Sistem latihan kemahiran di Negara ini telah bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi dan ianya t... more Sistem latihan kemahiran di Negara ini telah bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi dan ianya terus berevolusi dari masa ke masa sehinggalah tibanya pengaruh dual system iaitu sistem dual di negara ini. Penulisan konsep yang dilakukan secara kajian literatur mendalam ini akan membincangkan secara ringkas berkenaan dengan pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di Malaysia dan seterusya melakukan perbandingan dengan sistem dual yang dijalankan di Jerman. Perbandingan literatur akan dilakukan dari pelbagai aspek terutamanya aspek teras, matlamat utama dan bagaimana pelaksanaan sistem dual ini dijalankan di kedua-dua buah negara. Faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan holistik sistem dual ialah bagaimana kerjasama yang erat di antara pihak industri dengan pusat latihan dapat dibentuk dalam mencari kata sepakat dalam setiap aspek pelaksanaannya. Dengan berpandukan kepada matlamat utama proses pendidikan dan garis panduan pelbagai program dan pelan pembangunan modal insan yang sedang digunapakai di Negara ini, penulisan ini diharap akan dapat memberi satu perpekstif dan persepsi baru terhadap bagaimana pelaksanaan sistem dual ini secara sepenuhnya amat berpotensi dalam mengatasi pelbagai isu dan status dalam bidang pekerjaan iaitu World of Work. Ianya juga diharapkan akan dapat membantu dalam proses mencapai matlamat utama serta meningkatkan lagi stigma dan pandangan positif masyarakat terhadap pendidikan dan latihan teknik dan vokasional (TVET) di Malaysia amnya dan di peringkat global khasnya.
Kata Kunci: Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Sistem Dual, Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET).
Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 350-356
Pendidikan merupakan salah satu agenda utama dalam perancangan pembangunan negara. Hasil kepada p... more Pendidikan merupakan salah satu agenda utama dalam perancangan pembangunan negara. Hasil kepada proses pendidikan yang berpanjangan, maka akan wujud sebuah ketamadunan yang dapat berdiri megah dengan berpaksikan pendidikan bersifat universal. Bagaimanapun, proses pembentukan modal insan perlu melihat semula kepada pemahaman yang jitu dan tulen akan definisi pendidikan, kurikulum dan masyarakat supaya signifikan dalam membentuk integrasi ketiga – tiga komponen. Dalam konteks ini, pendidikan, kurikulum dan masyarakat sebenarnya saling bergantungan antara satu sama lain. Menerusi definisi yang dihuraikan dan disimpulkan, dapat dikaitkan bahawa hanya dengan pendidikan dan perancangan kurikulum yang mantap, maka akan lahir masyarakat yang mampu hidup dengan jiwa kesederhanaan dan tahu akan tujuan penciptaannya. Melihat kepada perkaitan yang dibuat mengenai komponen pendidikan, kurikulum dan masyarakat, maka dalam konteks ini kita boleh membuat pengaplikasian menerusi penerapan konsep pendidikan bersepadu. Konsep pendidikan sepadu ini kemudiannya dilanjutkan kepada proses pengintegrasian pendidikan, kurikulum dan masyarakat. Akhirnya, kita akan membentuk sebuah masyarakat yang berjiwa sederhana, mengenal hakikat kebenaran, mengaplikasikan ilmu pengetahuan dengan cara yang betul dan seterusnya mencapai konsep mengenal hakikat diri.
Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 214-222
Sejarah pendidikan kemahiran di Negara ini telah bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi dan ian... more Sejarah pendidikan kemahiran di Negara ini telah bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi dan ianya telah terus berkembang maju dari masa ke masa. Hal ini kerana, ianya sentiasa telah melalui pelbagai proses penyelidikan dan pembangunan bagi membaikpulih serta memantapkan lagi sistem yang sudah sedia ada. Penulisan ini menceritakan secara ringkas berkenaan dengan salah satu sistem latihan yang digunakan di Negara ini iaitu Sistem Latihan Dua Hala Nasional (NDTS) dan bagaimana ianya dapat membantu dalam memantapkan lagi sistem latihan sedia ada serta pada masa yang sama membantu dalam memacu perkembangan ekonomi Negara terutamanya dalam sektor perindustrian. Fokus utama sistem latihan ini ialah bagaimana kerjasama yang erat di antara pihak industri dengan pusat latihan dalam memastikan bahawa kurikulum yang digunakan di pusat latihan adalah sentiasa selari dengan apa yang diperlukan oleh pihak industri. Dengan berpandukan kepada matlamat utama pendidikan kemahiran di Negara ini, penulisan ini diharapkan dapat memberi satu perpekstif dan persepsi baru terhadap sistem latihan dua hala ini serta seterusnya memantapkan lagi sistem pendidikan dan latihan teknik dan vokasional di Malaysia.

Uploads