Abjad
Abjad (Jawi: ابجد ) ialah set huruf terselaras, iaitu setiap satu hurufnya menandakan satu fonem dalam bahasa lisan, baik yang masih wujud mahupun sudah pupus ditelan zaman.[1] Selain abjad, terdapat juga jenis-jenis sistem tulisan lain seperti logograf yang mana setiap aksara melambangkan satu kata, morfem, atau unit makna, dan juga bentuk suku kata iaitu setiap aksara melambangkan satu suku kata. Kamus Dewan mendefinisikan "abjad" sebagai huruf-huruf dalam sesuatu bahasa disusun mengikut urutan yang tertentu seperti A, B sehinggalah Z dalam rumi dan Alif hingga Ya dalam sistem tulisan Jawi dan susunan huruf yang terdapat dalam Bahasa Arab.[2]
Abjad dikelaskan mengikut cara bunyi vokal dilambangkan:
- sama seperti bunyi konsonan, cth. abjad Yunani (abjad konsonan dan vokal)
- pengubahsuaian konsonan, cth. Devanagari (abugida)
- tiada langsung, cth. abjad Arab (abjad konsonan)
Rujukan
suntingCari abjad dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- ^ Harimurti Kridalaksana (2009). "abjad". Kamus Linguistik. Jakarta: PT Gramedia. m/s. 1. ISBN 978-979-22-3570-8.
- ^ "Tafsiran "abjad" di Kamus Dewan Edisi Keempat". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 2021-08-30.