[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Bahas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Debat,[1] (Jawi: ديبت serapan bahasa Belanda pinjaman Perancis: débat terbitan kata débattre "membincang dengan bersemangat")[2] perbahasan atau pembahasan (kata dasar bahas بحث‎ serapan Arab: بَحْث, rumi: baḥth "penyelidikan; pencarian; siasatan; kajian", bentuk ism terbitan kata kerja بَحَثَbaḥatha "mencari; mengkaji; menyelidik"[3]) adalah kaedah rasmi berinteraksi mewakili perbincangan diperantarakan dan dipertontonkan kepada suatu kelompok penyaksi yang hadir. Ia bentuk lebih luas bagi perbincangan berbanding perbincangan secara logik, kerana ia merangkumi pujukan yang memberi penekanan kepada tindak balas emosi dari pendengar, dan peraturan yang membolehkan mereka berbincang dan memutuskan mengenai perbezaan, dalam rangka kerja yang menentukan bagaimana mereka berinteraksi.

Debat tidak rasmi adalah kejadian normal, tetapi mutu dan kedalaman debat meningkat dengan pengetahuan dan kemahiran pesertanya sebagai pedebat. Badan perwakilan seperti parlimen, badan perundangan (legislative assemblies) dan pelbagai jenis mesyuarat terbabit dalam perdebatan. Keputusan debat mungkin ditentukan oleh undi pendengar, oleh juri, hakim atau gabungan antaranya. Perdebatan rasmi antara calon bagi jawatan dilantik, seperti wakil rakyat dan senator, adalah biasa dalam sistem tatanegara yang demokratik berlandaskan pada kesebulatan kata yang diputuskan.[4]

Perbahasan dalam pelbagai bentuk mempunyai sejarah yang panjang dan boleh dikesan kembali kepada perbahasan falsafah dan politik Yunani Purba, seperti demokrasi Athens seawal abad ke-5 SM.[5] Shastrartha di India Purba. Bentuk perbahasan moden dan penubuhan masyarakat berdebat berlaku semasa Zaman Pencerahan pada abad ke-18.[perlu rujukan]

  1. ^ Lihat:
    • "debat". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "debat". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia. 2016.
  2. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "debat (woordenstrijd)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank. Ontleend aan Frans débat ‘geschil, woordenstrijd’...afleiding van débattre ‘levendig discussiëren’...CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  3. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 24. ISBN 967-65-7321-3.
  4. ^ Pratama, dkk. 2018, m/s. 4-5.
  5. ^ Pratama, dkk. 2018, m/s. 7.
Sumber utama

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]