Badik
Badik atau badek merupakan senjata bilah yang bermula dari Sulawesi, Indonesia yang terdapat dalam dua jenis iaitu mempunyai mata yang lurus dan yang berkeluk seperti keris.
Badik cukup popular selepas Kerajaan Inggeris/Belanda mengharamkan penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala ulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta dihiasi dengan logam emas dan perak. Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan.[1]
Rupa bentuk
[sunting | sunting sumber]Bentuknya menyerupai tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran - matanya lebih panjang di antara 18 - 20 sm. dan lebar 2 sm. Badik mempunyai mata yang tegak dan tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya hulunya membongkok ke bawah.[2]
Secara umum badik terdiri atas tiga bahagian, yakni hulu (gagang), bilah (besi), serta warangka atau sarung pelengkap badik. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. [3]
Cara memegang
[sunting | sunting sumber]Badik dipegang seperti memegang senjata api atau pistol dengan satu tangan dengan keempat-empat jari telunjuk, jari tengah, jari manis dan jari kelengkeng di bahagian depan pegangannya dan ibu jari/jari jempol di bahagian belakang pegangannya menyentuh jari telunjuk dan jari tengah.
Dalam kepercayaan masyarakat
[sunting | sunting sumber]Masyarakat Bugis percaya bahawa badik selain berbagai fungsi dan kegunaan yang tidak terbatas hanya sebagai senjata tajam mempunyai nilai dan makna tertentu. Badik khususnya memiliki tiga fungsi dalam kehidupan masyarakat iaitu:[4]
- Fungsi badik dalam keluarga
- Fungsi badik dalam kegiatan ekonomi
- Fungsi badik sebagai pembela diri
Menurut pandangan orang Bugis Makassar, setiap jenis badik memiliki kekuatan sakti atau ghaib yang dapat memengaruhi kondisi, keadaan, dan proses kehidupan pemiliknya. Sejalan dengan itu, terdapat kepercayaan bahawa badik juga mampu menimbulkan ketenangan, kedamaian, kesejahteraan dan kemakmuran ataupun kemelaratan, kemiskinan dan penderitaan bagi yang menyimpannya.
Sejak ratusan tahun silam, badik dipergunakan bukan hanya sebagai senjata untuk membela diri dan berburu tetapi juga sebagai identitas diri dari suatu kelompok etnis atau kebudayaan. Badik ini tidak hanya terkenal di daerah Makassar saja, tetapi juga terdapat di daerah Bugis dan Mandar dengan nama dan bentuk berbeda. Disamping itu, terdapat pula pamor yang dipercaya dapat memengaruhi kehidupan pemiliknya.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Senjata Tradisional: Badik Diarkibkan 2007-04-18 di Wayback Machine
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Shamshul Azree Samshir (27 Disember 2008). "Misteri dan kesaktian". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-09. Dicapai pada 2009-01-02.
- ^ Pencak Silat : Senjata pahlawan Melayu[pautan mati kekal]
- ^ [1]
- ^ Diambil dari informasi di Museum La Galigo Makssar