Skip to main content
Surah ini diberikan nama Al-Waaqi’ah atau dari segi bahasanya “Hari Qiyamat” kerana ia dimulakan dengan bagaimana kejadian hari kiamat tersebut. Ia adalah hari pembalasan dan hari perhitungan yang pasti berlaku, ia juga adalah hari... more
Surah ini diberikan nama Al-Waaqi’ah atau dari segi bahasanya “Hari Qiyamat” kerana ia dimulakan dengan bagaimana kejadian hari kiamat tersebut.  Ia adalah hari pembalasan dan hari perhitungan yang pasti berlaku, ia juga adalah hari pembalasan kepada kebaikan dan keburukan serta ganjaran-ganjaran atas kebaikan dan keburukan yang telah dilakukan oleh hamba Allah s.w.t. semasa hayatnya, bagaimana Allah s.w.t. yang telah memberikan berbagai nikmat dan rahmat kepada manusia contohnya dengan menurunkan hujan, memberikan api agar manusia dapat menggunakannya untuk meneruskan kehidupan ini. Disamping itu sekelian manusia hendaklah selalu bertasbih kepadaNya agar sentiasa mengingati kematian yang pasti menjelma tanpa diketahui saat dan ketikanya.

Surah ini adalah surah makkiyah yang mengandungi 96 ayat  selepas surah Taha untuk diamalkan. Surah makkiyah mengandungi lafaz-lafaz yang mengerikan kerana ia menjelaskan perihal ancaman, azab dan seksa neraka bagi orang yang menyimpang daripada ketentuan Allah s.w.t. Ia adalah untuk menyangkal anggapan kaum kafir Musyrikin yang meragui Hari Qiyamat itu benar dan pasti terjadi.
Research Interests:
Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara... more
Takaful adalah kata terbitan bahasa arab “kafala” yang bermaksud “jamin” dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin. Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.
Research Interests:
Memahami sedikit ilmu bahasa jepun untuk kemudahan..
Research Interests: