Bandaran di Brunei
Negara Anggota ASEAN |
Portal Brunei |
Bandaran di Brunei merujuk kepada penempatan yang telah diperbadankan oleh kerajaan untuk dijalankan sebagai perbandaran ("bandaran" di Brunei). Bandaran-bandaran ini bebas daripada hierarki subbahagian negara, tetapi bertindih dengan mukim dan kampung, bahagian pentadbiran peringkat kedua dan ketiga Brunei masing-masing. Badan pentadbir bandaran dipanggil sebagai jabatan bandaran, jabatan kerajaan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan diketuai pengerusi (secara rasmi Pengerusi Lembaga Bandaran ), setara dengan Datuk Bandar.[1]
Senarai
[sunting | sunting sumber]Terdapat empat petempatan di Brunei yang berstatus bandaran, iaitu Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei; Kuala Belait, sebuah bandar serta ibu kota Daerah Belait; Seria, sebuah bandar juga di Daerah Belait; dan Tutong, bandar Daerah Tutong. Walaupun Muara di Daerah Brunei-Muara dan Bangar, ibu kota Daerah Temburong, secara rasmi dikenali sebagai Pekan Muara dan Pekan Bangar, mereka tidak mempunyai status bandaran, sebaliknya ditadbir sebagai pecahan peringkat kampung.
Nama | Jenis petempatan | Badan pentadbir[1] | Subbahagian[2][3] | |
---|---|---|---|---|
Mukim | Kampung | |||
Bandar Seri Begawan | bandar raya, ibu negara Brunei | Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan | Berakas 'A' | |
Berakas 'B' | ||||
Burong Pingai Ayer |
| |||
Gadong 'B' | ||||
Kianggeh |
| |||
Kota Batu | ||||
Peramu |
| |||
Saba | ||||
Sungai Kebun |
| |||
Tamoi |
| |||
Kuala Belait | bandar, ibu kota Daerah Belait | Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria | Kuala Belait | |
Seria | pekan | Seria |
| |
Tutong | pekan, ibu kota Daerah Tutong | Jabatan Bandaran Tutong | Pekan Tutong |
|
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam - Ketua-Ketua Jabatan". www.moha.gov.bn. Dicapai pada 2018-02-26.
- ^ "Kawasan Baru Perbandaran Bandar Seri Begawan Mulai 1 Ogos 2007". bandaran-bsb.gov.bn. Dicapai pada 2018-02-26.
- ^ "Bandaran Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri - Sejarah Ringkas". www.bandaran-tutong.gov.bn. Dicapai pada 2018-02-26.