[go: up one dir, main page]

Awie

Penyanyi dan pelakon Malaysia, Raja Rock Malaysia

Yang Hormat Dato' Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie (lahir 24 November 1968) ialah penyanyi, pemuzik, pelakon, pengacara, penerbit dan pengarah lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan Wings.


Awie

Dato' Awie pada Mac 2016
Kelahiran
Ahmad Azhar bin Othman

(1968-11-24) 24 November 1968 (umur 56)
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, pelakon, pengacara, penerbit, pengarah
Tahun aktif1983–kini
PasanganArni Nazira (k. 1998; c. 2006)
Rozana Misbun (k. 2006; c. 2014)
Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin (k. 2016)
Anak-anak6 (termasuk Putra Ahmad Merrah)
IbuAzizah Abdul Hamid
BapaOthman Maarof
Kerjaya muzik
GenreHard rock, pop rock, heavy metal, glam metal, pop metal, soft rock
InstrumenVokal, gitar, keyboard
Syarikat rakaman
  • BMG Music
  • Awie Entertainment
Pengkarya berkait
Wings, Ella, Ziana Zain, Erra Fazira, Kristal, Datuk M. Nasir

Dilahirkan pada 24 November 1968 di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kerjaya muzik Awie sebagai artis bermula pada 1987 bersama kumpulan Wings dengan muncul album pertama berjudul Belenggu Irama. Ketika popular bersama Wings, beliau memperkembangkan bakatnya yang semula jadi dalam bidang lakonan menerusi filem pertamanya Pemburu Bayang pada tahun 1993.[1][2] Awie kemudiannya mengambil langkah untuk meninggalkan Wings akibat ketagihan dadah, putaw, kokain dan heroin dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi solo bermula pada 1993 apabila beliau melancarkan album solo eponim pertamanya pada 1994 dan telah terjual sebanyak 220,000 unit menjadikan album tersebut sebagai pemegang rekod penjualan album tertinggi bagi artis solo lelaki di Malaysia sehingga kini,[3] yang sebelum itu diungguli oleh Saleem (Iklim) menerusi album solo pertamanya yang berjudul Gabungan Dua Insan Seni - Saleem & Wan Zul yang mempertaruhkan single popular "Aduhai! Seribu Kali Sayang" pada tahun 1993 yang terjual sebanyak 80,000 unit.

Sepanjang kerjaya solonya, beliau telah menghasilkan lima album solo tidak termasuk album kompilasi, langsung dan lain-lain. Selain itu juga, Awie pernah menyertai kumpulan Search pada tahun 1998 dan muncul dengan satu album bertajuk Bikin Wilayah setelah Amy meninggalkan kumpulannya itu dan seterusnya menubuhkan kumpulannya tersendiri yang diberi nama Dragon Malaya pada tahun 2000. Sehingga kini Dragon Malaya masih aktif dalam beberapa untuk konsert sahaja. Pada penghujung tahun 2000, beliau dengan bantuan terapi perubatan Cina, Awie menjauhkan diri dan tidak menyentuh barang terlarang itu lagi. Pada tahun 2001, beliau kembali bersama kumpulan Wings yang kekal sehingga kini. Awie masih mengekalkan kerjaya sebagai pelakon filem. Antara filem terkenal beliau termasuk Baik Punya Cilok (2005), Sumolah (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Lebuhraya Ke Neraka (2017). Selain itu, Awie juga ialah seorang pengacara rancangan realiti seperti Tunggu Sekejap,[4] juri Maharaja Lawak Mega 2012 dan banyak lagi.

Kerjaya

sunting

Penglibatan awal

sunting

Pada usia 7 tahun, Awie bekerja sebagai seorang seorang penala piano. Pada usia 17 tahun, Awie bekerja di Panggung Aniversary, Kuala Lumpur. Tugasnya membolehkan Awie mendampingi beberapa selebriti popular ketika itu seperti Search, Bloodshed, Ella & The Boys dan Sweet Charity.[perlu rujukan]

Wings dan penyertaan semula

sunting
 
Awie mengadakan persembahan pada 2007.

Bersama Syam, Eddie dan Jojet Awie ikut menubuhkan kumpulan muzik Wings pada awal tahun 1985. Oleh Eddie yang merupakan ketua kumpulan, Awie segera dilantik sebagai penyanyi utama sejak awal penubuhan kumpulan itu.[5] Mereka memulakan debutnya dengan album Belenggu Irama pada tahun 1987. Album berikutnya, Hukum Karma menampilkan lagu "Misteri Mimpi Syakilla" (yang dikarang oleh J.S. Kevin) dan "Taman Rashidah Utama" (ditulis oleh penerbit Bob Lokman). Pelbagai album studio seterusnya diikuti dengan album Teori Domino, Jerangkung Dalam Almari dan Bazooka Penaka termasuk gandingan bersama kumpulan Search yang tampil dengan album berjudul Double Trouble. Sejumlah hits Wings dikarang oleh penyanyi-penulis lagu M. Nasir dan Loloq.[perlu rujukan]

Awie meninggalkan kugiran itu akibat ketagihan dadah, putaw, kokain dan heroin pada tahun 1993 selepas melaporkan perselisihan dengan anggota Wings yang lain, dan mengejar kerjaya sebagai artis solo dan pelakon. Selain kumpulan asalnya Wings, Awie pernah menggantikan seketika tempat Amy Search sebagai penyanyi utama kumpulan Search dengan muncul satu album berjudul Bikin Wilayah pada tahun 1998, megecapi kemenangan album tersebut dan seterusnya beliau menubuhkan kumpulan tersendirinya yang dinamakan Dragon Malaya pada tahun 2000. Beliau dengan bantuan terapi perubatan Cina, Awie menjauhkan diri dan tidak menyentuh barang terlarang itu lagi untuk menyertai kembali bersama Wings pada penghujung tahun 2000 selepas respon penggemar suam untuk penggantinya Mus (dahulunya daripada May) dan Mel (penyanyi kelab). Penampilan dan rakaman konsert baru-baru ini termasuk Wings Alive 2006 dan Wings Live In KL 1991.[perlu rujukan]

Kerjaya solo

sunting

Selepas meninggalkan Wings pada tahun 1994, Awie telah merakamkan lima album sebagai artis solo. Album solo pertama berjudul Awie telah membuat kejutan apabila album tesebut telah mencapai jualan melebihi 220,000 unit. Sehingga kini album Awie solo itu kekal sebagai pemegang rekod jualan tertinggi album artis Malaysia lelaki solo manakala kedua tertinggi selepas album Ella USA mencecah jualan tertinggi album artis solo Malaysia yang terjual lebih 350, 000 unit.[6]

Kerjaya filem

sunting

Awie memulakan kerjaya lakonannya sebagai watak hero pada tahun 1993 dengan filem Pemburu Bayang arahan Yusof Haslam ketika masih bersama Wings.[1][2] Selepas keluar dari Wings, beliau muncul dalam filem yang lebih menonjol seperti Sembilu dan Bara. Baru-baru ini Awie menumpukan perhatian kepada peranan komedi.[7] Sehingga kini Awie masih mengekalkan kerjayanya sebagai pelakon watak hero.

Awie melengkapkan portfolionya dalam kerjaya filem dengan menubuhkan syarikat Rumah Produksi Merah lakonannya sekaligus menggalas sebagai penerbit filem menerusi filem sulung terbitannya, 10 Tips Tipu Bini arahan Azizi "Chunk" Adnan dengan Armada Al-Haq menulis skrip. Beliau sendiri turut berlakon dengan melakonkan watak sebagai Brother Love. Ia ditayangkan di Astro First pada 7 Januari 2021. Antara barisan pelakon termasuk Ropie Cecupak, Khir Rahman dan Elizabeth Tan.[8][9][10]

Profil Penyanyi

sunting

Jenis vokal Awie ialah "Serak-serak Basah" Lirik Cahaya dengan nota pertengahan rendah seperti yang kedengaran bersama Wings dalam lagu "Intan Ku Kesepian" (C3), "Misteri Mimpi Syakilla" (Eb3) dan "Sejati" (F3). Nota serak tingginya sebagai artis solo juga kedengaran dalam lagu "Tragedi Oktober" (F5), "Ukiran Jiwa" (F#5), "Di Bayang Awan" (G5), "Ratuku" (B5) dan "Dipenjara Janji" (G6). Julat vokalnya ialah 4 oktaf.

Kehidupan peribadi

sunting

Perkahwinan pertama Awie adalah dengan Arni Nazira, juga seorang penyanyi pada 10 Disember 1998[11][12] dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha (lahir pada 13 September 2001) dan Putri Aleefa Antasha (lahir pada 11 November 2003). Tetapi pada 17 September 2006, Arni telah membuat tuntutan cerai selepas terbongkarnya perkahwinan kedua Awie yang dilangsungkan secara rahsia di Thailand.[13] Awie mendapat hak penjagaan ke atas anak-anaknya.[14][15][16][17]

Isteri kedua Awie ialah Rozana Misbun, adik kepada pelakon Haliza Misbun. Pada 16 Oktober 2006, Awie dan Arni sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan Pahang di hadapan Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali.[18][19] Bersama Rozana pula, Awie telah dikurniakan tiga orang lagi cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah (lahir pada 5 April 2005), Putra Ahmad Rezzki (lahir pada 8 Ogos 2008) dan Putri Qasseh Antasha (lahir pada 19 April 2013). Pada 1 November 2014, talak antara penyanyi Awie dan Rozana Misbun gugur selepas Rozana berjaya mendapatkan tuntutan fasak secara taklik daripada Pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla Thailand.[20][21] Pada 7 Oktober 2016, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin.[22][23] Beliau dikurniakan anak keenam pada 12 November 2020.[24][25]

Diskografi

sunting

Album Studio

  1. Awie (1994)
  2. O-Tak (1996)
  3. Satu (1998)
  4. Rentap (2000)
  5. Santai (2005)

Album Khas

  1. Bikin Wilayah - Search, Awie (1998)

Album Kompilasi

  1. Awie Live Unplugged (1995)
  2. Merah (1996)
  3. Koleksi Lagu-Lagu Terbaik (1999)
  4. Nafas Cinta (1999)
  5. Ella Awie (2000)
  6. Getaran (2001)
  7. Mata Hati Jiwa (2007)

Konsert Utama / Berskala Besar

sunting
  1. Awie Live Unplugged (1995)
  2. Konsert Shick Live Awie At Stadium Negara (1996)
  3. Konsert Awie Romantika At Stadiuam Malawati Shah Alam (2020)
  4. Konsert Awie Solitario Journey, The Star Theatre Singapore - THE FINAL ENCORE (2024)
  5. Konsert Awie Journey 30 Tahun At WTC Kuala Lumpur (2024)

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1993 Pemburu Bayang Awie Filem pertama
1994 Sembilu
1995 Sembilu II
1996 Tragedi Oktober
Merah Merah
1998 Maria Mariana II Sazali
1999 Nafas Cinta Amir
Bara Amri
2001 Getaran Awie
2003 Iskandar Karl Iskandar
2005 Sembilu 2005 Zambri Pelakon undangan
Baik Punya Cilok Bob KP
2006 Diva Popular Faizal
2007 Brave John Filem gabungan kerjasama Malaysia-Thailand
Zombi Kampung Pisang Husin
Sumolah Haris
2008 Cuci Jojo
Duyung Kordi
Cinta U-Turn Faiz
Apa Kata Hati? Sophi
Antoofighter: Amukan Drakulat! Drakulat Van Listerooy
2010 Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! Aziz Al-Biruni
Kapoww Astromen Wau
Hantu Kak Limah Balik Rumah Husin
2012 Baik Giler Kimie
Berani Punya Budak John
Leftwings Dirinya sendiri Penampilan khas
2013 Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit Husin
Bikers Kental Eddie Cuardo
Lemak Kampung Santan Abu
2014 Zombie Kilang Biskut Husin
Ribbit Kulup Alih suara BM
Dollah Superstar Dollah
2016 Warna Cinta Impian Dirinya sendiri
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!
2017 Lebuhraya Ke Neraka Bob
2018 Hantu Kak Limah Husin
Operasi X Belut
2019 Bikers Kental 2 Eddie Cuardo
2020 Rock 4: Rockers Never Dai Dirinya sendiri Penampilan khas
2021 10 Tips Tipu Bini Brader Love Juga sebagai penerbit
Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa Husin
Kampung Latah Kena Kuarantin Dukun Parlemo Penampilan khas
2022 Seratus
2023 Didi & Friends The Movie Tok Chip (suara)
Sue-On Mat Dosa Filem pertama terbitan, sebagai penerbit
2024 Rebel Pak Long Biring Juga sebagai pengarah, idea asal dan penerbit eksekutif
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2000 Spanar Jaya Dirinya sendiri ntv7 Episod: "Takkan Kot... Awie"
2006–2007 Awie Records Astro Ria
2018 Mak Cun 4 Rock TV3 Slot Dahlia
Ammar & Opie Tok Wie Slot Zehra
2021 Kampong Pisang Bersiri-siri Husin Astro Citra Episod: "Husin Kembali Bersama Zombi"
Semanis Senyumanmu Dirinya sendiri TV3 & Disney+ Hotstar Pelakon undangan
2022 Sudin Dah Kaya Samad Awesome TV
Kids Nowadays Jaafar Astro Ria

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1992 Wajah Di Sebalik Tirai Mokhtar TV1 Telefilem pertama
2010 Buta Warna Amri Astro Ria
2013 Malaikat Di Pintu Zai TV3
2014 Takhta 3 Ratu Astro First Eksklusif
2015 Aku Benci Raya Amir Astro Ria
2016 Dari Kerana Mata Ramzi Unifi TV
2017 Kalut Nak Raya Bobby Astro Warna
2018 Studio Awie Dirinya sendiri TV3
Berani Jadi Papa Sani Joned Astro First Eksklusif
2021 Rumah Tok Wie Tok Wie Awesome TV

Teater

sunting
Tahun Tajuk Watak
2009 Cuci The Musical Jojo
2011 Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal Lat
2012 Cuci The Musical Last Kopek Jojo
2014 Teaterikal Suara Kita
Supermokh Sebuah Muzikal Mokhtar Dahari
Takhta 3 Ratu
2015 Baik Punya Cilok Bob KP
2018 Baik Punya Consert 4D

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2004 Akademi Fantasia (musim 2) Juri jemputan Astro Ria
2012 Maharaja Lawak Mega 2012 Juri Astro Warna
2013 Tunggu Sekejap Pengacara TV3
Maharaja Lawak Mega 2013 Artis jemputan Astro Warna
2015 Juara Parodi Juri jemputan
2016 Ceria Popstar Juri Astro Ceria
3 Juara TV3
Joras & Star Artis jemputan Astro Warna
2017 Rockanova 2017 Juri Astro Prima
AF Megastar Juri jemputan Astro Ria
2018 MeleTOP Pengacara jemputan bersama Erra Fazira
2019 Maharaja Lawak Mega 2019 Juri jemputan Astro Warna
2019–2022 Muzikal Lawak Superstar Juri
2020 Rumah No. 107 Artis jemputan
Gegar Vaganza (musim 7) Juri jemputan Astro Ria
2021 Sumbang Suara Juri TV3
Havoc Nak Raya Artis Jemputan
Alamak Awesome TV
2022 Mic ON! (Musim 2) Juri
2023 The Chosen One (Musim 1) Astro Ceria
2024 The Choose One (Musim 2)

Anugerah dan pencalonan

sunting
Anugerah Juara Lagu

AJL 1995: Pencalonan lagu Di Bayang Awan

AJL 1997: Pencalonan lagu Senja Nan Merah (duet bersama Ziana Zain)

Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Tahun Kategori Keputusan
1994 Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Menang
1995 Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Menang
Penghibur TV Lelaki Popular Menang
1996 Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Menang
Penyanyi Lelaki Popular Menang
1997/1998 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2000 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2018 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2023 Aktor Filem Popular Tercalon

Anugerah Media Hiburan

AMH 1996: (Menang) - Kategori Personaliti Lelaki Seksi

AMH 1998: (Menang)- Artis Seksi Sensasi Lelaki

AMH 1998: (Menang) - Hero & Heroin Sensasi

bersama Erra Fazira

Anugerah Industri Muzik

AIM 1996: (Menang) - Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Lelaki) (album Awie Live Unplugged)

AIM 1997: Pencalonan - Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) (album O-tak)

AIM 2006: Menang - Album Pop Rock Terbaik (album Santai)

Anugerah Era

Anugerah Era 2001: (Pencalonan) kategori Vokal Lelaki Pilihan, Lagu Rock Pilihan (Baldu Biru - duet bersama Ella)

Anugerah Era 2006: (Pencalonan) kategori Lagu Rock Pilihan

Anugerah Planet Muzik

APM 2001: (Pencalonan) kategori Artis Lelaki Serantau Paling Popular.

APM 2007: (Pencalonan) kategori Artis Lelaki Paling Popular

BOH Cameronian Arts Awards
8th BOH Cameronian Arts Awards 2009:

Best Performance in a Leading Role - Awie  for Cuci, the Musical; written by Douglas Lim, Harith Iskander & Hans Isaac, musical direction by Rudi Muhamad, directed by Dato’ Zahim Albakri & Harith Iskander, presented by Tall Order Productions Sdn Bhd

9th BOH Cameronian Arts Awards 2012:

Best Performance in a Leading Role - Awie for Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal, written by Harith Iskander Musa, co-written by Kuah Jenhan, musical direction by Michael Veerapen, directed by Harith Iskander Musa and Hans Isaac, presented by Institute Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) and Tall Order Productions

Darjah Kebesaran

Darjah Indera Mahkota Pahang membawa gelaran 'Dato'

Penghargaan

sunting

Penghargaan Malaysia

sunting
  •   Pahang :
    •   Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato' (2017)

Pada 6 Januari 2017, Awie telah dikurniakan Darjah Dato' Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' oleh Sultan Ahmad Shah.[26][27][28][29][30]

Catatan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Seri Intan Othman. "Ella, Awie nadi pemburu bayang". 23 Februari 1993. Dicapai pada 4 Jun 2019.
  2. ^ a b Rosidi Daud (24 April 1992). "Ella, Awie star in new film". The Malay Mail. Dicapai pada 4 Jun 2019.
  3. ^ "Awie: Silap tinggalkan Wings dahulu". Berita Harian Singapura. 1 Oktober 2015. Dicapai pada 5 Jun 2016.
  4. ^ Dennis Chua (28 Jun 2013). "WEEKEND watch: More buzz with Awie". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2013. Dicapai pada 4 Jun 2014.
  5. ^ "Cici the Musical Cast List". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2011. Dicapai pada 18 February 2012.
  6. ^ Zainuri Misfar (15 Januari 1994). "Enam syarikat lamar Awie". Berita Harian. Dicapai pada 4 Jun 2019.
  7. ^ Lohan, N. Rama. "To the tune of Lat: Awie in the spotlight". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2011. Dicapai pada 18 February 2012.
  8. ^ Nisa Irdina (6 Januari 2021). "Filem pertama terbitan Awie, "10 Tips Tipu Bini" ke Astro First". Cinema Online. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  9. ^ Fiza Kamarudin (5 Januari 2021). "10 Tips Tipu Bini filem pertama terbitan Awie - 'Saya tak takut kecaman sebab yang kritik tu pun 'acah-acah' padahal". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  10. ^ Deel Anjer (8 Januari 2021). "Awie dedah punca suami suka tipu bini". WilayahKu. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  11. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (22 Oktober 1998). "Belum pasti kahwin". Berita Harian. Dicapai pada 4 Jun 2019.
  12. ^ "Awie marries Arni, to decide future later". New Straits Times. 11 Disember 1998. Dicapai pada 4 Jun 2019.
  13. ^ "Awie mengaku kahwin lain punca cerai". Berita Harian. 20 Oktober 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-23. Dicapai pada 4 Jun 2010.
  14. ^ "Awie dakwa Arni abai anak". CyBerita. 5 Oktober 2007. Dicapai pada 4 Jun 2018.
  15. ^ "Arni abai anak: Awie". Berita Harian. 21 Jun 2007. Dicapai pada 4 Jun 2010.
  16. ^ "Awie dapat hak penjagaan sementara anak-anak". Berita Harian. 7 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-10. Dicapai pada 4 Jun 2010.
  17. ^ "Awie dakwa lebih layak jaga anak daripada Arni". Berita Harian. 17 Ogos 2007. Dicapai pada 4 Jun 2010.[pautan mati kekal]
  18. ^ Rosli Abdul Jalil (17 Oktober 2006). "Awie, Arni bercerai". Berita Harian. Dicapai pada 4 Jun 2019.
  19. ^ "October tragedy". The Malay Mail. 17 Oktober 2006. Dicapai pada 4 Jun 2019.
  20. ^ Niezam Abdullah (3 Jun 2015). "Rozana Misbun berjaya peroleh cerai taklik terhadap Awie di Songkhla". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2016. Dicapai pada 4 Jun 2015.
  21. ^ Nadia Azam (7 Oktober 2016). "Awie akui kini terpaksa lebih berhati-hati". Malaysiakini. Dicapai pada 6 Jun 2017.
  22. ^ Farhana Ab Rahman; Mustakim Ramli (26 Oktober 2016). "Awie, Sharifah Ladyana selamat diijabkabul". Berita Harian. Dicapai pada 8 Oktober 2016.
  23. ^ "Awie dan Sharifah Ladyana selamat bernikah di Songkhla". mStar Online. 7 Oktober 2016. Dicapai pada 4 Jun 2017.
  24. ^ Qarami Hashim (30 Disember 2020). "Awie teruja timang anak keenam di usia 52 tahun, jaga kesihatan supaya kekal fit - "Nanti orang tanya tu atuk kau ke? Malu!"". mStar Online. Dicapai pada 5 Jun 2021.
  25. ^ Kenneth Chaw (20 Januari 2021). "Malaysian rocker Awie, 52, welcomes sixth child". The Star Online. Dicapai pada 5 Jun 2021.
  26. ^ Farhana Ab Rahman (6 Januari 2017). "Awie dapat gelaran Dato'". Berita Harian. Dicapai pada 4 Jun 2017.
  27. ^ Mohd Al Qayum Azizi (6 Januari 2017). "Awie anggap penghargaan besar dianugerahkan Datuk". mStar Online. Dicapai pada 5 Jun 2017.
  28. ^ "Anugerah 'Datuk' berkat kahwin kali ketiga, kata Awie". Projek MM. The Malay Mail. 7 Januari 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.
  29. ^ "Awie sah dikurnia gelaran Datuk". Rotikaya. 6 Januari 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.
  30. ^ "Awie dianugerahkan pangkat Datuk selepaaa 31 tahun dalam dunia hiburan". Suria. 6 Januari 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.

Pautan luar

sunting