Andrea Leadsom
Andrea Jacqueline Leadsom (/ˈlɛdsəm/;[1] lahir Salmon pada 13 Mei 1963)[2] ialah seorang ahli politik United Kingdom dari Parti Konservatif yang terpilih menjadi Ketua Dewan Rakyat United Kingdom pada 11 Jun 2017. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar dari tahun 2016-2017 semasa pentadbiran Theresa May. Beliau juga pernah menjadi Menteri Tenaga dari tahun 2015-2016 sewaktu pentadbiran David Cameron.[3] Beliau sendiri sudah menjadi ahli parlimen sejak terpilih di daerah Northamptonshire Selatan pada pilihan raya umum 2010.[4]
Yang Berhormat Andrea Leadsom | |
---|---|
Setiausaha Negara untuk Perniagaan, Tenaga dan Strategi Perindustrian | |
Dalam jawatan 24 Julai 2019 – 13 Februari 2020 | |
Perdana Menteri | Boris Johnson |
Didahului oleh | Greg Clark |
Digantikan oleh | Alok Sharma |
Ketua Dewan Rakyat Presiden Majlis | |
Dalam jawatan 11 Jun 2017 – 22 Mei 2019 | |
Perdana Menteri | Theresa May |
Didahului oleh | David Lidington |
Digantikan oleh | Mel Stride |
Setiausaha Negara bagi Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar | |
Dalam jawatan 14 Julai 2016 – 11 Jun 2017 | |
Perdana Menteri | Theresa May |
Didahului oleh | Elizabeth Truss |
Digantikan oleh | Michael Gove |
Menteri Tenaga Negara | |
Dalam jawatan 11 Mei 2015 – 14 Julai 2016 | |
Perdana Menteri | David Cameron |
Didahului oleh | Matt Hancock |
Digantikan oleh | Claire Perry |
Setiausaha Perbendaharaan Ekonomi | |
Dalam jawatan 9 April 2014 – 11 Mei 2015 | |
Perdana Menteri | David Cameron |
Didahului oleh | Nicky Morgan |
Digantikan oleh | Harriett Baldwin |
Ahli Parlimen untuk Northamptonshire Selatan | |
Menyandang jawatan 6 Mei 2010 | |
Didahului oleh | Perlembagaan diperkenalkan semula |
Majoriti | 27,761 (41.5%) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Andrea Jacqueline Salmon 13 Mei 1963 Aylesbury, Buckinghamshire, England |
Parti politik | Konservatif |
Pasangan | Ben Leadsom (k. 1993) |
Anak | 3 |
Pendidikan | Tonbridge Grammar School |
Tempat belajar | Universiti Warwick |
Leadsom dikenali sebagai penyokong Brexit sepanjang kempen referendum Kesatuan Eropah 2016.[5] Keputusan referendum ini sendiri menunjukkan bahawa majoriti rakyat United Kingdom ingin keluar dari Kesatuan Eropah. David Cameron lalu mengundurkan diri, dan Leadsom menjadi salah satu dari lima calon ketua Parti Konservatif yang baru. Pada putaran kedua, beliau menduduki kedudukan kedua selepas Theresa May. Mereka berdua seharusnya melaju ke putaran ketiga yang akan melibatkan semua ahli Parti Konservatif, tetapi Leadsom mengundurkan diri sebelum pemungutan suara dapat dilaksanakan, kerana beliau merasakab bahawa beliau tidak mempunyai sokongan majoriti. Beliau akhirnya menyokong pencalonan May yang kemudian terpilih sebagai ketua parti dan Perdana Menteri.[6]
Rujukan
sunting- ^ Anna Firth (29 April 2016). "Andrea Leadsom on Newsnight". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 July 2016.
- ^ "Tory contender: Andrea Leadsom". BBC News. 11 July 2016. Dicapai pada 8 August 2018.
- ^ "Andrea Leadsom MP". GOV.UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2016. Dicapai pada 27 June 2016.
- ^ Home. Andrea Leadsom. Retrieved 8 May 2012.
- ^ "Who is Conservative leadership contender Andrea Leadsom?". 30 June 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2016. Dicapai pada 11 July 2016.
- ^ Bulman, May (11 July 2016). "Andrea Leadsom quits Tory leadership contest". The Independent. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2016. Dicapai pada 11 July 2016.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Andrea Leadsom. |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Andrea Leadsom |