[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Awan molekul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dalam lingkungan beberapa juta tahun, cahaya dari bintang cerah akan memasak awan molekul yang mengandungi gas dan debu ini. Awan ini berpisah daripada Nebula Carina. Bintang yang baharu terbentuk dapat kelihatan berhampirannya. Imej-imej bintang tersebut menjadi merah akibat pengutamaan serakan cahaya biru oleh debu. Imej ini menjangkau tempoh lebih kurang dua tahun cahaya dan diambil oleh Teleskop Angkasa Hubble dalam tahun 1999.

Awan molekul, juga dikenali sebagai semaian najam sekiranya pembentukan bintang berlaku di dalamnya, merupakan sejenis awan antara najam yang kemampatan dan saiznya membolehkan pembentukan molekul. Molekul yang terbentuk lazimnya molekul hidrogen (H2).

Hidrogen dalam bentuk molekul sukar dikesan melalui pemerhatian radio dan inframerah, justeru molekul yang sering digunakan bagi mengesan kehadiran H2 ialah karbon monoksid (CO). Nisbah antara luminositi CO dan jisim H2 difikirakan malar, mahupun tanggapan ini diragui di dalam galaksi-galaksi lain.[1]

  1. ^ Craig Kulesa. "Overview: Molecular Astrophysics and Star Formation". Research Projects. Dicapai pada September 7, 2005.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.