Anugerah Juara Lagu ke-10
Anugerah Juara Lagu ke-10 | |
---|---|
Tarikh | 30 Disember 1995 |
Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
Pengacara | Azwan Ali Fauziah Ahmad Daud (Dibantu oleh: Shamsul Ghau Ghau & Iwan Dasri) |
Tempoh Tayangan | 2 jam 30 minit |
Juara Lagu | "Cinta Beralih Arah" |
Juara Lagu 1995 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1995. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Anugerah ini telah diacarakan oleh Azwan Ali dan Fauziah Ahmad Daud serta dibantu oleh Shamsul Ghau Ghau dan Iwan Dasri (Sinaran Pasport Kegemilangan). Anugerah kali ini juga telah melakukan lintas langsung di beberapa buah bandar lain antaranya Alor Setar, Kuching, Melaka dan Kuala Terengganu bersama barisan penyanyi baru Maya, Shajiry Dameri, Azie dan Mamat (Exist).
Finalis
[sunting | sunting sumber]Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu 1995, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 1995.
Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.
Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-10:
Kategori | Tajuk Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Petikan Album | Label | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Irama Malaysia | "Zapin Senandung Dua" | Mohamed Ali (Mat Penang) | Othman Ali (Kapten Othman Ali) | Rosiah Chik | "Airmata Hati"[1] | Universal - Ponycanyon / Jojo's | Finalis |
Balada | "Lamunan Terhenti" | Saari Amri | Saari Amri | Aris Ariwatan | "Aris" [2] | Universal - EMI | Finalis |
Pop Rock | "Kau dan Aku" | Ross Ariffin | Ning Baizura | Ning Baizura (Digantikan oleh Kumpulan Kool) |
"Ning" [3] | Sony Music | Juara Kategori |
Irama Malaysia | "Diari Y.B." | ND Lala | Adi Al Hadi | ND Lala | "Peel 2: Kata Tak Sekata" [4] | Suria Records | Juara Kategori |
Balada | "Di Persimpangan Dilema" | Adnan Abu Hassan | Elynna Abdullah Amran Omar |
Nora Ariffin | "Sandiwara" [5] | Warner - WEA | Finalis |
Pop Rock | "Seribu Impian" | Aubrey Suwito | Shathesh Raj A/L Ramachandran (Tessh R.S) [6] | Casey Subramaniam | "Casey" [7] | Scat Records | Finalis |
Irama Malaysia | "Cinta Dangdut" | Che Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani (Wan Zul) | Saidin Omar (Adinda Amiro) | Ayati Tasrip (Digantikan oleh Masleena) |
"Cinta Dangdut" [8] | Universal - SCS | Finalis |
Balada | "Cinta Beralih Arah" | Jari Idris | Habsah Hassan | Aishah | "Wajah" [9] | Sony Music | Juara Juara Kategori Persembahan Terbaik |
Pop Rock | "Di Bayang Awan" | Mohamad Nasir Mohd (M. Nasir) | Mohd Khirin Omar (Keon) | Awie | "Awie" [10] | Sony Music - BMG | Finalis |
Irama Malaysia | "Manis Masa Bercinta" | Saari Amri | Habsah Hassan | Haida Hassan | "Hajat" [11] | Sony Music - BMG / Matahari | Finalis |
Balada | "Di Pintu Mahligai" | Umarul Mazhar Embong (Umarul) | S. Amin Shahab | Kumpulan Iklim | "Iklim [12] | Warner - WEA | Finalis |
Pop Rock | "Meniti Hari" | Fauzi Marzuki | Amran Omar | Amy Mastura | "Amy Mastura" [13] | Universal - Ponycanyon | Finalis |
Pemenang
[sunting | sunting sumber]- Juara Keseluruhan: "Cinta Beralih Arah" - Aishah (Jari / Habsah Hassan)
- Juara Kategori:
- Irama Malaysia: "Diari Y.B." - N.D. Lala
- Balada: "Cinta Beralih Arah" - Aishah
- Pop Rock: "Kau dan Aku" - Kumpulan Kool
- Persembahan Terbaik: Aishah - "Cinta Beralih Arah"
- Sempena sambutan 10 tahun, TV3 memberikan anugerah istimewa untuk penyertaan terbanyak dalam AJL
- Rohana Jalil - penyanyi terbanyak membuat persembahan
- Habsah Hassan - penulis lirik paling kerap bertanding
- M. Nasir - komposer paling kerap bertanding
Jemaah Juri
[sunting | sunting sumber]- Ooi Eow Jin (Ketua Juri)
- Khalid Zulkawi (Ketua Audit Dalaman)
Panitia Lirik
[sunting | sunting sumber]- Mukhlis Nor
- Dr. Ariff Ahmad
- Bob Lokman
- Prof. Madya Siti Zainon Ismail
Panitia Melodi
[sunting | sunting sumber]- Radzi M (Singapore)
- Manthous (Indonesia)
- Manan Ngah (Malaysia)
- Danielo P. Olivares (Filipina)
Juri Awam
[sunting | sunting sumber]- 30 orang juri awam berpusat di Alor setar
- 30 orang juri awam berpusat di Melaka
- 30 orang juri awam berpusat di Kuala Terengganu
- 30 orang juri awam berpusat di Kuching
Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.
Persembahan selingan
[sunting | sunting sumber]Persembahan selingan kali ini memaparkan bakat lakonan, tarian dan nyanyian Aznil yang lincah diiringi kumpulan yang digelar "The Gambit". Mereka mengembalikan imbauan AJL sempena sedekad Anugerah Juara Lagu dengan menunjukkan bagaimana dia merosakkan persembahan lagu-lagu AJL yang terbaik. Antaranya adalah dari persembahan "Janji Manismu". Aznil merampas beg daripada "Aishah" dan mengeluarkan benda dari dalam beg tersebut dan benda itu adalah barang dapur seperti kuali, lesung batu dan mesin pengisar! Penutup persembahan tersebut adalah Aznil menyanyikan lagunya yang bertajuk "Kaulah Bintang" sebagai dedikasi kepada pejuang seni muzik.
Trivia
[sunting | sunting sumber]- AJL edisi ini merupakan tahun terakhir Azwan Ali mengendalikan Pertandingan Akhir AJL setelah mengacarakan AJL selama 7 tahun. Azwan dilantik menjadi penerbit Muzik-muzik dan AJL untuk edisi seterusnya.
- Aishah, Saleem & Awie bersatu kembali dalam AJL, selepas mereka bertiga pernah berentap sengit pada AJL 5 1990, dimana Aishah menjuarai AJL pada ketika itu, dan Awie masih bersama dengan Kumpulan Wings.
- Dua lagu tidak dinyanyikan oleh penyanyi asal pada anugerah kali ini iaitu "Cinta Dangdut" (Ayati Tasrip) dan "Kau dan Aku" (Ning Baizura).
- Edisi ini juga merupakan pertama kali Pengacara menemuramah para peserta di belakang pentas.
- Awie yang begitu popular pada ketika itu, bergerak solo selepas keluar dari Kumpulan Wings.
- Kumpulan Kool merupakan 'boyband' pertama yang memenangi anugerah dalam AJL.
- Kumpulan Kool merupakan artis gantian pertama yang memenangi anugerah (Juara Kategori Pop Rock) dalam AJL. Kumpulan ini menggantikan Ning Baizura dengan lagu Kau Dan Aku.
- Edisi juga penampilan pertama Nora & Amy Mastura dalam gelanggang pertandingan akhir AJL.
- Rosiah Chik merupakan penyanyi veteran pertama yang bertanding masuk dalam Anugerah Juara Lagu.
- N.D. Lala dan Aishah saling bantu-membantu dalam prop persembahan masing-masing.
- Aishah mencatat sejarah pertama dalam AJL menjadi artis pertama memenangi Juara Lagu & Persembahan Terbaik sebanyak 2 kali.
- AJL 10 meraikan satu dekad penganjuran Juara Lagu dan memperkenalkan format lintas langsung bersama 30 orang juri awam dari setiap wilayah seluruh negara. Berikut adalah wakil artis yang berada di lokasi lintas langsung iaitu di PWTC, dan bersama Shajiry Dameri (Melaka), Maya Matahari (Terengganu), Azie (Kedah) dan Mamat (Sarawak).
- ^ https://www.discogs.com/Rosiah-Chik-Airmata-Hati/master/1736168
- ^ https://www.discogs.com/Aris-Ariwatan-Aris/master/1221970
- ^ https://www.discogs.com/Ning-Baizura-Ning/master/1736393
- ^ https://akubudakpenang.blogspot.com/2011/03/nd-lala-peel-2kata-tak-sekata1994.html
- ^ https://www.discogs.com/Nora-Sandiwara/master/1801888
- ^ https://www.discogs.com/artist/5856994-Tessh-R-S
- ^ https://www.discogs.com/Casey-Casey/master/1722348
- ^ https://www.discogs.com/Ayati-Tasrip-Cinta-Dangdut/release/7608424
- ^ https://www.discogs.com/Aishah-Wajah/master/1543900
- ^ https://www.discogs.com/Awie-Awie/master/1060916
- ^ https://www.discogs.com/Haida-Hajat/master/1863690
- ^ https://www.discogs.com/Iklim-Iklim/master/1757452
- ^ https://www.discogs.com/Amy-Mastura-Amy-Mastura/master/930808