Kutu trip
Kutu trip Julat zaman: Masa Permian - Sekarang
| |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Subkelas: | |
Superorder: | |
Order: | Thysanoptera Haliday, 1836
|
Famili | |
Kutu trip (bahasa Inggeris:Thrips) (Order Thysanoptera) ialah serangga kecil dan langsing dengan sayap berjumbai. Spesies kutu trip makan daripada pelbagai jenis sumber, kedua-duanya tumbuhan dan haiwan, dengan mencucuknya dan menghisap isinya. Sebilangan besar spesies kutu trip dianggap serangga perosak, kerana ia makan tumbuhan dengan nilai komersial. Sebahagian spesies kutu trip makan serangga lain atau hama dan diangggap berfaedah, sementara sebahagiannya makan spora kulat atau debunga. Setakat ini, kira-kira 6,000 spesies telah dikenalpasti. Kutu trip biasanya kecil (1 mm panjang atau kurang) dan bukan penerbang yang baik, walaupun ia dapat dibawa jarak jauh oleh angin. Dalam keadaan yang baik, banyak spesies dapat membiak berkali ganda dalam saiz populasi dan membentuk kumpulan besar, menyebabkannya menganggu manusia.
Pautan luar
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Kutu trip |