[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Arnab Amami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Arnab Amami
ارنب امامي
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Pentalagus

Lyon, 1904
Nama binomial
Pentalagus furnessi
(Stone, 1900)

Arnab Amami (Tulisan Jawi: ارنب امامي) atau Arnab Ryukyu (Tulisan Jawi: ارنب ريوکيو) (Pentalagus furnessi) merupakan sejenis arnab primitif berbulu gelap yang hanya dijumpai di Amami Ōshima dan Toku-no-Shima, dua pulau kecil di antara Kyūshū selatan dan Okinawa di Wilayah Kagoshima (tetapi lebih dekat dengan Okinawa) di Jepun. Arnab Amami yang diperkatakan sebagai fosil hidup ini merupakan tinggalan arnab purba yang pernah tinggal di tanah besar Asia sehingga kepupusannya.

Arnab Amami mempunyai kaki yang pendek, tubuh yang agak besar, kuku yang besar dan melengkung, dan aktif pada waktu malam. Telinganya juga lebih kecil daripada jenis arnab yang lain. Arnab yang tinggal dalam hutan ini nampaknya melahirkan satu atau dua ekor anak sekali; si ibu menggali lubang dalam tanah untuk melindungi anaknya pada waktu siang. Pada waktu malam, si ibu membuka laluan masuk lubang, sambil berjaga-jaga akan pemangsa (seperti ular berbisa), kemudian menyusui anak-anaknya, selepas itu menutup lubangnya dengan menumbuk tanah dan bahan tumbuhan di atas lubang dengan kaki depannya. Arnab Amami tidur pada waktu siang di tempat yang tersembunyi, seperti gua. Arnab Amami juga terkenal kerana bunyi suaranya yang sekuat suara pika; cuma ada satu lagi daripada 50 spesies arnab yang boleh berbunyi sedemikian.

Arnab Amami semakin terancam bukan sahaja kerana kegiatan pemburuan (yang berakhir apabila arnab ini menerima perlindungan undang-undang daripada kerajaan Jepun pada tahun 1921), bahkan juga pembasmian hutan serta ancaman daripada anjing, kucing dan haiwan lain yang dibawa masuk oleh manusia yang masih berterusan hingga hari ini. Cerpelai yang dilepaskan oleh penduduk pulau untuk membasmi ular berbisa juga telah meragut nyawa banyak arnab Amami. Pembasmian hutan juga membahayakan arnab ini, kerana ia tidur pada waktu siang, dan akibatnya mudah terdedah kepada pemangsa kerana kekurangan tempat berlindung.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Pentalagus furnessi". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1996. 1996. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Listed as Endangered (EN A2b, B1+2bce, C1 v2.3)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]