[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arca sama bunga empat sat

Sat merupakan secorak daun terup. Dalam dek Perancis, setiap daun sat mengandungi satu lambang sama bunga (lekuk, daiman, sped atau kelawar) yang terletak di tengah-tengah daun, adakalanya besar dan berhias, terutama sekali sat sped. Lambang pada daun sat sped berhias semenjak Raja James VI dari Scotland dan I dari England menitahkan supaya lambang gedung cetak ditera pada daun Sat Sped. Lambang itu adalah perlu untuk mengecam gedung cetak dan mengecopnya sebagai sudah membayar cukai baru. Sungguhpun peraturan ini dimansuhkan pada 1960, namun tradisi ini tetap dipelihara oleh ramai pembuat daun terup.[1]

Daun terup sat lazimnya tidak bertanda "1" biarpun mengandungi satu lambang sahaja, sebaliknya bertanda "A". "A" ini asalnya dari bahasa Perancis Kuno iaitu as yang bermaksud 'satu unit' yang asalnya memaksudkan muka dadu yang bertanda satu sebelum diserap ke dalam permainan daun terup; dan daripada itu berasalnya juga istilah Inggeris bagi daun sat, iaitu ace.

Lazimnya dalam sejarah, daun saat memegang nilai yang paling rendah, lebih-lebih lagi masih demikian dalam kebanyakan permainan Eropah (sebenarnya kebanyakan dek Eropah, termasuk Tarot Nouveau Perancis, tidak menggunakan huruf "A", sebaliknya memelihara angka "1"). Bagaimanapun, dalam kebanyakan permainan yang digemari ramai di dunia berbahasa Inggeris, daun sat adalah yang paling tinggi nilainya dalam sama bunganya. Misalnya, dalam poker dan blackjack, pemain boleh memilih sama ada daun sat dijadikan paling tinggi atau rendah nilainya. Kegunaan berganda ini membolehkan pemain-pemain dalam sesetengah pemain lain untuk menjadikan daun sat sebagai paling tinggi dan paling rendah sekaligus.

  1. ^ Knuckle, White, A Brief History of Playing Cards