[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Avro 504

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pesawat Avro 504 digunakan sehingga tahun 1915 di barisan hadapan

Kapal terbang Avro 504 adalah sejenis kapal terbang yang digunakan semasa Perang Dunia I. Kapal terbang ini dibina oleh syarikat Avro Aircraft Company dan dilesenkan pengeluarannya kepada beberapa syarikat lain.

Pesawat Avro 504 mula dibina dalam tahun 1913 dan digunakan dalam perkhidmatan tentera udara selama 20 tahun! Sebanyak 8,340 buah pesawat dibina untuk perkhidmatan pelbagai pengguna. Kor Penerbangan Diraja dan Perkhidmatan Udara Tentera Laut Diraja menggunakan pesawat Avro 504 sebagai pesawat latihan, pesawat peninjau dan juga pesawat pengebom.

Pesawat Avro 504 ditarik balik daripada perkhidmatan barisan hadapan pada musim panas tahun 1915, tetapi kekal dalam perkhidmatan tentera sebagai pesawat latihan. Pesawat Avro 504 adalah pesawat pertama digunakan untuk membuat serangan menggunakan mesingan ke atas askar-askar di kedudukan darat. Pesawat ini juga merupakan pesawat pertama membuat serangan bom ke atas negara Jerman, dan pesawat pertama ditembak jatuh oleh artileri antikapal terbang (AAA).

Perawat Avro 504 mudah dikenali kerana mempunyai kelincir (skid) di antara dua roda pendaratan.

  • 504
  • 504A
  • 504B
  • 504C
    • Pesawat anti-Zeppelin dengan tangki minyak tambahan menggantikan pemerhati(observer)
  • 504D
as 504C
  • 504E
  • 504J
    • Digunakan sebagai pesawat latihan
  • 504K
    • Mempunyai pendakap pelbagai guna untuk pemasangan berbagai jenis enjin. Digunakan sebagai pesawat anti-Zeppelin mesingan Lewis di sayap atas. Dibuatkan pemasangan di Australia oleh Australian Aircraft & Engineering
  • 504L
    • Pesawat laut.
  • 504M
  • 504N
  • 504R Gosport
    • Pesawat latihan yang dibina semula - 10 dijualkan kepada Argentina and 100 buah lagi dibina di Argentina oleh FMA

Operators

[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]