BAHAGIAN A
Soalan A1 (10 markah)
Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima patah perkataan yang
telah digarisi. Bubuh imbuhan yang sesuai pada setiap perkataan. Tulis
jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.
Satu daripada kemahiran yang perlu dimiliki pelajar ialah kemahiran
dwibahasa. Ini melibatkan sekurang-kurangnya (1) boleh berinteraksi dalam sistem
komunikasi antarabangsa dan global. Pada masa hadapan, pemerintah ingin memastikan
agar para pelajar mampu (2) kuasa bahasa Inggeris dan dapat menggunakannya ketika
diperlukan. Oleh itu, terdapat pelbagai teknik (3) belajar bahasa Inggeris yang boleh
dipraktikkan oleh para pelajar. (4) Amal mempelajari bahasa Inggeris juga merupakan
elemen terhadap kemahiran bahasa tersebut. Hal ini boleh dilakukan dengan cara yang
kreatif seperti mendengar lagu atau siaran radio (5) bahasa Inggeris selain menonton
drama atau filem Inggeris. Bahan yang autentik dapat membantu pelajar menghayati
penggunaan bahasa Inggeris dalam konteks yang lebih semula jadi.
(Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Sukarkah Bahasa Inggeris’ Dewan Siswa Oktober 2015)
2
SOALAN A2 (10 MARKAH)
ARAHAN: Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberikan di bawah ini bagi
melengkapkan jalan cerita petikan karangan. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan
kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.
(A) belayar sampai ke pulau
(B) tukang tidak membuang kayu
(C) kusut di hujung, bawa ke pangkal
(D) sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
(E) hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
(F) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
(G) bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
(H) berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang
kerbau jua
(I) hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga
di negeri sendiri
(J) seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus
tepung jangan berserak
Zain selalu dipuji guru-gurunya dan rakan sekelas kerana mempunyai tabiat yang tidak mudah
mengaku kalah. Setiap kali diberikan projek berkumpulan, Zain selalu dilantik sebagai ketua
kumpulan kerana kebijaksanaannya meleraikan masalah yang rumit (6) __________. Bagi Zain,
sekiranya tiada persetujuan semasa perbincangan dia akan pastikan isu tersebut diselidiki semula,
bak kata pepatah (7) __________. Namun, sebagai seorang ketua, Zain dianggap degil dan tidak
mendengar kata-kata rakan projek yang lain. Setiap kemahuan Zain harus dituruti rakan-rakannya
seperti pepatah (8) __________. Namun bagi Zain, setiap rakan di dalam kumpulan projeknya
amat dia sayangi kerana masing-masing ada kegunaan tersendiri seperti pepatah (9) __________.
Dia juga berpegang teguh kepada prinsip yang mana setiap pekerjaan yang diberikan perlu
dilaksanakan sehingga sempurna seperti (10) __________. Zain benar-benar ingin menjadi
seorang pemimpin dalam sebuah syarikat yang ternama apabila dia dewasa nanti.
3
Soalan A3 (10 markah)
Arahan: Pilih sepatah perkataan paling sesuai daripada senarai yang diberikan
bagi mengisi tempat kosong dalam teks yang berikut. Kemudian, tulis
jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.
berusaha dari daripada
harapan kurang lemah
perkara punca
Tekanan perasaan merupakan satu perkara yang sangat umum dan
biasa dialami oleh para pelajar. Antara (11) _______ tekanan perasaan yang biasa
dikenal pasti termasuklah rasa letih akibat terlalu banyak maklumat yang perlu dihafal
dan dipelajari. (12) _______ ibu bapa dan guru yang menggunung tinggi juga
memainkan peranan utama terhadap tekanan perasaan. Ada pelajar berasa semakin
bersemangat untuk (13) _______ apabila perasaannya tertekan menjelang
peperiksaan. Namun, ada pelajar dapat merasakan (14) _______ bersemangat apabila
terlalu kuat dihimpit oleh tekanan perasaan. Justeru, tekanan perasaan selalunya
dipandang (15) _______ sudut yang negatif. Pelajar memandang tekanan perasaan
sebagai sesuatu yang menghalang kebolehan mereka untuk lebih berjaya.
(Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Fungsi Tekanan Perasaan’ Dewan Siswa Oktober 2015)
4
BAHAGIAN B (10 markah)
Arahan: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.
Petikan 1
Pelbagai Jenis Sate
Sate atau kadangkala ditulis sebagai satay adalah makanan yang disiapkan dari
potongan daging. Daging dihiris kecil-kecil,dan dicucuk dengan lidi sate yang biasanya
dibuat daripada bambu. Kemudian ia pula dibakar menggunakan bara.
Sate berasal dari Jawa, Indonesia. Sate amat terkenal di negara-negara Asia Tenggara
seperti Malaysia, Singapura, Filipina dan Thailand. Sate juga terkenal di Belanda yang
dipengaruhi masakan Indonesia yang dahulunya merupakan koloninya.
Resipi dan cara pembuatan sate beraneka jenis bergantung kepada cara rakyat di setiap
negara Asia Tenggara menyiapkannya. Hampir setiap jenis daging boleh digunakan
untuk dijadikan sate. Sebagai negara asal yang memulakan sate, penjual sate di
Indonesia memiliki pelbagai jenis resipi sate.
Sate Buntel
Sate Kerang
Sate buntel, adalah sejenis sate yang
Sate kerang adalah sate kegemaran
dibuat daripada daging kambing yang dihiris
penduduk di kota Surabaya. Sate kerang
halus dan dibungkus dengan lemak
dibuat daripada daging kerang. Keunikan
kambing lalu dibakar. Sate buntel enak
sate ini ialah daging kerang yang digunakan
dimakan bersama kicap manis.
tidak dibakar atau dipanggang. Ia direbus
dan biasanya disajikan bersama lontong,
kicap manis dan sambal.
Sate Kalon
Sate Kalon adalah makanan khas penduduk Cirebon. Sate ini menggunakan daging
kerbau yang dihaluskan. Rasanya manis seperti daging dendeng. Ia dinamakan Sate
Kalon kerana, penjual Sate Kalon hanya keluar menjual pada waktu subuh dan kembali
selepas berjualan sepanjang malam.
(lihat halaman sebelah)
5
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab soalan-soalan di
bawah ini dengan memilih jawapan yang sesuai. Kemudian, tulis huruf
jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.
16 Penjual sate di Indonesia yang memulakan tradisi menjual sate _________.
(A) memiliki pelbagai jenis resipi sate
(B) merupakan penjual sate yang paling terkenal di Asia Tenggara
(C) menyiapkan sate yang disediakan dari potongan daging sahaja
(D) beraneka jenis bergantung kepada cara rakyat di setiap negara Asia
Tenggara menyiapkannya
17 Sate yang menggunakan daging kambing __________.
(A) tidak dibakar atau dipanggang
(B) akan dihiris sahaja untuk dibakar sebagai Sate Buntel
(C) biasanya disajikan bersama lontong, kicap manis dan sambal
(D) akan dicencang dan dibungkus dengan lemak kambing lalu dibakar sebagai
Sate buntel
18 Perkataan dihiris membawa maksud untuk _________.
(A) disiang
(B) dibelah
(C) dipotong
(D) digunting
6
Petikan 2
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pertandingan sukan peringkat kejiranan akan dilancar di serata negara
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tidak lama lagi, penduduk di serata
Singapura boleh menyertai sukan peringkat
kejiranan di estet kejiranan masing-masing.
Sukan tersebut ialah hasil Pertandingan
Jawatankuasa Kejiranan yang bakal
diadakan di serata negara buat julung- Pertandingan SCG tahun ini menampilkan
julung kalinya. sukan bola keranjang, boling, badminton,
sepak takraw dan tenis meja.
Pertandingan-pertandingan tersebut akan Pertandingan-pertandingan tersebut akan
diadakan antara bulan April dan Disember. diadakan di peringkat nasional, dan
Tujuannya adalah menonjolkan pelbagai perlawanan peringkat akhir akan
sukan yang diubahsuai untuk menggalak diadakan pada Jun ini di Politeknik
para penduduk mengambil bahagian dan Republik.
giat bersukan.
Untuk menggalak lebih ramai penduduk
Perlawanan di peringkat kejiranan tersebut supaya turut serta dalam sukan pula,
adalah sebahagian daripada Sukan Persatuan Rakyat akan bekerjasama
Masyarakat Singapura (SCG), di mana para dengan pelbagai persatuan sukan
peserta menyertai pertandingan di nasional untuk menganjurkan 50 bengkel
peringkat nasional. sukan dan klinik-klinik spontan di pelbagai
lokasi kejiranan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada artikel Berita Harian, ‘Pertandingan sukan di peringkat kejiranan akan dilancar di serata negara’ 10/4/2016)
(lihat halaman sebelah)
7
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 7, jawab soalan-soalan di
bawah ini dengan memilih jawapan yang sesuai. Kemudian, tulis huruf
jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.
19 Antara bulan April dan Disember, rakyat Singapura berpeluang __________.
(A) menonjolkan pelbagai sukan
(B) bekerjasama bersama Persatuan Rakyat
(C) mengambil bahagian dalam pelbagai sukan
(D) menyertai sukan peringkat kejiranan di estet kejiranan masing-
masing
20 Sukan Masyarakat Singapura (SCG) menganjurkan __________.
(A) sukan bola keranjang dan boling sahaja
(B) sukan badminton dan sepak takraw sahaja
(C) perlawanan peringkat akhir di Politeknik Republik
(D) 50 bengkel sukan dan klinik-klinik spontan di pelbagai lokasi
kejiranan
8
BAHAGIAN C (30 markah)
Arahan: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.
“Syarikat Encik Shauki dalam bahaya. Pihak bank akan mengambil tindakan mahkamah
sekiranya Encik Shauki gagal menyelesaikan segala hutang bank. Pihak bank juga akan
menyaman syarikat Encik Shauki,” kata Encik Ali iaitu Pegawai Bank Bungaraya.
“Saya faham, Encik Ali. Tapi, berilah saya tempoh dalam sedikit masa lagi. Saya perlu
gunakan wang yang ada untuk membayar gaji pekerja-pekerja saya. Tambahan lagi, wang upah 5
bagi projek yang akan datang mencukupi untuk membayar hutang bank,” rayunya.
“Saya minta maaf, Encik Shauki. Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ini ialah arahan
pengurus saya. Saya harap Encik Shauki faham,” balas Encik Ali pula.
Dia sebaliknya hanya mampu terkedu apabila mendengar kata-kata Encik Ali itu. Dia
sayangkan Syarikat Perkasa Construction Sdn. Bhd. Dia tidak sanggup melihat syarikatnya 10
hanyut. Syarikat tersebut ditubuhkan dengan modal puluhan ribu dolar hasil titik peluh arwah
ayahnya. Lebih-lebih lagi syarikat tersebut ialah harta pusaka peninggalan arwah ayanya. Encik
Ali perlu menyelamatkan syarikatnya.
“Baiklah, Encik Shauki. Saya minta diri dulu,” ucap Encik Ali sambil bingkas bangun.
Pintu segera terbuka. Sarina, iaitu Setiausaha Syarikat Perkasa Construction Sdn. Bhd. 15
muncul dan terus berdiri memandang tepat wajahnya.
“Sudah cukup bulan. Semua kakitangan merungut kerana Encik Shauki masih lagi tidak
keluarkan gaji,” kata Sarina.
Encik Shauki merasa lemah seluruh badan apabila mendengar kata-kata Sarina itu.
Cawan kopi yang dipegangnya terjatuh ke lantai. Encik Shauki juga terpaksa mencapai ubat yang 20
diberikan oleh doktor untuk menghilangkan rasa pening. Mereka memang berhak bersuara.
Mereka semua sudah membanting tulang untuk syarikat Encik Shauki. Mereka layak diberikan
gaji dan gaji mereka perlu dibayar secepat mungkin.
“Minta mereka semua supaya bersabar. Saya akan selesaikan perkara ini dengan secepat
mungkin.” 25
Encik Shauki hanya mampu menghembus nafasnya. Doktor telah memberitahunya
bahawa dia tidak mempunyai masa yang panjang lagi. Encik Shauki merahsiakan berita tersebut
daripada keluarganya. Biarlah penyakitnya itu dia seorang diri yang tanggung agar tidak
memusnahkan kebahagiaan keluarganya. Adik-adiknya pun tidak tahu tentang masalah
kewangan yang dihadapinya. Semua adik-adiknya dibesarkan Encik Shauki sehingga mereka 30
berjaya ke menara gading. Encik Shauki bangga atas pengorbanannya.
(Dipetik dan diubahsuai daripada lamanbahasa.wordpress.com/cerpen, cerpen Jalan Pulang oleh Asrul Effendi Bin Kamaruzzaman)
9
ARAHAN: Berdasarkan petikan karangan di halaman 8, jawab soalan-soalan yang
diberikan. Kemudian, tulis jawapan kamu dalam Kertas Jawapan yang
disediakan.
21 Mengapakah syarikat Encik Shauki dalam bahaya? (3 markah)
22 Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Encik Shauki untuk menangguhkan
pembayaran hutang bank? (3 markah)
23 Apakah yang mendorong Encik Shauki untuk menyelamatkan syarikatnya?
(3 markah)
24 Mengapakah Encik Shauki tidak menyalahkan pekerja-pekerjanya yang
merungut? (3 markah)
25 Encik Shauki tidak berasa tenang setelah mendengar kata-kata Sarina.
Berikan bukti-bukti untuk menyokong pernyataan ini. (5 markah)
26 ‘Encik Shauki bangga atas pengorbanannya’ (baris 31). Jelaskan pernyataan
tersebut serta bukti-bukti. (5 markah)
Bagi Soalan 27 hingga Soalan 30, terangkan maksud perkataan atau frasa yang
diberikan berdasarkan petikan dengan menggunakan tidak lebih daripada 10 perkataan.
27 tempoh (baris 4 ) (2 markah)
28 terkedu (baris 9 ) (2 markah)
29 modal (baris 11 ) (2 markah)
30 bingkas (baris 14 ) (2 markah)
Selesai