[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Amar makruf nahi mungkar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Amar makruf dan nahi mungkar (Arab: الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر) berasal daripada peristilahan ayat al-Quran yang bermaksud "mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran". Mengajak kebaikan ialah mengajak manusia kepada Allah atau mentaati perintah Allah. Amar makruf nahi mungkar ialah amalan Sunnah Nabi yang Fardhu. Sunnah bererti apa yang Nabi lakukan setelah menerima wahyu untuk memenuhi kehendak Allah yang mahu semua manusia beriman kepadaNya. Amalan ini adalah sunnah kesemua para Nabi dan merupakan amalan atau tuntutan Rukun Islam pertama yang dijalankan secara berjemaah (Fardhu Kifayah) mahupun bersendirian (Fardhu Ain).

Munkar atau Maksiat yang paling besar ialah manusia tidak Mengucap 2 Kalimah Syahadah diajak kepada kebaikan dengan diajak kepada mengucapkan 2 Kalimah Syhadah.

Munkar dan Maksiat setelah mengucapkan 2 Kalimah Syahadah ialah tidak memberi masa melakukan kerja Mengajak kepada Kebaikan, Mencegah Kemunkaran dan tidak menjaga Solat Fardhu berjemaah

Firman Allah mengenai amalan Amar Makruf Nahi Munkar di dalam Al-Quran

[sunting | sunting sumber]
“Wahai orang yang berselimut! (1) Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). (2) Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! (3) Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. (4) Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. (5)”[al-Quran 74:1-5 (Terjemahan oleh Basmeih)]
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang mengajakkepada Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"”[al-Quran 41:33]
  • Surah At-Taubah
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka mengajak kepada kebaikan, dan melarang daripada berbuat kemungkaran; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”[al-Quran 9:71 (Terjemahan oleh Basmeih)]
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”[al-Quran 3:104]
  • Surah Al-i-Imran
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.”[al-Quran 3:110]
  • Surah Al-i-Imran
“Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebaikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.”[al-Quran 3:114]
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku, mengajak manusia kepada Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”[al-Quran 12:108]
  • Surah An-Nisaa

"Pertaubatan yang diterima oleh Allah hanyalah untuk orang-orang yang melakukan kejahatan dalam ketidaktahuan (atau kecerobohan) dan kemudian bertaubat sesaat kemudian. Itulah orang-orang yang Allah akan memaafkan, dan Allah sentiasa Mengetahui dan Bijaksana." Ayat 17

  • Surah Luqman

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan ajaklah kepada kebaikan dan cegah kemungkaran , dan bersabarlah atas kesusahan yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya., Ayat 17

  • Surah At-taubah

Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara), yang rukuk, yang sujud, yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran , serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman. Ayat 112

  • Surah Al-Hajj

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka mengajak kepada kebaikan '''dan mencegah kemungkaran dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. Ayat 41

Hadis Rasulullah (SAW) yang menerangkan Sunnah Amar Makruf Nahi Munkar

[sunting | sunting sumber]

"Barang siapa di antara kamu menjumpai kemungkaran maka hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman". (Hadis riwayat Muslim)

"Apabila umatku mencintai dunia, luputlah mereka dari mencintai Islam. Apabila mereka berhenti dari mengajak kebaikan dan mencegah mungkar , mereka akan diangkat keberkatan wahyu(tidak faham Al-Quran), Apabila mereka mula caci mencaci sesama mereka, mereka akan terhindar dari rahmat Allah.

Hukum Amalan Amar Makruf Nahi Munkar

Sama seperti Rukun Harian Islam kedua iaitu Solat, Hukum amalan Amar Makruf Nahi Munkar terbahagi kepada 2 iaitu Fardhu Kifayah dan Fardhu Ain.

Fardhu Kifayah untuk semua lelaki di dalam kariah Masjid secara berjemaah dan Fardhu Ain untuk sesiapa yang mengucapkan Kalimah Syahadah lelaki atau perempuan secara perseoarangan

Masa yang diperuntukkan untuk Amalan Amar Makruf Nahi Munkar.

Sama atau lebih seperti masa yang diperuntukkan untuk ibadah Solat, (5 x 10 minit ) dalam sehari. Para Nabi memulakan hari mereka dengan amalan Amar Makruf Nahi Munkar.

Definasi atau Maksud Kebaikan dan Kemungkaran di dalam Al-Quran

Kebaikan yang paling besar di lakukan oleh manusia adalah mengucapkan pengakuan bahawa Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku bersaksi Muhammad pesuruh Allah, setelah mengucap Kalimah Pesaksian ini orang Islam dituntut memberi masa untukkerja mengajak kebaikan dan mencegah kemunkaran.

Kemungkaran yang paling besar di lakukan oleh manusia adalah tidak mengaku persaksian "Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah" dicegah dengan kebaikan iaitu mengajak orang belum Islam untuk mengucapkan Kalimah Syahadah.

Kemungkaran yang paling besar dilakukan orang Islam ialah tidak menjalankan kerja mengajak kebaikan dan mencegah kemunkaran dan yang kedua tidak menjaga Solat, dicegah dengan berjumpa mereka dan diajak mereka meluangkan masa mentaati perintah Allah ini.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]