AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993
Enakmen/Ordinan/
505/1993.
Akta No*
Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan bagi wilayah-wilayah persekutuan suatu undang-undang
yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang islam, penubuan dan
organisasi Mahkamah-mahkamah Syariah, dan perkara-perkara yang berhubung dengannya.
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang
bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:
::SUSUNAN SEKSYEN::
BAHAGIAN 1 ( PERMULAAN )
Seksyen 1
Tajuk Ringkas, Pemakaian dan Mula Berkuatkuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1993 dan terpakai hanya bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan
Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.
Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi mula
berkuatkuasanya peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
Seksyen 2
Tafsiran
1. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain "anak kariah" ertinya
seseorang yang secara tetap atau pada lazimnya tinggal dalam kariah masjid;
P.U. (A) 44/74.
P.U. (A) 390/81.
P.U. (A) 163/88.
P.U. (A) 263/88.
Akta A206.
Akta A576.
berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagaimana yang
diubahsuaikan oleh Perintah-Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian
Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974, 1981 dan 1988 yang dibuat
menurut seksyen 6(4) Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 dan
berkuatkuasa di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menurut kuasa
seksyen 6(1) Akta itu dan Akta Pentadbiran Hukum Syarak (Pindaan) 1984; dan
P.U. (A) 352/85.
Akta A585.
berhubungan dengan Wilayah Persekutuan Labuan, sebagaimana yang
diubahsuaikan dan diperluaskan melalui Perintah Wilayah Persekutuan Labuan
(Pengubahsuaian dan Perluasan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1985
yang dibuat menurut seksyen 7 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984;
Seksyen 2
Tafsiran
Hakim Syarie atau Hakim
ertinya Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang dilantik di bawah seksyen 43(1) tetapi
tidak termasuk Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik di bawah seksyen 44(1);
Hukum Syarak
ertinya Undang-Undang Islam mengikut mana-mana Mazhab yang diiktiraf;
Imam
ertinya Imam yang dilantik di bawah seksyen 76(3);
Imam Ratib
ertinya Imam Ratib yang dilantik di bawah seksyen 76(4);
Jawatankuasa kariah
ertinya jawatankuasa kariah yang ditubuhkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah
seksyen 81;
Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak
ertinya Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak yang ditubuhkan di bawah seksyen 37(1);
kariah masjid
berhubungan dengan sesuatu masjid, ertinya kawasan yang sempadannya ditentukan di bawah
seksyen 75 yang di dalamnya masjid itu terletak;
Ketua Hakim Syarie
ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 41(1);
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai Penguatkuasa Agama
ertinya pegawai yang dilantik sebagai yang sedemikian di bawah seksyen 58(4);
Ketua Pendakwa Syarie
ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 58(1);
Kumpulan Wang
ertinya Kumpulan Wang yang dikenali sebagai Baitulmal yang ditubuhkan di bawah seksyen 60;
Mahkamah atau Mahkamah Syariah
ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan
Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 40;
Majlis
ertinya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 4(1);
Masjid
ertinya suatu bangunan yang digunakan bagi sembahyang Jumaat dan sembahyang lain dan
kegiatan-kegiatan yang disuruh, disyorkan, atau dibenarkan oleh agama Islam, dan termasuk
mana-mana masjid atau surau atau madrasah yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga;
sambung
Menteri
ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran agama Islam di
Wilayah-Wilayah Persekutuan;
Mufti
ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan di bawah seksyen 32,
dan termasuk Timbalan Mufti;
Nazr
ertinya suatu ikrar yang dilafazkan untuk melakukan sesuatu perbuatan atau mewakafkan harta bagi
apa-apa maksud yang dibenarkan oleh Hukum Syarak;
Nazr 'am
ertinya suatu nazr yang dimaksudkan keseluruhannya atau sebahagiannya bagi faedah masyarakat
Islam amnya atau mana-mana bahagian masyarakat Islam, dan bukanlah bagi seorang individu atau
individu-individu;
Orang Islam
seseorang yang menganut agama Islam;
Seseorang yang salah seorang atau kedua ibu bapanya, pada masa kelahiran orang itu,
ialah orang Islam;
seseorang yang cara dia dibesarkan telah dijalankan atas asas bahawa dia orang Islam;
seseorang yang telah masuk Islam mengikut kehendak-kehendak seksyen 85;
seseorang yang lazimnya dikenali sebagai orang Islam; atau
seseorang yang ditunjukkan telah menyatakan, dalam hal keadaan di mana dia terikat
oleh undang-undang untuk menyatakan yang benar, bahawa dia adalah orang Islam,
sama ada pernyataan itu secara lisan atau bertulis;
Pegawai Masjid
ertinya Naqib Masjid, Imam, Imam Ratib, Bilal dan Pembantu Bilal bagi sesuatu masjid;
Peguam Syarie
ertinya seseorang yang dilantik sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 59;
Pembantu Bilal
ertinya Pembantu Bilal sesuatu masjid yang dilantik di bawah seksyen 76(4);
Pendakwa Syarie
ertinya seorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 58(3);
Pengerusi
ertinya Pengerusi Majlis;
Setiausaha
ertinya Setiausaha Majlis yang tersebut dalam seksyen 14
wakaf 'am
ertinya wakaf yang berkekalan atas modal dan pendapatan daripada harta bagi maksud-maksud
agama atau khairat yang diiktiraf oleh Hukum Syarak, dan harta yang diwakafkan sedemikian;
wakaf khas
ertinya wakaf yang berkekalan atau bagi suatu tempoh terhad atas modal harta bagi maksudmaksud agama atau khairat yang diiktiraf oleh Hukum Syarak, dan harta yang diwakafkan
sedemikian, yang berpendapatan daripadanya diberikan kepada orang-orang atau bagi maksudmaksud yang ditetapkan dalam wakaf itu;
Wilayah-Wilayah Persekutuan
ertinya Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
2.
Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan di dalam Akta ini dan tidak
ditakrifkan di dalam Akta ini tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 hendaklah
mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing setakat yang erti-erti itu tidak
bercanggah dengan Hukum Syarak. Akta 388.
3.
Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan
danungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang disenaraikan dalam Jadual
Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan
ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.
Seksyen 3
Kecualian prerogatif
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini, tiada apa-apa jua yang
terkandung dalamnya boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak dan kuasa-kuasa Yang diPertuan Agong sebagai Ketua agama Islam di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, sebagaimana
yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan
BAHAGIAN 2 (MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN)
Seksyen 4
Penubuhan Majlis
Maka hendaklah ada suatu badan yang dikenali sebagai "Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan",
untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama
Islam.
Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, "Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan" yang wujud
menurut kuasa seksyen 5 Enakmen hendaklah disifatkan sebagai Majlis yang disebut di dalam
subseksyen (1).
Seksyen 5
Identiti di sisi undang-undang dan Kuasa Majlis-majlis
Majlis hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan
mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai tersebut boleh dari semasa ke semasa
dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis,
dan, sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, suatu cap yang mengandungi tulisan
"Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan" bolehlah digunakan sebagai meterai perbadanan.
Majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya.
Majlis boleh mengikat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang, dan
menikmati segala perihal harta alih dan tak alih, dan tertakluk kepada mana-mana undangundang bertulis yang menyentuhnya, boleh memindahhak, menyerahhak, menyerahkan dan
memulangkan, menggadai, menggadai-janji, mendemis, menyerahhak semula, memindahmilik
atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan, mana-mana harta alih atau tak alih yang
terletakhak pada Majlis atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Majlis dan mengikut Hukum
Syarak.
Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai
pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.
Majlis hendaklah mempunyai apa-apa kuasa selanjutnya dan menjalankan apa-apa kewajipan
yang diberikan kepadanya oleh Akta ini atau mana-mana Akta lain.
Seksyen 6
Jawatankuasa-Jawatankuasa
Majlis boleh melantik jawatankuasa-jawatankuasa untuk membantunya dalam melaksanakan
kewajipan-kewajipannya atau menjalankan kuasa-kuasanya
Seksyen 7
Kewajipan Majlis bagi kemajuan sosio-ekonomi orang-orang Islam
Maka hendaklah menjadi kewajipan Majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan
mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam dalam
Wilayah-Wilayah Persekutuan selaras dengan Hukum Syarak.
Majlis hendaklah mempunyai kuasa, bagi maksud menunaikan kewajipannya di bawah
subseksyen (1)untuk menjalankan segala kegiatan, yang tidak akan melibatkan apa-apa unsur yang
tidak dibenarkan oleh agama Islam, khususnya memajukan perusahaan komersil dan
perindustrian, yang perjalanannya ternyata kepada Majlis adalah perlu, berfaedah atau
menyenangkan bagi atau berkaitan dengan penunaian kewajipannya yang tersebut,
termasuklah membuat, memasang, memproses, membungkus, menggred dan
memasarkan keluaran-keluaran
sambung
untuk menggalakkan penjalanan apa-apa kegiatan sedemikian oleh badan-badan atau
orang-orang lain, dan bagi maksud itu untuk menubuhkan atau memperkembangkan, atau
menggalakkan penubuhan atau perkembangan, badan-badan lain untuk menjalankan
apa-apa kegiatan sedemikian sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa oleh
Majlis atau secara bebas, dan untuk memberikan bantuan kepada badan-badan atau
orang-orang lain yang ternyata kepada Majlis mempunyai kemudahan-kemudahan untuk
menjalankan apa-apa kegiatan yang sedemikian, termasuklah pemberian bantuan
kewangan dengan cara pinjaman atau selainnya;
untuk menjalankan apa-apa kegiatan sedemikian bersama dengan badan-badan atau
orang-orang lain, termasuklah jabatan-jabatan atau pihak-pihak berkuasa Kerajaan
Persekutuan, atau sebagai ejen pengurus atau selainnya bagi pihak Kerajaan
Persekutuan
untuk melabur dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan sebagaimana yang ditakrifkan
oleh Akta Pemegang Amanah 1949, dan melupuskan pelaburan itu atas apa-apa terma
dan syarat yang ditentukan oleh Majlis Akta 208
tertakluk kepada kelulusan Menteri Kewangan, untuk menubuhkan apa-apa skim bagi
pemberian pinjaman daripada Kumpulan Wang kepada individu Muslim bagi
pembelajaran tinggi;
untuk menubuhkan dan menyenggarakan sekolah-sekolah Islam dan institusi-institusi
latihan dan penyelidikan Islam;
untuk melakukan segala perbuatan yang difikirkan oleh Majlis dikehendaki atau
suaimanfaat.
Seksyen 8
Kuasa untuk menubuhkan perbadanan-perbadanan
Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, dari semasa ke semasa melalui perintah
yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan sesuatu perbadanan dengan apa-apa nama
sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis untuk menjalankan dan menjaga, mengelola, dan
menguruskan apa-apa projek skim, atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh
Majlis dalam melaksanakan kewajipan atau kuasa-kuasanya di bawah seksyen 7.
Majlis hendaklah, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, melalui perintah yang sama atau
yang lain, membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan sesuatu perbadanan yang
ditubuhkan di bawah subseksyen (1), yang menentukan :
Kewajipan-kewajipan, kuasa-kuasa dan hak-hak perbadanan itu;
Sistem pengurusan perbadanan itu; dan
Hubungan di antara perbadanan dengan Majlis dan hak Majlis untuk mengawal
perbadanan itu.
Peruntukan-peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang
ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).
Seksyen 9
Kuasa-kuasa Meminjam
Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan dan atas terma-terma dan syarat-syarat
sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan, meminjam apa-apa jumlah wang yang
mungkin dikehendakinya untuk menunaikan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.
Jumlah-jumlah wang yang dipinjam menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam
Kumpulan Wang.
Seksyen 10
Keanggotaan Majlis
1)
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota berikut
seorang Pengerusi;
seorang Timbalan Pengerusi;
Ketua Setiausaha Negara atau wakilnya;
Peguam Negara atau wakilnya;
Ketua Polis Negara atau wakilnya;
Mufti;
Dato Bandar Kuala Lumpur; dan
lima belas orang anggota lain, sekurang-kurangnya lima daripada mereka
hendaklah yang arif dalam pengajian Islam.
2)
Pengerusi, Timbalan Pengerusi, dan anggota-anggota di bawah perenggan (h)
subseksyen hendaklah orang-orang Islam dan hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong atas nasihat Menteri bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun,
sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong
3)
Seseorang anggota yang tempoh jawatannya telah habis tempoh bolehlah dilantik semula
4)
Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang tersebut dalam perenggan
(c), (d), (e) atau (g)bukan orang Islam, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Menteri
hendaklah melantik seorang pegawai lain yang adalah seorang Islam dan yang kanan
selepasnya dari Jabatan atau Kementerian yang sama untuk menjadi anggota bagi
menggantikan orang tersebut.
5)
Orang-orang yang, sebelum sahaja mula berkuatkuasanya seksyen ini adalah Pengerusi,
Timbalan Pengerusi, dan anggota-anggota yang dilantik bagi Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, masing-masingnya terus menjadi
Pengerusi, Timbalan Pengerusi, dan anggota-anggota Majlis sehingga habis tempoh
perlantikan mereka sekarang.
Seksyen 11
Penamatan Pelantikan
Perlantikan seseorang anggota Majlis yang dilantik hendaklah tamat :
apabila dia mati; atau
jika dia, dengan surat yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong melalui Pengerusi,
meletakkan jawatannya; atau
jika dia tidak ada di Malaysia, tanpa kebenaran bertulis daripada Pengerusi, selama tempoh
melebihi enam bulan.
Seksyen 12
Pembatalan Pelantikan
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, membatalkan perlantikan mana-mana
anggota Majlis yang dilantik :
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugas-tugasnya sebagai anggota atau
selainnya, adalah kelakuan yang memburukkan nama Majlis; atau
jika dia telah menjadi tak berupaya menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna sebagai
anggota; atau
jika, tanpa apa-apa alasan yang mencukupi pada pendapat Pengerusi, dia telah tidak
menghadiri tiga mesyuarat Majlis secara berturut-turut.
Seksyen 13
Pelantikan Hendaklah Di Wartakan
Semua perlantikan dan pembatalan perlantikan di bawah seksyen 10, 11 dan 12 hendaklah
disiarkan dalam Warta
Seksyen 14
Setiausha
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan hendaklah menjadi
Setiausaha Majlis.
Setiausaha hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif dan pentadbir Majlis dan hendaklah
bertanggungjawab bagi menjalankan dasar-dasar dan ketetapan-ketetapan Majlis.
Setiausaha adalah berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan mengambil bahagian
dalam pertimbangtelitiannya, tetapi tidak berhak mengundi
Seksyen 15
Kehadiran Bukan Anggota Dalam Mesyuarat
Pengerusi boleh menjemput mana-mana orang yang bukan anggota Majlis untuk hadir
dalam mana-mana mesyuarat Majlis, jika urusan di hadapan mesyuarat itu menyebabkan
kehadiran orang itu dikehendaki.
Seseorang yang dijemput di bawah subseksyen (1) adalah berhak mengambil bahagian
dalam pertimbangtelitian Majlis, tetapi tidak berhak mengundi
Seksyen 16
Mempengurusikan Mesyuarat
Pengerusi, atau dalam masa ketakhadirannya
mempengerusikan semua mesyuarat Majlis.
Timbalan
Pengerusi,
hendaklah
Jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat, anggotaanggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk
mempengerusikan mesyuarat itu.
Seksyen 17
Kuorum
Tiada urusan, kecuali mengenai penangguhan, boleh dilakukan dalam sesuatu mesyuarat, dan
tiada ketetapan atau tindakan Majlis yang dibuat atau dilaksanakan dalam sesuatu mesyuarat,
adalah sah, melainkan jika sekurang-kurangnya satu pertiga daripada anggota, termasuk orang
yang mempengerusikan mesyuarat, hadir dalam mesyuarat itu.
Seksyen 18
Perjalanan Urusan
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Akta ini, semua
urusan Majlis hendaklah dijalankan di dalam mesyuarat Majlis yang diadakan secara tetap
dan hendaklah dibereskan melalui ketetapan majoriti anggota yang hadir dan berhak
mengundi.
Ketetapan bertulis yang ditandatangani oleh semua anggota Majlis hendaklah, melainkan
jika dalam mana-mana hal atau golongan hal khas diarahkan selainnya oleh Yang diPertuan Agong, mempunyai kesan yang sama seperti ketetapan yang diluluskan
sewajarnya di bawah subseksyen.
Seksyen 19
Memanggil Mesyuarat
Semua mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Setiausaha.
Pengerusi boleh pada bila-bila masa mengarahkan Setiausaha memanggil mesyuarat.
Mana-mana empat orang anggota Majlis boleh pada bila-bila masa secara bertulis
menghendaki Setiausaha memanggil mesyuarat Majlis dengan syarat mereka
memberitahu Setiausaha maksud yang baginya mereka menghendaki mesyuarat itu
dipanggil
Setiausaha hendaklah memanggil mesyuarat dalam tempoh empat belas hari dari tarikh
penerimaan arahan atau kehendak di bawah subseksyen (2) atau (3), atau, jika Pengerusi
mengarahkan sedemikian, sebaik sahaja dia menerima arahan atau kehendak itu.
Sekurang-kurangnya tujuh hari notis bertulis hendaklah diberikan mengenai mana-mana
mesyuarat, tetapi Pengerusi boleh, jika dia berpendapat bahawa ada keperluan mendesak
untuk memanggil suatu mesyuarat dengan notis yang lebih singkat, mengarahkan supaya
kehendak notis tujuh hari itu diketepikan.
sambung
Notis mesyuarat boleh dihantar melalui pos kepada anggota dengan ditujukan ke alamat
tempat tinggalnya yang terakhir diketahui dan hendaklah disifatkan telah disampaikan
mengikut perjalanan biasa pos.
Tiada notis mesyuarat diperlukan dalam hal anggota yang sedang berada di luar Malaysia.
Seksyen 20
Kuasa Pengurusi
Pengerusi hendaklah menjalankan kawalan ke atas segala pertimbangtelitian dan prosiding Majlis
dan hendaklah bertanggungjawab bagi penjalanannya yang sepatutnya dan teratur.
Seksyen 21
Tugas Dan Kuasa setiausha
Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Pengerusi kepadanya, Setiausaha
hendaklah bertanggungjawab ke atas semua surat-menyurat dan dokumen Majlis, dan hendaklah
dalam segala segi lain menjalankan tugas-tugas yang dikenakan ke atasnya oleh Akta ini atau
yang diberikan kepadanya oleh Pengerusi.
Seksyen 22
Minit
Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala mesyuarat Majlis, dan pada tiap-tiap
mesyuarat minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan, tertakluk kepada
apa-apa pindaan yang diperlukan.
Minit itu hendaklah dicatatkan dalam buku minit Majlis dan hendaklah mengandungi rekod
kata demi kata penuh bagi tiap-tiap ketetapan Majlis.
Dengan seberapa segera yang mungkin selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, satu salinan
draf minit itu hendaklah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong. Jika semasa draf minit itu
disahkan, minit itu dipinda, Yang di-Pertuan Agong hendaklah dengan serta-merta
dimaklumkan tentang pindaan yang dibuat:
Dengan syarat bahawa tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana minit Majlis boleh
diambil tindakan sehingga Yang di-Pertuan Agong telah menandakan perkenannya secara
bertulis.
Mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dengan tetap sehingga tidak lebih
daripada tiga bulan kalendar boleh berlalu antara satu mesyuarat dengan yang berikutnya.
Seksyen 23
Aturan Urusan dan Pengundian
Pengerusi hendaklah menentukan aturan urusan pada mesyuarat-mesyuarat.
Pengerusi boleh memutuskan aturan anggota-anggota boleh berucap dalam mesyuarat dan
boleh pada bila-bila masa menghendaki mana-mana anggota berhenti daripada berucap
dalam mesyuarat.
Jika atas apa-apa ketetapan terdapat persamaan undi Pengerusi hendaklah mempunyai
undi pemutus.
Seksyen 24
Salinan-salinan diperakui bagi ketetapan-ketetapan
Satu salinan apa-apa ketetapan Majlis yang diperakui oleh Setiausaha sebagai salinan benar
ketetapan itu adalah keterangan yang mencukupi mengenainya, dan semua mahkamah
hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman kepada tandatangan Setiausaha.
Seksyen 25
Cuti
Pengerusi, jika dia menjangka akan tidak berada di Malaysia selama lebih daripada tiga puluh
hari, hendaklah memohon cuti daripada Yang di-Pertuan Agong yang boleh memberikan apa-apa
arahan sebagaimana yang difikirkannya patut.
Seksyen 26
Bertindak dalam hal tergempar
Dalam apa-apa hal tergempar Pengerusi boleh, selepas berunding dengan Menteri,
melakukan atau mengarahkan dilakukan bagi pihak Majlis apa-apa tindakan atau perkara
yang boleh dilakukan dengan sah melalui ketetapan Majlis.
Jika apa-apa tindakan atau perkara dilakukan menurut subseksyen (1), suatu mesyuarat
Majlis hendaklah diadakan dalam masa seminggu selepas itu bagi maksud
meratifikasikan dan mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan itu, dan jika
Majlis enggan meratifikasikan dan mengesahkan tindakan atau perkara yang dilakukan
itu, Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan apa-apa arahan berkenaan dengannya
sebagaimana yang difikirkannya patut.
Seksyen 27
Pewakilan Kewajipan-kewajipan dan kuasa-kuasa
Majlis boleh, melalui ketetapan, dan tertakluk kepada syarat-syarat dan sekatan-sekatan
sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis, mewakilkan kepada Pengerusi atau
Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa Majlis pelaksanaan mana-mana
kewajipannya atau penjalanan mana-mana kuasanya.
Pelaksanaan kewajipan-kewajipan dan penjalanan kuasa-kuasa menurut perwakilan di
bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.
Pengerusi, Setiausaha, atau jawatankuasa itu hendaklah memberitahu Majlis tentang
semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya atau oleh jawatankuasa itu menurut
perwakilan di bawah subseksyen (1).
Seksyen 28
Kerahsiaan
Prosiding Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada seorang pun anggota atau pengkhidmatnya
boleh mendedahkan atau membukakan kepada mana-mana orang selain daripada Yang diPertuan Agong atau Menteri, dan mana-mana anggota Majlis, apa-apa perkara yang telah
berbangkit dalam mana-mana mesyuarat melainkan jika dia dibenarkan dengan nyata oleh Majlis
Seksyen 29
Perkhidmatan Awam
Anggota-anggota, pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Majlis hendaklah disifatkan
sebagai pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan
N.M.B. Bab 45
Seksyen 30
Majlis boleh menentukan prosedurnya sendiri
Majlis boleh, tertakluk kepada Akta ini, boleh menentukan semua persoalan berhubungan dengan
prosedur dan amalannya sendiri.
Seksyen 31
Kuasa Majlis
Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua
perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, kecuali
perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam
semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Wilayah-Wilayah
Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini
BAHAGIAN 3 (PERLANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA DAN
JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM )
Seksyen 32
Perlantikan Mufti dan Timbalan Mufti
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, selepas berunding dengan Majlis
melantik orang-orang yang layak dan sesuai menjadi Mufti dan Timbalan Mufti bagi WilayahWilayah Persekutuan.
Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, mana-mana orang yang, sebelum sahaja
permulaan kuatkuasa itu, menjadi Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan yang dilantik di
bawah Enakmen hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik sewajarnya di bawah seksyen
ini sebagai Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan dan hendaklah memegang jawatan
demikian
Seksyen 33
Kuasa Mufti
Mufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua
perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak
berkuasa utama di Wilayah-Wilayah Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika
diperuntukkan selainnya dalam Akta ini
Seksyen 34
Fatwa
Mufti hendaklah, atas perintah Yang di-Pertuan Agong, dan bolehlah, atas kehendaknya
sendiri atau atas permintaan mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang ditujukan
kepada Mufti, membuat dan menyiarkan dalam Warta suatu fatwa atau pendapat atas
apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenai
atau berhubungan dengan Hukum Syarak.
Tiada pernyataan yang dibuat oleh Mufti boleh diambil sebagai fatwa melainkan jika dan
sehingga pernyataan itu disiarkan dalam Warta menurut subseksyen (1).
Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam
yang bermastautin di Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagai ajaran agamanya dan
hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama untuk mematuhi dan berpegang dengan
fatwa itu melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak tidak mengikut fatwa itu dalam
perkara-perkara amalan, kepercayaan, atau pendapat peribadi.
Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah dalam Wilayah-Wilayah
Persekutuan sebagai autoritatif mengenai semua perkara yang dinyatakan di dalamnya.
Seksyen 35
Bentuk Fatwa
Sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa ia dibuat menurut seksyen 34.
Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan Rumi, tetapi teks
fatwa itu dalam tulisan Jawi boleh juga disiarkan
Seksyen 36
Pindaan, ubahsuai atau pembatalan Fatwa
Mufti boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah
dikeluarkan sebelum itu olehnya atau oleh mana-mana Mufti terdahulu daripadanya.
Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan suatu
fatwa dan peruntukan-peruntukan subseksyen (3) dan (4) seksyen 34 dan subseksyen (2)
seksyen 35 hendaklah terpakai baginya.
Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah menyebut
bahawa ia dibuat menurut subseksyen (1).
Seksyen 37
Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.
Mufti boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah
dikeluarkan sebelum itu olehnya atau oleh mana-mana Mufti terdahulu daripadanya
sambung
Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan suatu
fatwa dan peruntukan-peruntukan subseksyen (3) dan (4) seksyen 34 dan subseksyen (2)
seksyen 35 hendaklah terpakai baginya
Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah menyebut
bahawa ia dibuat menurut subseksyen (1).
Seksyen 38
Permintaan pendapat daripada Mufti
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang Mufti tidaklah boleh dipanggil untuk
memberikan pendapat atau keterangan berhubungan dengan Hukum Syarak di mana-mana
mahkamah sivil atau Mahkamah Syariah, tetapi jika dalam mana-mana mahkamah selain
daripada Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum Syarak perlu diputuskan, mahkamah itu
boleh meminta pendapat Mufti tentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan
pendapatnya kepada mahkamah yang meminta itu
Seksyen 39
Nas-nas yang hendaklah diikuti
Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 34, atau memperakukan apa-apa
pendapat di bawah seksyen 38, Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut pandanganpandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie.
Jika Mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafie akan
membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah
mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.
Jika Mufti berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat Mazhab itu
boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan
awam, Mufti bolehlah menyelesaikan persoalan itu mengikut hematnya sendiri tanpa
terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana Mazhab yang empat itu.
BAHAGIAN 4 (MAHKAMAH SYARIAH )
Seksyen 40
Penubuhan Mahkamah syariah
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta
menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan di
tempat-tempat yang difikirkannya patut.
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta
menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta
menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Wilayah-Wilayah Persecution
Seksyen 41
Perlantikan Kertua Hakim Syarie
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri, selepas berunding dengan Majlis, melantik
seorang Ketua Hakim Syarie.
Seseorang itu layak dilantik di bawah subseksyen jikaa. dia seorang warganegara; dan
b. dia- selama tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum perlantikannya, telah
memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kathi atau Pendaftar
atau Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau pada suatu masa memegang manamana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana
yang lain pula; atau seorang yang arif tentang Hukum Syarak
Orang yang, sebelum sahaja mula berkuatkuasanya seksyen ini, memegang jawatan Kathi
Besar di bawah subseksyen (1) seksyen 43 Enakmen dan melaksanakan fungsi-fungsi
kehakiman hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, terus memegang
jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen
(1).
Perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta
Seksyen 42
Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
Seksyen 43
Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
Seksyen 44
Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas syor Ketua Hakim Syarie, melantik daripada kalangan
anggota perkhidmatan awam am Persekutuan Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
Semua perlantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta
Seksyen 45
Pendaftar-Pendaftar
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, melantik, daripada kalangan
anggota perkhidmatan awam am Persekutuan, seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan
Syariah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong-Penolong Pendaftar Mahkamah
Rendah Syariah
Seksyen 46
Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah
1)
Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh WilayahWilayah Persekutuan dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Syarie
2)
Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:
dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh
seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen atau Akta Undang-Undang
Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, atau di bawah mana-mana undangundang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama
Islam yang sedang berkuatkuasa, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang
diperuntukkan baginya;
Dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding
dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan :
pertunangan, perkahwinan, ruju', perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz,
atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan
perhubungan di antara suami isteri;
Apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara
yang dinyatakan dalam subperenggan (i);
nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah)
budak-budak
pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
wasiat atau alang semasa marad-al-maut seseorang si mati Islam;
alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan
wang atau nilaian wang, oleh seseorang Islam;
wakaf atau nazr;
pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;
penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati
Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing-masing berhak;
atau
perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana
undang-undang bertulis.
Seksyen 47
Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah
Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh WilayahWilayah Persekutuan dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
1. Mahkamah Rendah Syariah hendaklah:
dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh
seseorang Islam di bawah Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang
menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya
hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang
bertulis itu tidak melebihi dua ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun
atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan
baginya;
dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding
yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk mendengar dan memutuskannya , yang
amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau
tidak dapat dianggarkan dengan wang.
Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta
memperluaskan bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah.
Seksyen 48
Rayuan Ke Mahkamah Tinggi Syariah
Rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah daripada apa-apa keputusan sesuatu
Mahkamah Rendah Syariaha. dalam bidang kuasa jenayahnya, oleh pihak pendakwa atau oleh orang yang telah
disabitkan, dan rayuan itu boleh sama ada terhadap pembebasan, sabitan atau
hukuman atau mana-mana daripadanya;
b. dalam bidang kuasa malnyaoleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu, jika amaun yang dituntut itu tidak
kurang daripada satu ribu ringgit
dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai taraf diri, oleh mana-mana
orang yang terkilan dengan keputusan itu;
dalam semua kes yang berhubungan dengan nafkah orang-orang tanggungan, oleh manamana orang yang terkilan dengan keputusan itu
tetapi tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang telah dibuat dengan persetujuan; dan
dalam apa-apa kes lain, jika Mahkamah Tinggi Syariah memberikan kebenaran untuk merayu.
Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah bolehdalam perkara jenayah, menolak rayuan, mensabitkan dan menghukum pihak yang merayu,
memerintahkan Mahkamah perbicaraan memanggil pembelaan atau membuat siasatan
lanjut, menambah atau meminda bentuk hukuman, memerintahkan perbicaraan semula, atau
meminda, atau mengakaskan apa-apa perintah Mahkamah perbicaraan
sambung
dalam perkara mal, mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Mahkamah
perbicaraan, menjalankan mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah
perbicaraan, membuat apa-apa perintah yang sepatutnya dibuat oleh Mahkamah
perbicaraan, atau memerintahkan perbicaraan semula.
Seksyen 49
Permohonan untuk kebenaran merayu
Suatu rayuan atau permohonan bagi kebenaran untuk merayu di bawah perenggan (c)
subseksyen (1) seksyen 48 hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah mengikut
apa-apa cara yang ditetapkan, tetapi dalam apa-apa keadaan hendaklah dalam tempoh
empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah atau keputusan yang berkenaan
dengannya permohonan itu dibuat atau, dalam keadaan apabila pemohon tidak
mengetahuinya pada tarikh itu dan tidak dengan menjalankan usaha yang munasabah
boleh mengetahuinya, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah,
atau keputusan itu sampai kepada pengetahuannya.
Mahkamah Tinggi Syariah, apabila mendengar mana-mana permohonan bagi kebenaran
untuk merayu, boleh atas alasan khas melanjutkan masa untuk merayu, walaupun
masanya telah habis tempoh.
Seksyen 50
Perakuan-perakuan pewaris
Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan pentadbiran atau
pembahagian harta pusaka seseorang si mati Islam, mana-mana mahkamah atau pihak
berkuasa, selain daripada Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah,
adalah mempunyai kewajipan untuk menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian
dalam harta pusaka itu, atau bahagian-bahagian yang kepadanya orang-orang itu masingmasingnya berhak, Mahkamah Syariah bolehlah, atas permohonan mana-mana orang yang
menuntut bahawa dia menjadi benefisiari, atau wakilnya dan setelah dibayar olehnya fee yang
ditetapkan, memperakukan fakta-fakta yang didapati olehnya dan pendapatnya mengenai orangorang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan mengenai bahagian-bahagian
yang padanya mereka masing-masingnya berhak.
Seksyen 51
Bidangkuasa Pengawasan dan Penyemakan Mahkamah Tinggi Syariah
Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan
penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika nampaknya
dikehendaki demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas
kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat
dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam mana-mana
Mahkamah Rendah Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya
dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.
Bilamana Mahkamah Tinggi Syariah memanggil rekod di bawah subseksyen (1), semua
prosiding dalam Mahkamah Rendah Syariah mengenai perkara atau prosiding yang
berkenaan itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada
Mahkamah Tinggi Syariah.
Seksyen 52
Bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syariah
Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan
memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah
Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya.
Apabila suatu rayuan daripada suatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah
diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas
permohonan mana-mana pihak memberikan kebenaran bagi pemutusan olehnya sendiri
apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam
perjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah
menyentuh keputusan rayuan itu.
Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ia hendaklah
mendengar dan memutuskan persoalan yang dibenarkan dirujukkan bagi keputusannya
dan membuat apa-apa perintah yang boleh dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah, dan
sebagaimana yang difikirkannya adil bagi pemberesan rayuan itu
Seksyen 53
Bidangkuasa Pengawasan dan Penyemakan Mahkamah Rayuan Syariah
Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa pengawasan dan
penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah dan boleh, jika nampaknya
dikehendaki demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas
kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat
dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam mana-mana
Mahkamah Rendah Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya
dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.
Bilamana Mahkamah Tinggi Syariah memanggil rekod di bawah subseksyen (1), semua
prosiding dalam Mahkamah Rendah Syariah mengenai perkara atau prosiding yang
berkenaan itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada
Mahkamah Tinggi Syariah.
Seksyen 54
Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah
Sesuatu rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan dibereskan
oleh seorang pengerusi dan mana-mana dua orang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Hakim Syarie.
Walau apa pun seksyen 42 Akta ini, Ketua Hakim Syarie boleh melantik mana-mana
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi seorang anggota Mahkamah Rayuan
Syariah bagi mana-mana prosiding yang tertentu jika Ketua Hakim Syarie berpendapat
wajar berbuat demikian.
Ketua Hakim Syarie hendaklah menjadi pengerusi tiap-tiap prosiding Mahkamah Rayuan
Syariah, dan sekiranya dia tidak berbuat demikian, Ketua Hakim Syarie hendaklah
melantik Hakim yang paling kanan di antara Hakim Mahkamah Rayuan Syariah untuk
menjadi pengerusiBilamana Mahkamah Rayuan Syariah memanggil rekod di bawah
subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah mengenai perkara atau
prosiding yang berkenaan itu hendaklah digantung sementara menanti perintah
selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan Syariah.
Seksyen 55
Keputusan Majoriti
Rayuan hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota Mahkamah Rayuan Syariah
Seksyen 56
Penerusan prosiding dalam Mahkamah Rayuan Syariah walaupun Hakim tiada.
Jika, dalam perjalanan apa-apa prosiding dalam sesuatu rayuan atau pada bila-bila masa
sebelum diumumkan penghakiman, mana-mana Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang
mendengar prosiding itu tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain, untuk hadir
dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsinya sebagai Hakim
Mahkamah itu, maka, jika kedua-dua pihak bersetuju, pendengaran itu hendaklah
diteruskan dan penghakiman atau penghakiman yang ditangguhkan, mengikut manamana yang berkenaan, hendaklah diberikan oleh dua orang Hakim Mahkamah yang ada
itu, dan bagi maksud-maksud rayuan itu, Mahkamah hendaklah disifatkan telah dianggotai
dengan sempurnanya.
Dalam mana-mana kes seperti yang tersebut dalam subseksyen (1), jika tiada keputusan
sebulat suara, rayuan itu hendaklah didengar semula.
Jika di bawah subseksyen (1) kedua-dua pihak tidak memberikan persetujuan mereka,
atau lebih daripada seorang Hakim tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain,
untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsi mereka
sebagai Hakim-Hakim Mahkamah itu, rayuan itu hendaklah didengar semula.
Seksyen 57
kaeadah-kaedah Rayuan
Ketua Hakim Syarie boleh membuat kaedah-kaedah tentang prosedur bagi rayuan-rayuan dan
permohonan bagi kebenaran merayu.
BAHAGIAN 5 (PENDAKWA DAN PERWAKILAN)
Seksyen 58
Perlantikan Pendakwa-Pendakwa Syarie dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama
Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Menteri, melantik seorang, yang berkelayakan
menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, menjadi Ketua Pendakwa Syarie.
Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi
bicaranya bagi memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di
hadapan Mahkamah Syariah
Ketua Pendakwa Syarie bolehlah melantik orang-orang yang layak dan sesuai daripada
kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan menjadi Pendakwa-Pendakwa
Syarie.
sambung
yang hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie
dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletakhak pada
atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.
Majlis boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan
seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa
Agama untuk menjalankan penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen atau di
bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan
terhadap rukun-rukun agama Islam.
Seksyen 59
Peguam Syarie (Perlantikan Pendakwa-Pendakwa Syarie dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa
Agama).
Majlis boleh, apabila dibayar fee yang ditetapkan, menerima orang-orang yang mempunyai
pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie untuk mewakili
pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.
Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat kaedah-kaedaha. untuk mengadakan peruntukan bagi prosedur, kelayakan-kelayakan dan fee-fee
bagi penerimaan Peguam Syarie; dan
b. untuk mengawalselia, mengawal dan mengawasi kelakuan Peguam Syarie.
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain,
tiada seorang pun selain daripada Peguam Syarie berhak hadir dalam mana-mana Mahkamah
Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya.
BAHAGIAN 6 (KEWANGAN) – AMANAH KHAIRAT
Seksyen 60
Penubuhan Baitulmal
Suatu Kumpulan Wang yang dikenali sebagai Baitulmal adalah dengan ini ditubuhkan. Kumpulan
Wang itu hendaklah terdiri daripada semua wang dan harta, alih atau tak alih, yang menurut
Hukum Syarak atau di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di
bawahnya terakru, atau disumbangkan oleh mana-mana orang, kepada Kumpulan Wang.
Semua wang dan harta dalam Kumpulan Wang hendaklah terletakhak pada Majlis yang
hendaklah mentadbirkan semua wang dan harta itu mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di
bawah Akta ini:
sambung
Dengan syarat bahawa mana-mana pelaburan aset dan kumpulan-kumpulan wang yang
terletakhak pada Majlis boleh dijual, dihasilkan dan dilupuskan, dan hasil-hasil daripadanya
boleh dilaburkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana pelaburan yang dibenarkan oleh
mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa bagi pelaburan wang amanah.
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Majlis, dengan kelulusan Yang di-Pertuan
Agong, boleh membuat kaedah-kaedah bagi pemungutan, pentadbiran dan pembahagian
semua harta Kumpulan Wang.
Seksyen 61
Wakaf dan nazr
Walau apa pun apa-apa peruntukan yang bertentangan yang terkandung dalam mana-mana
suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal, atau menyentuh perkara itu, Majlis
hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf am atau
wakaf khas, semua nazr 'am, dan semua amanah daripada segala perihal yang mewujudkan apaapa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang
Islam mengikut Hukum Syarak, setakat mana-mana harta yang tersentuh olehnya dan terletak di
dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan dan, jika pemberi harta itu atau orang lain yang mewujudkan
amanah, wakaf atau nazr 'am itu telah berdomisil di Wilayah-Wilayah Persekutuan, setakat semua
harta yang tersentuh olehnya di mana-mana jua harta itu terletak.
Seksyen 62
Perletakhakan
Semua harta yang tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 61 dan terletak di
dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, hendaklah, tanpa apa-apa pemindahhakan,
penyerahhakan atau pemindahmilikan jua pun, dan, dalam hal harta tak alih, sebaik
sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang relevan yang berhubungan
dengan tanah, terletakhak pada Majlis, bagi maksud-maksud amanah, wakaf atau nazr
'am yang menyentuh harta itu.
Majlis hendaklah mengambil segala langkah perlu untuk meletakhak pada Majlis bagi
maksud-maksud yang serupa mana-mana harta sedemikian yang terletak di luar WilayahWilayah Persekutuan.
Seksyen 63
Sekatan-sekatan ke atas pewujudan amanah khairat
Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau alang semasa marad-al-maut, tiada wakaf atau
nazr yang dibuat selepas mula berkuatkuasanya Akta ini dan melibatkan lebih daripada satu
pertiga daripada harta orang yang membuatnya boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian
yang melebihi satu pertiga itu.
Tiap-tiap wakaf khas atau nazr yang dibuat selepas mula berkuatkuasanya Akta ini adalah batal
dan tak sah melainkan jikaa. Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, dengan nyata memperkenankan dan
mengesahkannya; atau
b. ia telah dibuat semasa pembuatnya sakit tenat dan kemudian meninggal dunia
akibat sakit itu dan telah dibuat secara bertulis melalui suratcara yang
disempurnakan olehnya dan disaksikan oleh dua orang Islam dewasa yang tinggal
di kariah masjid yang sama dengan pembuat itu.
Seksyen ini tidaklah berkuatkuasa untuk menjadikan sah mana-mana wasiat, alang semasa
marad-al-maut, wakaf atau nazr yang tak sah di bawah peruntukan-peruntukan Hukum Syarak.
Seksyen 64
Pendapatan daripada wakaf dan nazr
Pendapatan daripada sesuatu wakaf khas, jika diterima oleh Majlis, hendaklah digunakan olehnya
mengikut peruntukan-peruntukan yang sah bagi wakaf khas itu.
1. Pendapatan daripada tiap-tiap wakaf lain dan tiap-tiap nazr 'am hendaklah dibayar
kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.
Seksyen 65
Modal wakaf dan nazr 'am
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dan subseksyen (2) dan (3), harta dan aset modal
yang tersentuh oleh mana-mana wakaf atau nazr 'am yang sah tidak boleh menjadi sebahagian
daripada Kumpulan Wang, tetapi hendaklah digunakan menurut wakaf atau nazr 'am itu dan
dipegang sebagai wang yang berasingan.
Jika, oleh sebab lampau masa atau perubahan hal keadaan, maka tidak mungkin lagi dapat
dijalankan secara berfaedah peruntukan-peruntukan tepat bagi mana-mana wakaf atau nazr 'am,
Majlis hendaklah menyediakan suatu skim bagi menggunakan harta dan aset yang tersentuh
olehnya dengan cara yang sehampir mungkin sama dengan yang dikehendaki oleh terma-terma
wakaf atau nazr 'am itu, dan hendaklah menggunakannya dengan sewajarnya
Dengan syarat bahawa Majlis boleh, dengan kelulusan bertulis daripada Yang di-Pertuan Agong,
mengarahkan supaya harta dan aset itu hendaklah ditambahkan kepada dan menjadi sebahagian
daripada Kumpulan Wang.
sambung
Jika terma-terma mana-mana wakaf atau nazr 'am tidak menyatakan cara penggunaan harta dan
aset modal yang tersentuh olehnya, atau ada ketentuan tentang cara bagaimana ia hendak
digunakan, Majlis boleh mengarahkan supaya cara penggunaan harta dan aset modal itu
ditambahkan kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.
Segala suratcara yang mewujudkan, yang menjadi keterangan, atau yang menyentuh manamana wakaf atau nazr 'am, berserta dengan mana-mana dokumen hakmilik atau cagaran lain
yang berhubungan dengannya, hendaklah dipegang dan disimpan oleh Majlis.
Seksyen 66
Pengertian suratcara
Jika, pada pendapat Majlis makna atau natijah mana-mana suratcara atau perisytiharan yang
mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf atau nazr adalah samar-samar atau tak
berketentuan, Majlis bolehlah merujukkan perkara itu kepada Mufti bagi mendapatkan
pendapatnya tentang makna dan natijah itu, dan hendaklah bertindak menurut apa-apa pendapat
yang diberikan sedemikian oleh Mufti
Seksyen 67
Akaun dan laporan tahunan
Peruntukan-peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 hendaklah
terpakai bagi Majlis dan bagi mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini.
Akta 240.
Seksyen 68
Harta wakaf dan nazr
Dengan seberapa segera yang mungkin selepas 31 haribulan Disember tiap-tiap tahun, Majlis
hendaklah menyediakan, mengeluarkan dan menyiarkan dalam Warta satu senarai semua harta,
pelaburan dan aset yang terletakhak pada Majlis tertakluk kepada mana-mana amanah, wakaf
atau nazr, dan yang tidak menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang
Seksyen 69
Anggaran-anggaran
Majlis hendaklah menyediakan dan mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong tidak
lewat daripada 31 haribulan Oktober dalam setiap tahun, anggaran-anggaran kesemua
pendapatan dan perbelanjaan Majlis, termasuk di dalamnya anggaran-anggaran segala harta
yang boleh diterima dan boleh dilupuskan dalam bentuk barang-barang, berkenaan dengan tahun
yang berikut. Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Menteri, boleh meluluskan anggaran-anggaran
itu atau boleh mengarahkan supaya ia dipinda. Apabila telah diluluskan atau dipinda sedemikian,
anggaran-anggaran tersebut hendaklah disiarkan dalam Warta.
Sambung
Majlis boleh pada bila-bila masa mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong anggarananggaran perbelanjaan tambahan berkenaan dengan tahun semasa, atau, pada bila-bila masa
sebelum 31 haribulan Mac dalam mana-mana tahun, berkenaan dengan tahun yang lalu, dan
anggaran itu boleh diluluskan atau dipinda, dan hendaklah disiarkan, mengikut cara yang serupa.
Tiada wang boleh dibelanjakan, atau harta dilupuskan dalam bentuk barang-barang, kecuali
mengikut anggaran-anggaran seperti yang disebut terdahulu itu dan atas baucer yang
ditandatangani oleh Pengerusi atau mana-mana pegawai Majlis atau mana-mana pegawai lain
yang diberikuasa oleh Pengerusi
Seksyen 70
Perbelanjaan Majlis
Seksyen 71
Jurubank.
Majlis hendaklah melantik mana-mana jurubank yang sesuai dan boleh mengendalikan apa-apa
akaun atau akaun-akaun yang difikirkan patut.
Pembayaran-pembayaran oleh Majlis amaun-amaun yang melebihi lima puluh ringgit hendaklah
dibuat melalui cek. Semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dibayar ke dalam
suatu akaun bank Majlis mengikut cara yang diperuntukkan dalam Prosedur Kewangan Majlis.
Cek-cek yang dikeluarkan daripada mana-mana akaun bank Majlis hendaklah ditandatangani
oleh Pengerusi atau mana-mana anggota atau pegawai Majlis atau mana-mana pegawai lain
yang diberikuasa oleh Pengerusi.
BAHAGIAN 7 (MASJID)
Seksyen 72
Peramanahan masjid-masjid dan tanah-tanah yang berkaitan
Walau apa pun apa-apa peruntukan yang bertentangan dalam mana-mana suratcara bertulis,
Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah bagi semua masjid dalam Wilayah-Wilayah
Persekutuan; dan tiap-tiap masjid, bersama dengan tanah yang di atasnya terdiri masjid itu dan
mana-mana tanah yang berhubungan dengan dan digunakan bagi maksud-maksud masjid itu,
selain daripada tanah Kerajaan atau tanah yang dirizab bagi maksud awam, hendaklah, sebaik
sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang relevan yang berhubungan dengan
tanah, dan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan, atau pemindahmilikan, terletakhak
pada Majlis bagi maksud-maksud akta ini
Seksyen 73
Sekatan keatas penubuhan masjid
Seksyen 74
Penyenggaraan masjid dan kawasannya
1) Majlis hendaklah memastikan bahawa semua masjid dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan
adalah disenggarakan dalam keadaan pembaikan yang sepatutnya dan bahawa kawasankawasannya disenggarakan dalam keadaan kebersihan yang sepatutnya; dan Majlis boleh
memperdapatkan dan menggunakan, atau membenarkan pemerdapatan dan penggunaan, wang
khas bagi maksud pembaikan dan penyenggaraan itu, atau bolehlah membayar kos pembaikan
dan penyenggaraan itu daripada Kumpulan Wang.
(2) Naqib Masjid atau Imam hendaklah dengan segera memberitahu Majlis tentang apa-apa
keadaan yang memerlukan pembaikan dalam masijdnya, dan hendaklah memeriksa atau
mengawasi mana-mana pembaikan itu sebagai ejen untuk dan bagi pihak Majlis.
(3) Tiada perubahan material kepada struktur masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis
daripada Majlis.
(4) Majlis boleh mengarahkan sesuatu jawatankuasa kariah supaya menyenggarakan masjid
yang di bawah tanggungjawabnya di dalam keadaan pembaikan yang sepatutnya.
Seksyen 75
Sempadan kariah masjid
Majlis boleh pada bila-bila masa melalui pemberitahuan dalam Warta menentukan, meminda,
atau mengubah sempadan mana-mana kariah masjid
Seksyen 76
Perlantikan Pegawai Masjid
1) Bagi tiap-tiap masjid dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan hendaklah dilantik seorang Naqib
Masjid, seorang Imam, seorang Imam Ratib, seorang Bilal dan seorang Pembantu Bilal.
(2) Jawatan-jawatan Naqib Masjid, Imam dan Bilal hendaklah menjadi jawatan-jawatan dalam
perkhidmatan awam am Persekutuan.
(3) Naqib Masjid, Imam dan Bilal hendaklah dilantik oleh Majlis daripada kalangan orang yang
berkhidmat dalam perkhidmatan Pentadbiran Agama.
(4) Imam Ratib dan Pembantu Bilal hendaklah dilantik oleh Majlis, atas nasihat Jawatankuasa
Perundingan Hukum Syarak, daripada kalangan anak kariah.
(5) Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, tiap-tiap orang yang sebelum sahaja mula
berkuatkuasanya seksyen ini, telah menjadi Imam dan Bilal suatu masjid yang dilantik di bawah
Enakmen, hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai
Imam atau Bilal masjid itu masing-masingnya dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 78, terus
memegang jawatan sebagai yang demikian
Seksyen 77
Tauliah.
Tiap-tiap orang yang dilantik oleh Majlis menjadi Pegawai Masjid, termasuk tiap-tiap orang yang
disifatkan telah dilantik sedemikian di bawah subseksyen (5) seksyen 76, hendaklah diberi tauliah
oleh masjid Tiap-tiap Pegawai Masjid hendaklah mempunyai kuasa-kuasa dan tugas-tugas yang
dinyatakan dalam tauliah mereka masing-masing.
Seksyen 78
Tempoh jawatan Pegawai Masjid
(1) Perlantikan seseorang Pegawai Masjid boleh ditamatkan melalui notis daripada Majlis.
(2) Tiada seorang pun Imam Ratib dan Pembantu Bilal boleh terus memegang jawatan itu
selepas mencapai umur enam puluh tahun.
(3) Adalah menjadi kewajipan Setiausaha untuk membawa kepada pengetahuan Majlis apa-apa
kelakuan keji mana-mana Pegawai Masjid, sama ada berhubungan dengan tugas-tugasnya
sebagai yang demikian atau selainnya, dan untuk membuat apa-apa syor yang munasabah.
Seksyen 79
Kawalan dan arahan ke atas Pegawai Masjid
Dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka, Imam, Imam Ratib, Bilal dan Pembantu Bilal hendaklah
tertakluk kepada kawalan dan arahan Naqib Masjid.
Seksyen 80
Penghapusan jawatan Nazir
Apabila mula berkuatkuasanya seksyen 76, jawatan Nazir masjid tidak lagi wujud.
Seksyen 81
Jawatankuasa kariah.
1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat kaedah-kaedah bagi(a)penubuhan sesuatu jawatankuasa kariah;
(b)menetapkan cara bagaimana anggota-anggota jawatankuasa kariah itu hendaklah dilantik;
(c)menetapkan fungsi-fungsi jawatankuasa kariah.
(2) Jawatankuasa kariah, bersama-sama dengan Pegawai Masjid, hendaklah(a) bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik bagi masjid dan semua
tanah perkuburan Islam dalam kariahnya;
(b) bertanggungjawab bagi kelakuan anak kariah dalam perkara-perkara yang berhubungan
dengan agama Islam; dan
© memberikan maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua perkara yang
berbangkit dalam kariah itu yang menghendaki perhatian Majlis.
Seksyen 82
Pengecualian
(1) Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengecualikan mana-mana masjid
daripada semua atau mana-mana peruntukan Bahagian ini.
(2) Peruntukan-peruntukan Bahagian ini, kecuali seksyen 72, tidaklah terpakai bagi Masjid
Negara.
Seksyen 83
Kuasa meminda Jadual Ketiga
Majlis boleh, dari semasa ke semasa, meminda Jadual Ketiga melalui pemberitahuan dalam
Warta
BAHAGIAN 8 (PUNGUTAN KHAIRAT)
Seksyen 84
Pungutan khairat
1)
Majlis boleh memungut, atau memberikan surat kebenaran dengan terma-terma yang
difikirkannya patut kepada mana-mana orang atau kumpulan orang, membenarkan orang
atau kumpulan orang itu memungut wang atau sumbangan-sumbangan lain bagi apa-apa
maksud khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orangorang Islam mengikut Hukum Syarak.
(2)
Maka hendaklah disifatkan sebagai suatu terma tiap-tiap surat kebenaran itu bahawa
penerima kebenaran itu dan tiap-tiap orang lain yang dibenarkan melaluinya untuk
memungut wang atau sumbangan lain hendaklah-
(a)
mengeluarkan berkenaan dengan tiap-tiap jumlah wang yang dipungut sedemikian suatu resit
mengikut nombor siri dalam borang yang ditetapkan;
(b)
menyimpan akaun-akaun yang benar dan lengkap bagi semua jumlah wang dipungut
sedemikian dan tentang pelupusannya dengan semua baucer yang sepatutnya;
©
mengemukakan apabila dituntut potongan resit dan semua akaun dan baucer-baucer itu bagi
pemeriksaan dan pengauditan oleh Majlis;
(d)
menggunakan dan melupuskan semua jumlah wang yang dipungut sedemikian mengikut
terma-terma surat kebenaran itu atau jika tiada cara melupuskan wang itu dibenarkan dengan
nyata olehnya, membayar dan mengakaunkannya kepada Baitulmal.
(3)
Wang yang dipungut menurut seksyen ini bolehlah digunakan bagi apa-apa maksud yang
dinyatakan oleh Majlis, dan jika tiada maksud dinyatakan sedemikian, hendaklah menjadi
sebahagian daripada Kumpulan Wang.
(4)
Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang
bagi apa-apa maksud seperti yang disebut terdahulu itu kecuali dengan kuasa nyata daripada
Majlis atau menurut kuasa surat kebenaran di bawah subseksyen (1).
(5)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau
didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya
BAHAGIAN 8 (MASUK ISLAM)
Seksyen 85
Kehendak-kehendak bagi masuk Islam
(1)
(a)
Kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi kemasukan sah seseorang itu
ke dalam agama Islam:
orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam bahasa Arab secara yang
semunasabahnya jelas;
(b)
pada masa mengucap dua kalimah Syahadah itu, orang itu mestilah sedar bahawa ia
bermakna
"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawa Nabi Muhammad S.A.W ialah Pesuruh Allah"; dan
©
pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati orang itu sendiri.
(2)
Seseorang yang tiada dapat bercakap boleh, bagi maksud memenuhi kehendak perenggan
(a) subseksyen (1), mengucapkan dua kalimah Syahadah dengan cara isyarat yang
menunjukkan makna yang dinyatakan dalam perenggan (b) subseksyen itu
Seksyen 86
Saat masuk Islam
Seseorang itu masuk Islam dan menjadi seorang Islam sebaik-baik sahaja dia habis mengucap
dua kalimah Syahadah dengan syarat bahawa kehendak-kehendak seksyen 85 adalah dipenuhi,
dan orang itu hendaklah selepas itu disebut sebagai seorang muallaf
Seksyen 87
Tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan seseorang muallaf
Dari saat kemasukannya, seseorang muallaf menjadi tertakluk kepada tugas-tugas dan
kewajipan-kewajipan yang sama seperti mana-mana orang Islam yang lain
Seksyen 88
Pendaftar dan Daftar Muallaf
Seseorang Pendaftar Muallaf hendaklah dilantik oleh Majlis untuk menyenggarakan suatu Daftar
Muallaf dalam bentuk yang ditetapkan untuk pendaftaran muallaf.
Seksyen 89
Pendaftaran muallaf
(1)
Seseorang yang telah masuk Islam boleh memohon kepada Pendaftar dalam borang yang
ditetapkan untuk pendaftaran sebagai seorang muallaf.
(2)
Jika Pendaftar berpuas hati bahawa kehendak-kehendak seksyen 85 telah dipenuhi
berkenaan dengan orang itu, Pendaftar boleh mendaftarkan kemasukan Islam orang itu
dengan mencatatkan dalam Daftar Muallaf nama orang itu dan butir-butir lain
sebagaimana yang dikehendaki dalam Daftar.
Sambung
(3)
Pendaftar hendaklah juga menentukan tarikh masuk Islam dan mencatatkan tarikh itu dalam
Daftar Muallaf.
(4)
Untuk memuaskan hatinya akan hal dan tarikh masuk Islam, dan butir-butir lain yang hendak
dicatatkan dalam Daftar Muallaf, Pendaftar boleh membuat siasatan-siasatan dan memanggil
apa-apa keterangan sebagaimana yang dia fikirkan perlu, tetapi subseksyen ini tidak boleh
ditafsirkan sebagai menghalang Pendaftar daripada hanya bergantung kepada kata pemohon
bagi kemasukan Islam itu setakat yang berkenaan dengan hal dan tarikh masuk Islam itu.
(5)
Jika Pendaftar tidak berpuas hati bahawa kehendak-kehendak seksyen 85 telah dipenuhi
berkenaan dengan pemohon bagi kemasukan Islam, dia boleh membenarkan pemohon itu
mengucap, di hadapannya atau di hadapan mana-mana pegawainya, dua kalimah Syahadah
mengikut kehendak-kehendak seksyen itu.
Seksyen 90
Perakuan Masuk Islam
1)
Pendaftar hendaklah memberikan kepada tiap-tiap orang yang kemasukan Islamnya telah
didaftarkan suatu Perakuan Masuk Islam dalam borang yang ditetapkan.
(2)
Perakuan Masuk Islam hendaklah menjadi bukti muktamad akan hal-hal yang dinyatakan
di dalamnya.
Seksyen 91
Pengiktirafan muallaf sebagai orang Islam
(1)
Seseorang yang telah masuk Islam dan telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf hendaklah,
bagi maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri, dan untuk semua
masa, diperlakukan sebagai seorang Islam.
(2)
Seseorang yang kemasukan Islamnya dan telah didaftarkan di bawah mana-mana
undang-undang mana-mana Negeri hendaklah, bagi semua maksud di Wilayah-Wilayah
Persekutuan dan bagi maksud-maksud menguatkuasakan di Wilayah-Wilayah
Persekutuan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang, diperlakukan sebagai
seorang Islam
Seksyen 92
Menentukan sama ada orang yang tak didaftarkan ialah seorang muallaf
Jika apa-apa soalan timbul dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan sama ada seseorang itu adalah
seorang muallaf, dan orang itu tidak didaftarkan dalam Daftar Muallaf atau di bawah mana-mana
undang-undang mana-mana Negeri sebagai seorang muallaf, soalan itu hendaklah diputuskan
berdasarkan kepada merit kes itu mengikut seksyen 85.
Seksyen 93
Kesalahan memberi maklumat palsu
Mana-mana orang yang, dalam sesuatu permohonan untuk pendaftaran di bawah seksyen 89,
atau sebagai jawapan kepada apa-apa permintaan untuk maklumat atau keterangan yang dibuat
oleh Pendaftar di bawah seksyen itu, dengan sengaja memberi kepada Pendaftar apa-apa
maklumat atau keterangan palsu atau yang mengelirukan adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 94
Kuasa membuat kaedah-kaedah
Majlis boleh membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Bahagian ini.
Seksyen 95
Keupayaan masuk Islam
Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia
sempurna akal dan(a)
mencapai umur lapan belas tahun; atau
(b)
jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya
mengizinkan kemasukannya
BAHAGIAN 9 (PENDIDIKAN AGAMA)
Seksyen 96
Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama
(1)
Majlis hendaklah melantik suatu jawatankuasa yang hendaklah dikenali sebagai
Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama, yang hendaklah terdiri daripada(a) seorang Pengerusi; dan
b) tidak kurang daripada tiga orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan
kepakaran yang sesuai.
(2)
Setiausaha Majlis hendaklah menjadi setiausaha kepada jawatankuasa itu dan hendaklah
bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan jawatankuasa itu.
(3)
Jawatankuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan tauliah bagi maksud
mengajar mengenai apa-apa aspek agama Islam dan untuk menarik balik tauliah sedemikian
(4)
Majlis, dengan kelulusan Menteri, boleh membuat kaedah-kaedah yang mengadakan
peruntukan bagi
Sambung
(a)
prosedur, kehendak-kehendak dan perkara-perkara lain berhubungan dengan pemberian
tauliah di bawah seksyen ini, termasuk fee-fee yang boleh dikenakan;
(b)
prosedur jawatankuasa itu;
©
elaun yang patut dibayar kepada anggota-anggota jawatankuasa.
Seksyen 97
Sekolah Agama
Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk mendaftar sekolah-sekolah Agama Islam di WilayahWilayah Persekutuan.
Seksyen 98
Pengecualian
Majlis boleh mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada mana-mana
peruntukan Bahagian ini.
BAHAGIAN 10 (AM)
Seksyen 99
Kaedah-kaedah
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis, membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah
disiarkan dalam Warta, bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini, dan khususnya, tetapi
tanpa menjejaskan keluasan yang terdahulu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan
bagi(a)
prosedur Majlis, bentuk dan cara penyempurnaan suratcara-suratcara oleh Majlis, dan
perlantikan pegawai-pegawai bawahan Majlis;
(b)
fee-fee yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan
di bawah atau menurut Akta ini, dan cara memungut dan melupuskan fee-fee itu;
©
perlantikan jawatankuasa-jawatankuasa Majlis dan kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan dan
prosedurnya;
(d)
borang-borang, daftar-daftar, buku-buku akaun, laporan-laporan, akaun-akaun, anggaran,
dan dokumen-dokumen lain yang hendak digunakan berkenaan dengan apa-apa tindakan
atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Akta ini;
(e)
pengelolaan mana-mana pungutan khairat dan pelupusan hasilnya;
(f)
pengelolaan mana-mana masjid atau surau atau tanah perkuburan dan semua perkara yang
berhubungan dengannya;
(g)
kuasa-kuasa dan tugas-tugas Pegawai Masjid;
(h)
penentuan dan penyiaran sempadan-sempadan kariah Masjid;
(i)
jagaan dan pengajaran bagi muallaf, dan cara mendaftarkan muallaf;
(j)
pentadbiran sekolah-sekolah Islam dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran
agama
Seksyen 100
Kecualian kaedah-kaedah dan perlantikan-perlantikan
Semua kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran dan perlantikan
yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis
yang dimansuhkan oleh Akta ini hendaklah terus berkuatkuasa, setakat yang ia tidak bertentangan
dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh kaedah-kaedah,
perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran, atau perlantikan yang dikeluarkan atau
dibuat di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini.
BAHAGIAN 10 (AM)
Seksyen 101
Peralihan
Apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, semua kuasa Mahkamah Kathi Besar atau MahkamahMahkamah Kathi yang ditubuhkan di bawah seksyen 44 Enakmen hendaklah diambil alih atau
dijalankan oleh Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 dan mana-mana
sebutan mengenai Mahkamah Kathi Besar hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai
Mahkamah yang ditubuhkan di bawah subseksyen (2) seksyen 40
Seksyen 102
Pindaan seksyen 165 dan 166 Enakmen
Act 505.
(1) Seksyen 165 Enakmen dalam pemakaiannya bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan
adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "112 of this Enactment,
erects any mosque, or dedicates or otherwise applies any existing building as or for
the purposes of a mosque" dengan perkataan-perkataan "73 of the Administration of
Islamic Law (Federal Territories) Act 1993, erects any building to be used as a mosque,
or otherwise applies any building for the purposes of a mosque, or causes or permits
any building to be use as a mosque".
(2) Seksyen 166 Enakmen adalah dipinda dengan memasukkan selepas perkataan
"Kathi", perkataan "or a tauliah granted under section 95(3) of the Administration of
Islamic Law (Federal Territories) Act 1993".
Seksyen 102
Pemberhentian Pemakaian Anakmen