[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Airbus A400M

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Airbus A400M
Pesawat Airbus A400M (gambaran artis)
Peranan Pengangkut tentera jarak jauh
Pengeluar Airbus Military
Status Pemasangan awal
Kos seunit 100 juta

Airbus A400M adalah merupakan sebuah pesawat turboprop pengangkut tentera dan penangki minyak yang mempunyai empat enjin. Ia direka oleh firma Airbus Military.

Pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Projek bermula sebagai kumpulan pesawat Pengangkut Udara Masa Depan Antarabangsa (FIMA), telah dimulakan pada tahun 1982 oleh firma Aerospatiale, British Aerospace, Lockheed, dan MBB bertujuan untuk membangunkan sebuah pesawat baru bagi mengantikan pesawat C-130 Hercules dan C-160 Transall. Kehendak-kehendak yang berbeza dan masalah politik antarabangsa menyebabkan perkembangan yang perlahan. Pada tahun 1989, firma Lockheed telah meninggalkan kumpulan ini dan membangunkan pesawat Hercules yang dipertingkatkan, iaitu pesawat Lockheed C-130J. Dengan kemasukan firma Alenia dan CASA, kumpulan projek ini menjadi satu usahasama firma Eropah.

Negara-negara rakan adalah, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom, Turki, Belgium, dan Luxembourg, telah menandatangani perjanjian pada Mei 2003 untuk membeli 212 buah pesawat. Negara-negara ini telah memutuskan untuk mengunakan OCCAR untuk menguruskan perolehan bagi pesawat A400M.

Berikutan penarikan Itali, jumlah perolehan pesawat telah berubah kepada 180 buah pesawat. Penerbangan sulung dijangka pada 2008 dengan penghantaran pertama akan dibuat dalam tahun 2009. Pada 28 April 2005, Afrika Selatan turut serta dalam program kerjasama dengan penglibatan firma milik negara Denel Aerospace Systems telah menerima kontrak untuk membuat komponen fiuslaj.

Reka bentuk

[sunting | sunting sumber]
Model pesawat A400M menunjukan enjin turboprop
Giar pendaratan pesawat A400M

Pesawat Airbus A400M akan meningkatkan kapasiti pengangkutan udara dan jarak jika dibandingkan dengan pesawat yang akan digantikannya, iaitu versi awal Hercules dan Transall. Muatan kargo dijangka bertambah dua kali ganda berbanding pesawat sedia ada, iaitu jumlah muatan dan isipadu, dan termasuk jarak operasi. Seperti pesawat Airbus yang lain, pesawat A400M akan memiliki kokpit kaca sepenuhnya (semua maklumat akan diterima melalui skrin berwarna yang besar) dan fly-by-wire, menjadikan ia sebagai loncatan teknologi dibandingkan dengan pesawat awal C-130 dan C-160 yang mana dioperasi oleh kebanyakan negara pada masa ini.

Pesawat Airbus A400M boleh dioperasikan dalam pelbagai konfigurasi seperti pengangkut kargo, pengangkut anggota tentera, pemindahan perubatan, penangki udara, dan pengawasan elektronik.

Pada awalnya enjin turboprop SNECMA M138 (berasaskan M88) telah dipilih untuk pesawat A400M. Airbus Military telah mengeluarkan Permintaan Untuk Cadangan yang baru pada April 2002 yang mana telah mendapat sambutan dari firma Pratt & Whitney Kanada dan Europrop. Walaupun sumber-sumber pihak industri menyatakan cadangan dari Pratt & Whitney telah memenangi tawaran. Pada Mei 2003, pihak Airbus Military telah mengumumkan, setelah menilai kedua-dua reka bentuk, pemilihan adalah bagi enjin Europrop TP400-D6.

Sayap pesawat A400M dibuat dengan menggunakan bahan fiber karbon diperkuat plastik. Kokpit pesawat memaparkan sistem kawalan penerbangan fly-by-wire dengan tuas kawalan tepi dan perlindungan penerbangan. Enjin turboprop yang berkuasa tinggi membolehkan ia digunakan dalam operasi kawalan trafik udara awam.[1]

Pengeluaran

[sunting | sunting sumber]

Pesawat A400M dipasang di kilang milik EADS Spain, Seville bermula pada suku tahun pertama 2007. Airbus merancang untuk mengeluarkan 30 buah pesawat setahun.[2] Kebanyakan komponen dihantar melalui pesawat pengangkut Airbus Beluga. Empat buah enjin ujian penerbangan EuroProp TP400-D6 telah dihantar pada hujung bulan Februari 2008 untuk dipasang pada pesawat pertama Airbus A400M.[3] Berdasarkan EADS, "ujian statik" pertama pada struktur khas pesawat A400M bermula pada 14 Mac 2008 di Sepanyol.[4]

Ujian penerbangan sulung, yang dijangka pada suku tahun pertama 2008, telah ditangguhkan kerana kelewatan program yang berulang, perubahan jadual dan tekanan kewangan. EADS telah mengumumkan pada awal Januari 2008 masalah pembangunan enjin yang berlanjutan sebagai penyebab kelewatan ke suku kedua 2008, sebelum ujian penerbangan ke atas enjin pertama pada pesawat C130. Penerbangan sulung pesawat, dahulunya dijangka pada bulan Julai 2008 menjadikan ia tidak pasti, tetapi kemungkinan besar pada hujung tahun 2008. Terdapat juga cerita di akbar-akhbar penerbangan antarabangsa, yang mana telah dinafikan oleh eksekutif di firma Airbus, yang mana terdapat isu-isu lain berkenaan reka bentuk pesawat dan isu-isu berkenaan komponen-komponen sayap dan fiuslaj.[5] Pensijilan kegunaan awam adalah di bawah kuasa EASA CS-25 dan diikuti dengan pensijilan untuk kegunaan ketenteraan.

  • Pada 9 Disember 2004, Tentera Udara Afrika Selatan memgumumkan pembelian 8 buah pesawat A400M pada harga keseluruhan €837 juta, dengan pilihan 6 buah tambahan pesawat, Afrika Selatan juga menjadi ahli kumpulan Airbus Military sebagai rakan industri. Penghantaran dijangka pada 2010 hingga 2014.
  • Kanada telah mengeluarkan tender pada 5 Julai 2006 untuk perolehan sehingga 17 buah pesawat pengangkut udara taktikal untuk mengantikan angkatan pesawat model Lockheed CC-130E.[7] Untuk perolehan ini, pesawat A400M akan bersaing dengan pesawat dari firma Lockheed iaitu C-130J Super Hercules. Airbus telah mencadangkan pesawat A400M yang akan berperanan sebagai pesawat pengangkut jarak sederhana bersama Tentera Udara Kanada. Sebaliknya, Kerajaan Kanada telah membeli 4 buah pesawat Boeing C-17 untuk digunakan sebagai pesawat pengangkut jarak jauh. Pesawat pertama telah dihantar ke Kanada pada 12 Ogos 2007. [1]. Pada 29 Jun 2007, Kerajaan Kanada telah menghantar "Permohonan Pembelian" (RFP) kepada firma Lockheed Martin untuk pembelian pesawat C-130J,[2] Diarkibkan 2007-08-16 di Wayback Machine Ia secara langsung telah menghapuskan harapan firma EADS/Airbus untuk membekalkan pesawat A400M. [8] Pada 16 Januari 2008, Menteri Pertahanan Peter MacKay telah mengumumkan perjanjian AS$1.4 bilion dengan firma Lockheed-Martin untuk pembelian 17 buah pesawat Hercules.[9]

Ringkasan pesanan

[sunting | sunting sumber]
Tarikh Negara Mula berkhidmat Pesanan
27 Mei, 2003 Jerman 2010 60
27 Mei, 2003 Perancis 2009 50
27 Mei, 2003 Sepanyol 2011 27
27 Mei, 2003 UK 2010 25
27 Mei, 2003 Turki 2009 10
27 Mei, 2003 Belgium 2018 7
27 Mei, 2003 Luxembourg 2017 1
15 Disember, 2004 Afrika Selatan 2010 8
8 Disember, 2005 Malaysia 2013 4
Jumlah: 192

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]
Ciri umum
  • Anak kapal: 3-4 (2 juruterbang, pilihan dengan juruterbang ke-3, 1 loadmaster)
  • Kapasiti: 37,000 kg (82,000 lb), 116 anggota tentera dengan kelengkapan penuh / anggota payung terjun, sehingga 66 buah pengusung dengan ditemani oleh 25 anggota perubatan.
  • Panjang: 43.8 m (143 kaki 8 in)
  • Rentang sayap: 42.4 m (139 kaki 1 in)
  • Tinggi: 14.6 m (47 kaki 11 in)
  • Berat kosong: 70 tan (154,000 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 130 tan (287,000 lb)
  • Jumlah bahan api dalaman: 46.7 tan (103,000 lb)
  • Maks. berat mendarat: 114 tan (251,000 lb)
  • Maks. muatan: 37 tan (82,000 lb))

    Prestasi

  • Ketinggian peluncuran awal: pada Berat berlepas maksimum: 9,000 m (29,000 kaki)
    • Jarak: dengan muatan maksimum: 3,300 km (1,782 nmi) (kelajuan meluncur untuk jarak jauh; simpanan seperti MIL-C-5011A)
      • Jarak dengan muatan 30-tan: 4,800 km (2,592 batu nautika)
      • Jarak dengan muatan 20-tan: 6,950 km (3,753 batu nautika))
    • Jarak maksimum: 9,300 km (5,022 nmi)
    • Lelangit khidmat 11,300 m (37,000 kaki)
  • Jarak berlepas taktikal: 940 m (3 080 kaki) (berat pesawat 100 tan, tanah lembut, ISA, paras laut)
  • Jarak mendarat taktikal: 625 m (2 050 kaki) (seperti di atas)
  • Jejari membelok (di bumi): 28.6 m
    1. ^ "Airbus Military". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-06-12. Dicapai pada 2008-06-19.
    2. ^ A400M Kiraan #4 - Laporan kemajuan dari AIRBUS MILITARY
    3. ^ "Empat enjin pesawat A400M mempercepatan tarikh penerbangan sulung". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-09. Dicapai pada 2008-06-19.
    4. ^ "Ujian struktur statik pesawat A400M bermula". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-10. Dicapai pada 2008-06-19.
    5. ^ Laman web Ares
    6. ^ Airbus Military menandatangani perjanjian dengan Chile Laman web Airbus Military
    7. ^ Projek keupayaan pengangkutan udara - Tactikal Laman web MERX - Kerajaan Kanada
    8. ^ "Lockheed memperolehi kontrak AS$4.9 bilion: Tories dalam diam memilih firma gergasi A.S untuk mengantikan pesawat Hercules". Ottawa Citizen. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
    9. ^ "Kerajaan mengumumkan perjanjian pesawat pengangkut dengan firma A.S bernilai AS$1.4 bilion". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-20. Dicapai pada 2008-01-20.
    10. ^ Keputusan enjin untuk pesawat A400M

    Pautan luar

    [sunting | sunting sumber]

    Lihat juga

    [sunting | sunting sumber]

    Pesawat setanding

    Turutan