[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Biblioteka Alexandrina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 31°12′32″N 29°54′33″E / 31.20889°N 29.90917°E / 31.20889; 29.90917

Biblioteka Alexandrina

Biblioteka Alexandrina (bahasa Inggeris: Bibliotheca Alexandrina, bahasa Arab: مكتبة الإسكندرية) merupakan sebuah perpustakaan dan pusat kebudayaan yang terletak di persisiran pantai Laut Mediterranean di bandar raya Iskandariah, Mesir. Biblioteka ini merupakan bangunan peringatan Perpustakaan Iskandariah purba yang dimusnahkan dan sesuatu usaha menghidupkan semula kegemilangan Perpustakaan itu.

Biblioteka Alexandrina mempunyai lebih dari lapan juta buah buku, dan luas kawasan membaca ialah 70,000 m2 di sebelas tingkat. Bangunan itu juga mempunyai sebuah pusat persidangan, perpustakaan dikhususkan untuk golongan buta, kanak-kanak; tiga muzeum; empat galeri seni; sebuah planeterium; serta sebuah makmal pemulihan manuskrip.