Huruf
Huruf (Jawi: حروف ) ialah unsur dalam sesebuah sistem tulisan abjad. Setiap huruf dalam bahasa bertulis lazimnya dikaitkan dengan satu fonem (bunyi) dalam bahasa lisan yang bersamaan. Aksara-aksara dalam tulisan awal lebih baik dipanggil silabogram (yang melambangkan suku kata) atau logogram (yang melambangkan perkataan atau ungkapan). Beginilah konsep penulisan mampu menjadi antara ciptaan terhebat dalam sejarah peradaban manusia (Robinson 2003), dan demikianlah kesan huruf dan abjad terhadap masyarakat. Huruf membolehkan manusia saling berhubung melalui surat-menyurat di merata dunia.
Sejarah
suntingCiptaan huruf-haruf ini dimulakan oleh tulisan Semitik Barat yang muncul di rantau Kanaan sekitar 1000 SM.
Jenis huruf
suntingPelbagai tulisan
suntingAbjad-abjad dan huruf-huruf individu berikutnya dibincangkan dalam rencana masing-masing:
Abjad Arab: (kanan ke kiri) [[Alif|ﺍ ]], [[Ba (huruf Arab)|ﺏ ]], [[Ta (ت)|ﺕ ]], [[Ṯa|ﺙ ]], [[Jim (huruf Arab)|ﺝ ]], [[Ha (ح)|ﺡ ]], [[Kha|ﺥ ]], [[Dal|ﺩ ]], [[Zal|ﺫ ]], [[Ra (huruf Arab)|ﺭ ]], [[Zai|ﺯ ]], [[Sin (huruf Arab)|ﺱ ]], [[Syin (huruf Arab)|ﺵ ]], [[Sad|ﺹ ]], [[Dad|ﺽ ]], [[Ta (ط)|ﻁ ]], [[Ẓa|ﻅ ]], [[Ain|ﻉ ]], [[Ghain|ﻍ ]], [[Fa (huruf Arab)|ﻑ ]], [[Qaf|ﻕ ]], [[Kaf (huruf Arab)|ﻙ ]], [[Lam|ﻝ ]], [[Mim|ﻡ ]], [[Nun|ﻥ ]], [[Ha (ه)|هـ ]], [[Wau (huruf Arab)|ﻭ ]], [[Ya (huruf Arab)|ﻱ ]].
Abjad Cyril: А, Б, В, Г, Ґ, Д, Е, Є, Ж, З, И, І, Ї, Й, К, Л, М, Н, О, П, Р, С, Т, У, Ф, Х, Ц, Ч, Ш, Щ, Ю, Я, Ъ, Ь, Ђ, Љ, Њ, Ћ, Џ.
Abjad Yunani: Α, Β, Γ, Δ, Ε, Ζ, Η, Θ, Ι, Κ, Λ, Μ, Ν, Ξ, Ο, Π, Ρ, Σ, Τ, Υ, Φ, Χ, Ψ, Ω.
Abjad Ibrani: (kanan ke kiri) א, ב, ג, ד, ה, ו, ז, ח, ט, י, כ, ל, מ, נ, ס, ע, פ, צ, ק, ר, ש, ת.
Abjad Rumi: A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z.
Huruf besar dan kecil
suntingSesetengah sistem penulisan memiliki dua bentuk utama bagi setiap huruf: bentuk huruf besar (juga dikenali sebagai capital atau majuscule) dan bentuk huruf kecil. Bentuk huruf besar dan kecil mewakili bunyi yang sama, tetapi memainkan funsi berlainan dalam penulisan. Huruf besar paling biasa digunakan pada permulaan ayat, sebagai huruf pertama, dan sebagai huruf pertama bagi nama sempurna, atau dalam inskripsi atau judul. Ia mungkin juga memainkan peranan fungsi lain, seperti dalam bahasa Jerman di mana kesemua kata nama bermula dengan huruf besar. Sistem penulisan Jawi pula tidak membezakan antara keduanya.
Rupa huruf dan fon
suntingSatu huruf boleh dicetak dalam sejumlah saiz yang berbeza atau bentuk, bergantung pada jenis rupa huruf. Satu rupa huruf merupakan set bentuk stail tetap tunggal bagi huruf (atau glif). Rupa huruf tertentu mungkin menukar bentuk piwaian huruf, mungkin memberikannya gaya optik berlainan, atau mungkin condong atau menghiasi bentuk mereka. Sesuatu fon adalah lebih khusus berbanding rupa huruf, kerana ia turut menetapkan saiz huruf selain bentuknya.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- Daniels, Peter T., and William Bright, eds. 1996. The World's Writing Systems. ISBN 0-19-507993-0.
- Powell, Barry B.. 1991. Homer and the Origin of the Greek Alphabet. ISBN-13: 9780521589079 | ISBN-10: 052158907X.
- Robinson A 2003, "The Origins of writing" in David Crowely and Paul Heyer 'Communication in History: Technology, Culture, Society' (fourth edition) Allyn and Bacon Boston pp 34-40
Pautan luar
sunting- Carta Unicode
- LetterCount.com Count the number of letters in a document
- Word-Counter.com Free Online Tool for - Counting number of alphabets and letters, with and without spaces, counting words and typing speed test