Kamal Adli sebagai Detektif Malik / Black[4][5]
- Siti Saleha sebagai Sofia Farid[4]
- Nabila Huda sebagai Dr. Aisya[4]
- Khir Rahman sebagai Detektif Borhan[4]
- Zoey Rahman sebagai Lokman Nazir[4]
- Pablo Amirul sebagai Middle Finger Man[4]
- Azman Hassan sebagai 007[4]
- Juzzthin sebagai 416[4]
- Rashidi Ishak sebagai 444 [4]
- Zahim Albakri sebagai Hook Scar Man[4]
- Amai Kamarudin sebagai Zamarul
- Duerra Mitilda sebagai Sofia kecil
- Zarynn Min sebagai Clara
- Mathni Razak sebagai Farid
- Dilla Ahmad sebagai Maria
- Razaisyam Rashid sebagai pengurus kafe
- Namron sebagai Kapten Amirul
- Adlin Aman Ramlie sebagai Kapten Zaid
- Josiah Hogan sebagai Leo Raja Vokal[4]
- Luqman Hafidz sebagai Ilya Hamid
- Riz Amin sebagai Rahman[4]
- Amir Ameeza sebagai Daud
- Aleza Shadan sebagai Dr. Rozana[4]
- Airil Hafiz sebagai pengurus Leo
- Nada Nursyuhada sebagai Tiffany
- Hashim Osman sebagai Nazir
- Rusdi Ramli sebagai Pak Hassan
- Zain Hamid sebagai Karim
- Derrick sebagai Steven Wan
- Shekeen Waida sebagai Norliza
- Fauzi Nawawi sebagai Chief Mazlan
- Silfeny Osman sebagai penyampai berita
- Badrul Muhayat sebagai Dr. Jay
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Black diadaptasi dari siri drama Korea Selatan 2017 yang bertajuk sama yang dicipta oleh Studio Dragon.
Razaisyam Rashid dan Kroll Azry mengarahkan musim pertama siri ini, manakala untuk musim kedua, Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi berkhidmat sebagai pengarah. Bernice Low menulis skrip untuk kedua-dua musim.
Untuk adaptasi Malaysia, konsep watak bunian digunakan berbanding konsep 'grim reaper' yang digunakan dalam versi asal Korea Selatan.[6]
Episod
[sunting | sunting sumber]Siri | Episod | Tayangan asal | |||
---|---|---|---|---|---|
Tayangan pertama | Tayangan terakhir | ||||
1 | 8[7] | 17 Disember 2019 | 4 Februari 2020 | ||
2 | 10[8] | 10 Jun 2021 | 29 Julai 2021 |
Keluaran
[sunting | sunting sumber]Black memulakan siaran di Viu bermula 17 Disember 2019, manakala musim kedua disiarkan pada 10 Jun 2021.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Drama Black (Malaysia) Adaptasi Kdrama di VIU Jadi Bualan Hangat Netizen – Kisah Tragik Detektif Bunian dan Gadis Pembawa Sial". Einz. 29 Disember 2019. Dicapai pada 12 Disember 2021.
- ^ Athirah Zulkifli (17 Disember 2019). "Drama Korea Versi Malaysia — BLACK Dari Hanya Sentuh Bayang-Bayang Boleh Tahu Cara Orang Tu Mati. Seram Gila!". Astro Gempak. Dicapai pada 12 Disember 2021.
- ^ Muzammin Muzlan (11 Jun 2021). "Siri Adaptasi Drama Korea, 'Black' Versi Malaysia Kembali Untuk Musim Kedua". EH!. Dicapai pada 12 Disember 2021.
- ^ a b c d e f g h i j k l m "Viu: Meet The 5 Main Characters From The Drama Series, "Black"" (dalam bahasa Inggeris). Hype.my. 18 Disember 2019. Dicapai pada 12 Disember 2021.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Jun 2021). "Black serlah sisi berbeza Kamal". Berita Harian. Dicapai pada 12 Disember 2021.
- ^ Patrick Frater (2 Disember 2019). "Viu Gives Malay Adaptation to Korea's 'Black'" (dalam bahasa Inggeris). Variety. Dicapai pada 12 Disember 2021.
- ^ "Drama Black (VIU Malaysia)". My Infotaip. 17 Disember 2019. Dicapai pada 12 Disember 2021.
- ^ "Black Musim ke-2 (VIU Malaysia)". My Infotaip. 23 Jun 2021. Dicapai pada 12 Disember 2021.