Asbut
Asbut merupakan sejenis pencemaran udara berat. Di bawah keadaan cuaca yang menghalang peredaran udara, ia mampu kekal untuk tempoh yang lama melitupi kawasan yang didiami ramai manusia, seperti London, Los Angeles, Athens, Beijing, Hong Kong atau Ruhr, dan meningkat sehingga paras berbahaya.
Perkataan "asbut" adalah portmanteau yang terbentuk dari perkataan "asap" dan "habuk", walaupun penggunaan moden istilah tersebut tidak semestinya memerlukan komponen habuk atau asap dan "asbut" sering kali digunakan sebagai ringkasan bagi "pencemaran udara".
Terdapat dua jenis utama asbut. asbut fotokimia dikaitkan dengan bandar seperti Los Angeles dan pembakaran minyak sementara asbut mengurang dikaitkan dengan London dan penggunaan arang batu dan bahan api fosil kaya sulfur yang lain.
asbut fotokimia disebabkan oleh dua jenis pencemaran udara bergabung dengan kehadiran cahaya matahari. Yang pertama adalah debu dan nitrik oksida daripada asap enjin kenderaan yang menggunakan bahan api fosil seperti kereta, bas, lori, penjana kuasa yang menggunakan arang batu dan dalam kilang. Jenis kedua adalah pengeluwapan bahan organik volatil dari cat, pelarut, racun serangga dan bahan kimia lain. Menurut [1], gasolin dan pelarut, dan bahan kimia berasaskan petroleum seringkali terpeluwap secara langsung ke atmosfera, menyumbang kepada ozon. Dua sumber kediaman adalah pemotong rumput berenjin gasolin dan cecair penyala bagi pemanggang belakang rumah.
Asbut boleh terbentuk dalam semua keadaan cuaca, tetapi jauh lebih teruk pada tempoh cuaca panas, terik apabila udara atas cukup panas untuk menghalang kitaran menegak. Ia terutama meluas di lembah geologi yang dikelilingi oleh bukit-bukau dan gunung-ganang.
Keadaan asbut menjadi biasa di London pada akhir abad ke-19 dan digelar "sup kacang". Asbut agung 1952 mengelapkan langit di atas London dan membunuh sekitar 12,000 orang. Kerajaan British pada asalnya menyalahkan wabak selsema, dengan berat hati mengakui bahawa asap arang batu yang menyebabkannya. Pada 1956 Akta Udara Bersih 1956 memperkenalkan zon bebas asap di ibu kota. Hanya bahan api bebas asap boleh digunakan di kawasan ini. Akibatnya, aras sulfur dioksida menjadikan asbut yang berkekalan dan tinggi di London menjadi sejarah. Asbut disebabkan oleh pencemaran trafik, bagaimanapun, masih berlaku di London moden.
Asbut merupakan masalah bagi beberapa bandar dan berterusan mengancam kehidupan. Menurut EPA A.S., udara tidak selamat kerana kabut sekiranya. Ia mengandungi melebihi 80 bahagian per bilion (Notasi bahagian per bilion) (ppb)[2] atau 0.5 ppm ozon (komponen utama asbut), melebihi dari 53 ppb nitrogen dioksida atau 80 ppb partikel. Aras tinggi asbut menyebabkan masalah pernafasan manusia semakin teruk termasuk empfisema, bronkitis, dan asma. Pendaftaran ke hospital dan kematian akibat masalah pernafasan sering kali meningkat semasa tempoh apabila aras ozon tinggi[3].
Gunung berapi yang meletup juga mampu meluahkan sulfur dioksida pada kadar yang tinggi, menghasilkan asbut gunung berapi, atau vog.
Pembakaran hutan di Indonesia telah beberapa kali menyebabkan keadaan berjerebu, yang melitupi sebahagian Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.
Kepadatan tinggi kilang yang terletak di tanah besar China mencemar Hong Kong. Kini, bangunan tinggi Hong Kong sukar dilihat dengan jelas.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Jerebu Asia Tenggara 1997
- Jerebu Malaysia 2005
- Jerebu Asia Tenggara 2006
- Jerebu Asia Tenggara 2013
- Jerebu Asia Tenggara 2015
- Kimia atmosfera
- Jejak wap
- Jerebu
- Penyongsangan suhu
- Nitrik oksida
- Ozon
- Vog
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Air Pollution" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Ogos 2020.
- ^ "EPA: Half of USA breathing illegal levels of smog" (dalam bahasa Inggeris). 16 April 2004. Dicapai pada 4 Ogos 2020.
- ^ "Ozone pollution". Clean Water Action Council (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Ogos 2020.
Rujukan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Asbut. |