[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Meroyan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Meroyan
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10F53.0
ICD-9648.4
P. Data Penyakit10921
MedlinePlus007215
eMedicinemed/3408
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Meroyan atau rayan (juga dikenali dikalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression - PPD) merupakan satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, dan kadang kala lelaki, selepas melahirkan anak. Kajian menunjukkan kadar berlaku dikalangan wanita antara 5% hingga 25%, tetapi perbezaan metodologi antara kajian menjadikan kadar berlaku sebenar tidak jelas.[1]

Kelesuan Postpartum (Postpartum Exhaustion- PPE)

[sunting | sunting sumber]

Kelesuan Postpartum (PPE) disebabkan kekurangan tidur bercampur pertukaran hormon dalam tubuh wanita sejurus selepas melahirkan anak dan boleh menjadi serdahana atau teruk. Kebanyakan kes mendapati wanita dengan bayi yang mengalami kembung teruk atau punca asas yang mengakibatkan jadual tidur yang tidak normal. Tidak sama seperti meroyan (postpartum depression), tetapi boleh dikelaskan sebagai sebahagian meroyan (postpartum depression sungguhpun kelesuan biasanya diakibatkan hanya dari kelesuan keterlaluan. Rawatan perubatan adalah minima. Boleh berlangsung antara 1 dan 20 hari dan bertindak balas dengan mendapatkan tidur yang secukupnya.

  • Anhedonia[2]
  • Menghindari masyarakat[2]
  • Lemah dan lesu[2]
  • Mudah berputus asa[2]
  • Merasa tidak sempurna menjaga bayi[2]
  • masalah bertutur dan menulis
  • Mudah marah pada orang lain
  • Cepat risau atau serangan panik
  • Meningkat nafsu

Satu kaedah mengesan Postnatal Depression (PND) adalah dengan penggunaan Skala Kemurungan Postnatal Edinburgh. Sekiranya ibu baru mendapat lebih 13, dia berkemungkinan mengidap PND.[3]

Fakto risiko

[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun bukan kesemua punca PPD diketahui, sejumlah faktor telah dikenal pasti sebagai pejangka PPD (kesan saiz diberikan dalam kurungan, di mana lebih besar menunjukkan peningkatan kesan):

  • Menyusu susu formula dan bukannya susu dada (2.04)[4]
  • Sejarah kemurungan (1.87)[4] (.38 to.39) Beck (2001)
  • Merokok (1.58)[4]
  • Nilai diri rendah (.45 to. 47) Beck (2001)
  • Tekanan penjagaan anak (.45 to .46) Beck (2001)
  • Kemurungan pranatal semasa hamil (.44 to .46) Beck (2001)
  • Kerisauan pranatal (.41 to .45) Beck (2001)
  • Tekanan hidup (.38 to .40) Beck (2001)
  • Tiada sokongan masyarakat (.36 to .41) Beck (2001)
  • Hubungan perkahwinan teruk (.38 to .39) Beck (2001)
  • Masalah bayi meragam /colic (.33 to .34) Beck (2001)
  • Maternity blues (.25 to .31) Beck (2001)
  • Ibu tunggal (.21 to .35) Beck (2001)
  • Status ekonomi sosial rendah (.19 to .22) Beck (2001)
  • Kehamilan tidak dijangka/dikehendaki (.14 to .17) Beck (2001)

Dari ini, tiga faktor - menyusu formula, sejarah kemurungan, dan merokok - telah terbukti merupakan kesan ketagihan.[4]

Faktor ini diketahui sebagai berkait dengan PPD. "Kaitan" dalam kes ini bererti bahawa tahap tinggi kemurungan prenatal adalah berkait dengan tahap tinggi kemurungan postnatal, dan tahap rendah kemurungan prenatal adalah berkait dengan tahap rendah kemurungan postnatal. Tetapi ini tidak bererti bahawa kemurungan prenatal menyebabkan kemurungan postnatal —keduanya mungkin disebabkan oleh faktor ketiga. Sebaliknya, sesetengah faktor, seperti ketiadaan sokongan sosial, hampir pasti menyebabkan kemurungan postpartum. (Peranan penyebab ketiadaan sokongan sosial pada PPD kuat dicadangkan dalam beberapa kajian, termasuk O'Hara 1985, Field et al. 1985; and Gotlib et al. 1991.)

Tambahan kepada analisa meta oleh Beck yang disebut di atas, kajian akedemik lain turut menunjukkan hubungkait antara ras ('kaum ') ibu, kelas sosial, dan/atau cenderungan seksual dan kemurungan postpartum. Pada 2006 Segre et al, melakukan kajian "pada tahap mana kamu/ethnik merupakan faktor risiko" bagi PPD.[5] Mengkaji 26,877 wanita postpartum mereka mendapati bahawa 15.7% mengalami kemurungan. Dari wanita yang mengalami PPD, 25.2% merupakan Amerika Afrika, 22.9% adalah Indian Amerika/Peribumi Alaska, 15.5% adalah Caucasian, 15.3% adalah Hispanik, dan 11.5% adalah Asia/Penduduk Kepulauan Pasifik. Walaupun "faktor sosian penting seperti usia, pendapatan, pendidikan, taraf perkahwinan, dan kesihatan bayi dikawal, Wanita Amerika Afrika masih muncul dengan peningkatan risiko tinggi bagi mengalami PPD".[5]

Segre et al, turut mendapati kaitan antara kelas sosial ibu dan PPD. Tidak menghairankan, wanita dengan kekurangan sumber menunjukkan tahap kemurungan postpartum lebih tinggi dan tertekan berbanding mereka yang memiliki sumber kewangan lebih baik. Kadar PPD berkurangan dengan peningkatan pendapatan seperti berikut:

  • <$10,000 — 24.3%
  • $10,000-$19,000 — 20.0%
  • $20,000-$29,000 — 18.8%
  • $30,000-$39,000 — 15.3%
  • $40,000-$49,000 — 13.7%
  • $50,000 — 10.8%[5]

Sama juga, kajidan yang dilakukan oleh Howell et al pada 2006 mengesahkan jumpaan Segre bahawa wanita bukan berkulit putih dan dalam kategori sosial ekonomi rendah lebih banyak menunjukkan simptom PPD.[6]

Pada kajian 2007 yang dilakukan oleh Ross et al, ibu lesbian dan bisexual diuji bagi PPD dan kemudiannya dibanding dengan contoh heteroseksual. Ross et al mendapati bahawa "ibu biologi lesbian dan bisexual memiliki kadar markah Edinburgh Postnatal Depression Scale (EPDS) jauh lebih tinggi berbanding contoh wanita heterosexual."[7] Kajian Ross mencadangkan bahawa PPD lebih biasa dikalangan ibu lesbian dan bisexual. Dari kajian yang dilakukan pada 2005 oleh Ross, kadar PPD lebih tinggi dikalangan ibu lesbian/bisexual berbanding ibu heterosexual mungkin disebabkan oleh kurang "sokongan sosial, terutama dari keluarga asal mereka dan …tambahan tekanan akibat diskriminasi homofobia" dalam masyarakat.[8]

Sungguhpun perubahan hormon besar berlaku selepas kelahiran anak sering kali didakwa sebagai punca PPD, tidak banyak bukti yang menunjukkan bahawa perbezaan pada hormon kehamilan berkait dengan variasi pada kadar PPD: Kajian yang memeriksa kadar hormon kehamilan dan PPD biasanya gagal menjumpai sebarang kaitan (lihat Harris 1994; O'Hara 1995). Tambahan lagi, bapa, yang tidak mengalami perubahan hormon besar, mengidap PPD pada kadar agak tinggi (contoh., Goodman 2004). Akhir sekali, semua ibu mengalami perubahan hormon ini, tetapi hanya sekitar 10–15% mengalami PPD. Ini "tidak" bererti, bahawa hormon tidak memainkan peranan dalam PPD.[9] Sebagai contoh, ianya didapati bahawa, pada wanita dengan sejarah PPD, rawatan hormon meniru kehamilan dan (parturition) menyebabkan wanita ini mengalami simptom mood. Rawatan yang sama, bagaimanapun, tidak menyebabkan simptom mood pada wanita tanpa tanpa sejarah PPD. Satu penafsiran keputusan ini adalah terdapat kumpulan kecil wanita yang lemah kepada perubahan hormon semasa kehamilan. Satu penafsiran lain pula adalah meniru kehamilan akan mencetus PPD pada wanita yang lemah kepada PPD di atas sebarang sebab disebut dalam analisa-meta Beck (diringkaskan di bawah).

Perubahan gaya hidup yang besar disebabkan penjagaan bayi turut didakwa sebagai punca PPD, tetapi sekali lagi tidak terdapat bukti bagi hipothesis ini. Ibu yang telah mempunyai beberapa orang anak sebelumnya tanpa mendapat PPD masih boleh mendapat PPD dengan anak terbaru mereka (Nielsen Forman et al. 2000). Tambahan lagi, kebanyakan wanita mengalami perubahan gaya hidup yang besar dengan kehamilan pertama mereka, tetapi kebanyakan mereka tidak mengalami PPD.

Kadang kala sakit jiwa sedia ada boleh menonjol melalui kemurungan postpartum. Ia diketahui ramai bagi wanita di mana keluarga mereka mempunyai sejarah sakit mental seperti bipolar, schizophrenia dan autism, dan kadar penagihan dadah dan alkohol lebih dari purata dalam keluarga tersebut.

Pada 2009, penyelidik di Universiti California, Irvine, melaporkan bahawa kadar corticotropin-membebas hormon (corticotropin-releasing hormone - CRH) semasa minggu ke-25 kehamilan mampu menjangka peluang wanita mengalami kemurungan postpartum [10].

Hipotesis psikologi evolusi

[sunting | sunting sumber]

Pendekatan evolusi kepada penjagaan ibubapa (contoh., Trivers 1972) mencadangkan bahawa ibu-bapa (manusia dan bukan) tidak secara automatik melabur pada kesemua anak, dan akan mengurangkan atau menghapuskan pelaburan pada anak apabila kos mengatasi kebaikan, iaitu, apabila anak "tidak mampu ditanggung." Mengabai, ditinggalkan, dan membunuh anak telah dirakamkan dalam peristiwa.

Anak manusia memerlukan penjagaan yang amat tinggi. Kekurangan sokongan dari bapa dan/atau ahli keluarga lain akan meningkatkan kos ditanggung si ibu, manakala masalah kesihatan bayi akan mengurangkan keuntungan evolusi yang didapati (Hagen 1999). Sekiranya ibu leluhur tidak menerima sokongan yang secukupnya dari bapa atau ahli keluarga lain, mereka mungkin tidak mampu membesar anak baru tanpa menjejaskan anak sedia ada, atau merosakkan kesihatan diri mereka sendiri (menyusu menjejaskan simpanan zat ibu, membahayakan kesihatan wanita yang kekurangan zat).

Bagi ibu yang mengalami kekurangan sokongan sosial atau keadaan tertekan, emosi negetif diarah kepada anak baru mungkin memenuhi fungsi evolusi penting dengan menyebabkan si ibu mengurangkan pelaburannya pada bayi yang tidak dapat ditanggung, dengan itu mengurangkan kosnya. Banyak kajian menyokong kaitan antara kemurungan postpartum dan kekurangan sokongan sosial atau tekanan penjagaan anak yang lain (Beck 2001; Hagen 1999).

Ibu dengan kemurungan postpartum boleh tanpa sedar menunjukkan sedikit emosi positif dan menunjukkan banyak emosi negetif terhadap bayi mereka, kurang bertindak balas dan kurang sensitif kepada petanda bayi, kurang sedia emosi, mempunyai pencapaian peranan ibu yang kurang, dan memiliki bayi yang kurang ikatan; dan dalam kes yang lebih melampau, sesetengah wanita mungkin memiliki hasrat untuk mencederakan anak mereka sendiri (Beck 1995, 1996b; Cohn et al. 1990, 1991; Field et al. 1985; Fowles 1996; Hoffman and Drotar 1991; Jennings et al. 1999; Murray 1991; Murray and Cooper 1996). Dalam kata lain, kebanyakan ibu dengan PPD mengalami sejenis kos, seperti kekurangan sokongan sosial, dan dengan itu kurang keibuan.[11]

Dengan pandangan ini, ibu dengan PPD bukanlah sakit jiwa, tetapi sebaliknya tidak mampu menjaga bayi baru tanpa sokongan sosial, lebih banyak sumber, dll. Rawatan dengan itu patut tertumpu pada membantu si ibu mendapatkan apa yang mereka perlukan. (Lihat Hagen 1999 dan Hagen and Barrett, n.d. Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine)

Kesan kepada hubungan keluarga dan bayi

[sunting | sunting sumber]

Kemurungan postpartum mungkin mendorong ibu tidak tetap dalam penjagaan anak. Wanita yang diagnosis dengan kemurungan postpartum sering kali lebih tertumpui kepada kejadian negetif penjagaan anak, menyebabkan strategi melayan yang lemah (Murray).

Terdapat empat kumpulan kaedah menangani, setiap satu dibahagi kepada stail erbeza kaedah menangani kumpulan kecil. Menangani dengan mengelak adalah satu strategi paling biasa digunakan (Murray). Ia terdiri dari penafian dan kumpulan kecil perangai memisah (sebagai contoh, ibu yang mengelak mungkin tidak bertindak balas kepada tangisan bayinya). Strategi ini bagaimanapun tidak menyelesaikan sebarang masalah sebaliknya berakhir dengan kesan negetif kepada mood ibu, sama seperti strategi menangani lain yang digunakan (Honey).

Empat strategi menangani:

  • Menangani secara mengelak: penafian, tabiat berpisah (disengagement)
  • Menangani secara menumpu kepada masalah: menangani secara aktif, merancang, melihat semula secara positif
  • Menangani secara mencari sokongan: sokongan emosi, sokongan peralalatan
  • Menangani secara melepaskan: meluahkan, menyalah diri

Keselamatan

[sunting | sunting sumber]

Ibu yang menggunakan kaedah menangani secara mengelak dan tidak bertindak balas kepada bayi mungkin menjadikan bayi tidak yakin. Menurut rencana Edhborg mengenai kesan jangka panjang, tiada keyakinan boleh mendorong kepada tekanan menjaga bayi dan mengelak bayi, di mana bayi menjadi begitu pendiam sehinggakan bayi tidak berinteraksi dengan si ibu dan orang dewasa yang lain. Ini amat membimbangkan kerana bulan kedua hingga ke enam dalam hayat bayi amat penting; dalam tempoh tiga bulan ini bayi membentuk kemahiran interaksi dan kognitif (pemikiran). Interaksi keluarga-bayi paling penting pada tempoh ini kerana ia membina bukan sahaja hubungan dengan si ibu tetapi juga dengan orang lain (jangka panjang). Ia juga masa paling berisiko pada bayi kerana kemungkinan peningkatan kemurungan pada ibu (jangka panjang). Kekurangan interaksi juga turut mendorong kepada kesukaran perhubungan keluarga-bayi dan menghasilkan prestasi bayi yang lemah (Murray).

Kajian kebergantungan (Attachment)

[sunting | sunting sumber]

Edhborg dan rakan-rakannya menjalankan kajian pada kebergantungan ibu-anak dengan mengkaji empat puluh lima pasangan ibu anak dipilih secara rawak. Pasangan ini dipilih berdasarkan borang Skala Kemurungan Lepas Kelahiran Edinburgh (Edinburgh Postnatal Depression Scale)[12] (EPDS), mengukur kemurungan lepas lahir dalam masyarakat. 326 wanita memulangkan borang dan dari 326, dua puluh empat mendapat lebih dua puluh diambil dan dua puluh satu wanita dengan markah kurang sembilan juga diambil. Markah melebihi dua belas dianggap berpotensi murung sementara markah kurang dari sembilan dianggap tidak mempunyai sebarang kemurungan. Empat puluh lima pasangan ibu-anak kemudian di ambil dan dirakam dalam rumah mereka, selama lima minit dalam tiga keadaan berlainan. Ibu dan anak diletakkan dalam bilik dengan set permainan piwaian, bagi mewakili permainan terkawal. Dalam keadaan kedua, ibu dan anak dibenarkan bermain bebas dalam bilik permainan biasa. Dalam keadaan ketiga, si ibu diminta keluar seolah-olah perlu memeriksa sesuatu, sebagaimana persekitaran di rumah, dan kemudian kembali.

Ahli Psikhologis Kanan kemudian memberi markah mengenai interaksi ibu dan anak. Dua rakaman situasi pertama dimarkah berdasarkan skala lima markah; 1 (kawasan paling membimbangkan) kepada 5 (kawasan yang kuat). Dalam situasi ketiga, kelakuan kebergantungan diletakkan pada tiga kumpulan berdasarkan bagaimana anak bertindak balas apabila si ibu kembali.

Tiga kumpulan pengelasan:

  • Ikatan kukuh dan gembira: terdiri daripada anak menyambut ibunya dengan gembira dan selesa bersama ibunya.
  • Ikatan kukuh tetapi gambaran suka dan gembira terkawal: terdiri daripada anak yang menyedari ibunya, tetapi menunjukkan kegembiraan yang kurang dari yang dijangka.
  • Ikatan longgar: terdiri daripada anak yang menunjukkan tanda-tanda mengelak dan melawan. Dalam bentuk melawan anak-anak tersebut akan menghampiri si ibu, tetapi kemudian menjauhi dan sering-kali berlaku berulang-ulang.

Analisa menunjukkan hanya satu perbezaan antara kumpulan tersebut. Dalam keadaan bermain bebas, kanak-kanak dengan markah EPDS tinggi menunjukkan kurang minat untuk bermain dengan ibu mereka dan merayau bersendirian berbanding anak-anak dengan markah EPDS rendah. Si ibu juga menunjukkan satu perbezaan. Mereka yang mempunyai markah EDPS tinggi menunjukkan hanya sedikit emosi keibuan bagi anak mereka.

Berdasarkana keputusan ini, Edhborg melaksanakan analisa berkelompok, menumpu pada stail interaksi berbeza. Sesetengah kanak-kanak ada menunjukkan tanda-tanda kemurungan, tetapi apabila membanding kanak-kanak ia didapati tidak jelas dalam n=markah EPDS dan stail interaksi. Kajian ini bagaimanapun mendapati bahawa kanak-kanak dengan markah EPDS yang tinggi kurang terbabit dalam keadaan permainan bebas berbanding kanak-kanak dengan markah EPDS rendah, menunjukkan bahawa kanak-kanak dengan markah EPDS yang tinggi cenderung kurang berkeyakinan.

Semasa melakukan tugasan berstruktur dari keadaan pertama ia menunjukkan bahawa si ibu dengan EPDS yang tinggi “sedar bahawa ketidaksediaan mereka bagi anak-anak pada tempoh awal postpartum dan dengan itu cuba lebih kuat… untuk membantu anak mereka berjaya dalam tugasan” (Edhborg). Reaksi terlebih ini membuktikan terlalu banyak interaksi mampu mencetuskan mood negetif pada anak-anak dan secara berterusan menyukarkan perhubungan ibu dan anak.

Isu kebergantungan turut terbukti sebagai masalah pada anak-anak lebih tua. Akibat terdedah kepada simptom kemurungan yang berlarutan, semasa bayi, anak-anak lebih tua memiliki perkembangan kognitif cacat dan emosi-sosial terencat. Ketiadaan kebergantungan turut menyebabkan masalah dalam interaksi dengan orang lain dan kebebasan individual (jangka panjang). Kanak-kanak dengan isu ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk turut didiagnosis dengan kemurungan kemudian hayat mereka nanti (Honey).

Teori kebergantungan John Bowlby menjelaskan bagaimana bayi belajar mengenai persekitaran mereka sementara mengekalkan penjaga mereka berhampiran. Bowlby menjelaskan teorinya dengan prinsip kebelbagaian, keturunan, dan pemilihan semula jadi. Kanak-kanak memerlukan keseimbangan antara dunia luar dan sokongan dan kasih sayang ibu bapa mereka. Bowlby menumpu pada gerak hati dan sifat kemanusiaan, sebaliknya Locke percaya bayi tidak memiliki gerak hati untuk memberi panduan pada dirinya. (Chasse, J.)

Kesedaran awal dan campur tangan membantu prognosis jangka panjang bagi kebanyakan wanita. Sesetengah kejayaan dengan rawatan pencegah juga didapati barguna. Sebahagian besar mencegah adalah mengetahui mengenai faktor risiko, dan masyarakat perubatan juga boleh turut memainkan peranan dalam mengenal pasti dan merawat kemurungan postpartum. Wanita patut disaring oleh doktor mereka bagi memastikan risiko mereka mendapat kemurungan postpartum. Pada masa kini, hanya daerah Alberta di Kanada dengan saringan PPD sejagat dilaksanakan sejak 2003. Saringan PPD juga dijalankan oleh nurse Kesihatan Umum bersama jadual imunisasi bayi. Juga, senaman dan zat yang sesuai kelihatan memainkan peranan mencegah postpartum, dan secara umumnya, kemurungan.

Kehamilan, menyusu dan wanita lepas beranak (postpartum) amat digalakkan mendapatkan nasihat kesihatan dari doktor mereka mengenai zat optima semasa kehamilan dan selepas kelahiran.

Maklumat zat berikut mungkin memberi kebaikan dalam mencapai diet seimbang semasa dan selepas kehamilan, tetapi kajian diperlukan untuk mengesahkan peranannya bagi menghalang kemurungan lepas beranak.

Asid lemak Omega-3: Sesetengah pakar percaya bahawa kemurungan postpartum boleh dikatakan disebabkan kekurangan asid lemak omega-3 dari otak ibu bagi membantu pembentukan otak fetus atau anak menyusu. Ini boleh dielakkan dengan memastiian bekalan asid lemak omega 3 yang mencukupi dalam diet si ibu.[13] Sumber asid lemak omega 3 semulajadi yang baik termasuk minyak linseed boleh dimakan, sestengah ikan, daging haiwan ragut dan bukannya memakan bijirin, dan telor dari ayam yang diberi makan biji benih flax atau permakanan lain yang tinggi dengan lemak omega 3. Omega 3 juga boleh dibeli dalam bentuk kapsul sebagai permakanan tambahan.

Protein boleh didapati dalam kebanyakan makanan. Sebagai contoh berikut: 3 ounce barangan daging mengandungi 25 gram protein, 3 telur besar mempunyai sekitar 19 grams, dan 3 ounce keju Swiss mengandungi sekitar 15 gram.

Hidrasi: Satu dari peranan penting dalam sebarang diet (rterutama bagi wanita hamil atau menyusu) adalah hidrasi. Doktor mungkin menyarankan bahawa wanita mengandung meminum sepuluh 8-ounce gelas air setiap hari. Ibu yang menyusukan anak disarankan untuk minum segelas besar air, susu, atau air buah sebelum menyusukan anak. Wanita perlu berbincang dengan doktor mengenai penggunaan kafin dan alkohol selepas kelahiran.

Vitamins: Wanita mengandung dan yang baru beranak patut berbincang dengan doktornya bagi maklumat lanjut, dan cadangan bagi vitamin sebelum dan selepas melahirkan anak..

B Vitamins Sesetengah kajian terhad membayangkan bahawa pengambilan vitamin B, khususnya Riboflavin mampu mengurangkan kemungkinan mengalami kemurungan lepas beranak (post partum depression).[14] (masalah dengan Vitamin B adalah ia larut air dan perlu diambil setiap hari.

Selera makan: Sekiranya seseorang wanita mendapati dirinya kehilangan selera atau gangguan permakanan lain, dia patut mendapatkan nasihat doktor. Ini mungkin merupakan simptom kemurungan postpartum dan perlu dibincangkan dengan doktor.[2]

Banyak kajian saintifik dan rencana journal terpelajar menyokong pendapat bahawa kemurungan postpartum boleh dirawat melalui pelbagai kaedah. Sekiranya punca sebenar PPD boleh dikenal pasti, sebagaimana digambarkan di bawah “risiko faktor sosial,” rawatan boleh disasarkan bagi mengurangkan punca sebenar masalah, termasuk meningkatkan sokongan pasangan, bantuan tambahan dengan penjagaan anak, terapi kognitif, dll.

Wanita perlu dipandang serius apabila simptom PPD timbul. Ini merupakan perlaksanaan dua arah: Pertama, wanita postpartum ingin mempercayai gerak hatinya mengenai bagaimana perasaannya dan percaya bahawa simptomnya adalah cukup benar untuk memberitahu pasangannya, sahabat rapat, dan/atau doktornya; kesilapan kearah lebih berhati-hati banyak membantu dalam rawatan PPD.[2] Kedua, mereka yang diberitahu mestilah turut mengambil serius simptomnya, membantu dengan rawatan dan memberi sokongan. Pasangan, sahabat, dan doktor mungkin menyedari perubahan pada ibu postpartum yang dia sendiri tidak sedar. Mengetahui bahawa PPD boleh dirawat melalui pelbagai kaedah mampu menjadikan mendapatkan rawatan lebih mudah.

Pelbagai pilihan rawatan termasuk:

  • Penilaian perubatan untuk menyingkir masalah physiologi
  • Terapi kelakuan kognitive (Cognitive behavioral therapy (contoh: (Psychotherapi)
  • Kemungkinan ubat-ubatan
  • Kumpulan sokongan
  • Lawatan rumah/pelawat
  • Permakanan kesihatan
  • Pola tidur yang tetap/sihat

Pengamal kesihatan berpengalaman akan bekerjasama dengan ibu selepas kelahiran (postpartum) bagi mengembangkan rancangan rawatan yang sesuai dengannya. Rancangan ini mungkin termasuk sebarang gabungan dari pilihan di atas, dan mungkin termasuk sedikit prebincangan atau jawapanbalas dari/dengan pasangan. Sekiranya wanita yang mengalami PPD tidak merasakan dia dipandang serius atau dicadangkan dengan rancangan rawatan yang dia tidak selesa, dia semestinya mahukan pandangan kedua.[2]

Dalam kajian 1997 yang dilakukan oleh Appleby et al., mengesahkan bahawa simptom ibu murung lepas beranak semakin pulih pada kadar yang sama apabila dirawat dengan terapi kelakuan kognitif (cognitive behavioral therapy) atau ubat anti-kemurungan fluoxetine. “Sekumpulan 61 ibu murung menamatkan rawatan 12-minggu dengan dan tanpa ubat anti-kemurungan antidepressant campur satu sesi berbanding enam sesi khidmat nasihat (counseling).” Pesakit bertambah baik selepas “satu hingga empat minggu salah satu rawatan di atas.”[15] Jumpaan dari kajian Appleby et al menunjukkan dengan muktamad bahawa menggabung khidmat nasihat dengan rawatan dadah tidak menambah baik dibandingkan dengan hanya rawatan dadah atau rawatan khidmat nasihat.[15] Ini mencadangkan bahawa khidmat nasihat sama berkesan sebagai rawatan bagi PPD sebagai ubat, dan “pilihan rawatan [psychotherapy vs. medication] boleh dilakukan oleh wanita itu sendiri”.[15] Terapi bentuk lain (seperti terapi berkumpulan dan pelawat rumah) juga merupakan rawatan berkesan bagi PPD.[2]

Wanita mungkin ingin berbincang mengenai pelbagai pilihan rawatan yang ada dengan doktornya dan, sekiranya menimbang rawatan ubat-ubatan, perlu menyuarakan ubat mana yang sesuai untuk diambil ketika menyusukan anak.

Rawatan bagi PPD mampu mengurangkan tempoh dihidapi dan tahap teruknya. Tanpa rawatan, Kelesuan Bayi (Baby Blues) mungkin hilang dengan sendirinya (sebagaimana dalam kebanyakan kes). PPD mungkin atau tidak hilang tanpa rawatan. Berbincang dengan pengamal kesihatan sebaik sahaja simptom muncul adalah cara terbaik untuk memastikan rawatan segera dan kembali kepada kehidupan normal.

Menurut The National Institutes of Mental Health, kajian menunjukkan bahawa tahun mampu hamil paling berkemungkinan bagi wanita mengalami kemurungan dalam tempoh hayatnya. Sekitar 15% dari kesemua wanita akan mengalami kemurungan postpartum selepas melahirkan anak. (Chasse, J). Apabila kesihatan mental ibu roboh, ia menjejaskan keseluruhan keluarga. (Postpartum Support International).

Postpartum psychosis

[sunting | sunting sumber]

Postpartum psychosis adalah sakit jiwa berasingan, yang membabitkan terpisah sepenuhnya dari alam nyata. Sungguhpun kadang kala dikelirukan dengan atau secara silap dirujuk sebagai kemurungan postpartum, ("postpartum psychosis" merupakan masalah amat berbeza. Ia kurang berlaku berbanding PPD, dan ia membabitkan permulaan simptom psychotic yang mungkin termasuk gangguan fikiran, delusi, khayal/bersawai dan/atau pertuturan atau perangai yang tidak teratur.

Rawatan bagi Postnatal Psychosis amat penting; ia tidak akan hilang tanpa rawatan perubatan.[2]

  1. ^ Agency for Health Care Research and Quality: Perinatal Depression: Prevalence, Screening Accuracy, and Screening Outcomes [1]
  2. ^ a b c d e f g h i j Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama OBOS
  3. ^ Edinburgh Postnatal Depression Scale
  4. ^ a b c d Sarah J. Breese McCoy; dll. (April 2006). "Risk Factors for Postpartum Depression: A Retrospective Investigation at 4-Weeks Postnatal and a Review of the Literature". JAOA. Dicapai pada 2008-07-04. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)
  5. ^ a b c Segre, Lisa S, Mary E. Losch, Michael W. O’Hara. Race/Ethnicity and Perinatal Depressed Mood. Journal of Reproductive and Infant Psychology. Vol 24 No 2: 99–106
  6. ^ Howell, Elizabeth A, Pablo Mora, Howard Leventhal. Correlates of Early Postpartum Depressive Symptoms. Maternal and Child Health Journal. Vol 10 No 2: 149–157
  7. ^ Ross, Lori E, L Steele, C Goldfinger, and C Strike. Perinatal Depressive Symptomatology Among Lesbian and Bisexual Women. Archives of Women’s Mental Health. Vol 10 No 2: 53–59
  8. ^ Ross, Lori E. Perinatal Mental Health in Lesbian Mothers: A Review of Potential Risk and Protective Factors. Women & Health. Vol 41 Issue 3: 113–128
  9. ^ Block et. al. (2000)
  10. ^ Rich-Edwards JW, Mohllajee AP, Kleinman K; dll. (2008). "Elevated midpregnancy corticotropin-releasing hormone is associated with prenatal, but not postpartum, maternal depression". J. Clin. Endocrinol. Metab. 93 (5): 1946–51. doi:10.1210/jc.2007-2535. PMID 18303075. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  11. ^ NM mom charged with killing son on the playground
  12. ^ Edinburgh Postnatal Depression Scale
  13. ^ "Pregnant/Nursing Women Need Proper Fat Intake to Combat Depression". obgyn.net. 2001-10-25. Dicapai pada 2008-07-04.
  14. ^ The Osaka Maternal and Child Health Study
  15. ^ a b c Appleby, Louis, Rachel Warner, Brian Faragher, and Anna Whitton. "A Controlled Study of Fluoxetine and Cognitive-Behavioural Counseling in the Treatment of Postnatal Depression". British Medical Journal: 932–937. 314.n7085.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Ackerman, J. T., Eadie, J. M., Yarris, G. S., Loughman, D. L., & Mclandress R. M. (2003) Cues for investment: nest desertion in response to partial clutch depredation in dabbling ducks. Animal Behaviour, 66, 871–883.
  • Beck, C.T. The effects of postnatal depression on maternal-infant interaction: a meta-analysis. Nursing Research 44:298–304, 1995.
  • Beck, C.T. A meta-analysis of predictions of postpartam depression. Nursing Research 45:297–303, 1996a.
  • Beck, C.T. A meta-analysis of the relationship between postpartum depression and infant temperament. Nursing Research 45:225–230, 1996b.
  • Beck, C.T. (2001) Predictors of Postnatal Depression: An Update. Nursing Research, 50, 275–285.
  • Canadian Pediatric Society. "Depression in Pregnant Women and Mothers: How Children are Affected."[pautan mati kekal] October 2004. Accessed 22 November 2005 at
  • Cezilly, F. (1993) Nest desertion in the greater flamingo, Phoenicopterus ruber roseus. Animal Behaviour, 45, 1038–1040.
  • Cohn, J.F., Campbell, S.B., Matias, R., and Hopkins, J. Face-to-face interactions of postpartum depressed and nondepressed mother-infant pairs at 2 months. Developmental Psychology 26:15–23, 1990.
  • Cohn, J.F., Campbell, S.B., and Ross, S. Infant response in the still-face paradigm at 6 months predicts avoidant and secure attachment at 12 months. Special Issue: Attachment and developmental psychopathology. Development and Psychopathology 3:367–376, 1991.
  • Edhborg, Maigun. “The long-term impact of postnatal depressed mood on mothers + child interaction: a preliminary study.” Journal of Reproductive and Infant Psychology 19 (2001):61–71.
  • Edhborg, Maigun. “‘Struggling with Life’: Narratives from women with signs of postpartum depression.” Scandinavian Journal of Public Health 33 (2005):261–267.
  • Field, T., Sandburg, S., Garcia, R., Vega-Lahr, N., Goldstein, S., and Guy, L. Pregnancy problems, postpartum depression, and early mother-infant interactions. Developmental Psychology 21:1152–1156, 1985.
  • Fowles, E.R. Relationships among prenatal maternal attachment, presence of postnatal depressive symptoms, and maternal role attainment. Journal of the Society of Pediatric Nurses 1:75–82, 1996.
  • Gendron, M. & Clark, R. G. (2000) Factors affecting brood abandonment in gadwalls (Anas strepera). Canadian Journal of Zoology, 78, 327–331.
  • Gotlib, I.H., Whiffen, V.E., Wallace, P.M., and Mount, J.H. Prospective investigation of postpartum depression: factors involved in onset and recovery. Journal of Abnormal Psychology 100:122–132, 1991.
  • Goodman J.H. (2004) Paternal postpartum depression, its relationship to maternal postpartum depression, and implications for family health. Journal of Advanced Nursing, 45, 26–35.
  • Harris, B. Biological and hormonal aspects of postpartum depressed mood: working towards strategies for prophylaxis and treatment. Special Issue: Depression. British Journal of Psychiatry 164:288–292, 1994.
  • Hagen, E., and Barrett, H. C. (2007). Perinatal sadness among Shuar women: Support for an evolutionary theory of psychic pain. Medical Anthropology Quarterly, 21, 22–40. Full text
  • Hoffman, Y., and Drotar, D. The impact of postpartum depressed mood on mother-infant interaction: like mother like baby? Infant Mental Health Journal 12:65–80, 1991.
  • Honey, Kyla. “A Stress-Coping Transactional Model of low mood following Childbirth.” Journal of Reproductive and Infant Psychology 21 (2003): 129–143.
  • Jennings, K.D., Ross, S., Popper, S., and Elmore, M. Thoughts of harming infants in depressed and nondepressed mothers. Journal of Affective Disorders, 1999.
  • Murray. “The Impact of Postnatal Depression on Infant Development.” Journal of Child Psychology and Psychiatry and Allied Disciplines 33 (1992): 543–561.
  • Murray, L. Intersubjectivity, object relations theory, and empirical evidence from mother-infant interactions. Special Issue: The effects of relationships on relationships. Infant Mental Health Journal 12:219–232, 1991.
  • Murray, L., and Cooper, P.J. The impact of postnatal depression on child development. International Review of Psychiatry 8:55–63, 1996.
  • Nielsen Forman D, Videbech P, Hedegaard M, Dalby Salvig J, Secher NJ (2000) Postnatal depression: identification of women at risk. British Journal of Obstetrics and Gynaecology, 107, 1210–7.
  • O’Hara, M.W. Depression and marital adjustment during pregnancy and after delivery. American Journal of Family Therapy 13:49–55, 1985.
  • O’Hara, M.W. Postpartum Depression: Causes and Consequences. New York: Springer-Verlag, 1995.
  • O’Hara, M.W., and Swain A.M. Rates and risk of postpartum depression – A meta-analysis. International Review of Psychiatry 8:37–54, 1996.
  • Trivers, R. L. (1972) Parental investment and sexual selection. In B. Campbell (Ed.), Sexual Selection and the Descent of Man (pp. 136–179). London: Heinemann.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]