ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap beban tugas dan motivasi pengajaran dalam... more ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap beban tugas dan motivasi pengajaran dalam kalangan guru di sekolah menengah daerah Ranau dan hubungan antara kedua-duanya. Beban tugas guru dikategorikan kepada dua, iaitu beban tugas akademik dan beban tugas bukan akademik. Populasi kajian ini ialah 380 orang guru yang bertugas di lima buah sekolah menengah dalam daerah Ranau. Seramai 193 orang guru daripada tiga buah sekolah dipilih secara rawak menjadi sampel kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan melibatkan kaedah tinjauan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap beban tugas akademik adalah tinggi (M=3.79, SD=.211), tahap beban tugas bukan akademik adalah tinggi (M=4.43, SD=.174), tahap beban tugas guru adalah tinggi (M=4.11, SD=.159) dan tahap motivasi pengajaran guru adalah sederhana (M=3.56, SD=.538). Keperluan fisiologi pelajar dan penyediaan fizikal bilik darjah perlu dipenuhkan terlebih dahulu. Pelajar yang berasa tenang dan selesa kurang menimbulkan masalah disiplin. Bagi guru pula, perkara ini dapat mengurangkan beban tugas mereka dalam menangani masalah disiplin pelajar. Pengurangan beban tugas berkaitan disiplin dapat menyumbang kepada keadaan kerja yang lebih baik kepada guru. Pengenalan Profesion keguruan merupakan profesion yang sungguh mencabar memandangkan tugasnya yang begitu banyak dan tanggungjawabnya yang begitu berat. Di Malaysia, persoalan mengenai tekanan kerja dalam kalangan guru-guru juga menjadi topik penyelidikan. Beban tugas yang banyak telah menimbulkan kerumitan, ketidakpuasan hati dan keletihan emosi kepada guru. Di dalam kelas guru juga terpaksa membuat pelbagai keputusan dalam satu jangka waktu yang singkat (40 hingga 80 minit). Setiap hari seorang guru akan berhadapan dengan 20 hingga 120 orang pelajar dalam kelas yang terdiri daripada 20 hingga 30 orang pelajar. Guru tidak boleh menumpukan perhatian terhadap seorang pelajar sahaja, tetapi kepada semua pelajar dalam kelasnya yang mempunyai kepelbagaian minat, bakat, hambatan pembelajaran, keadaan emosi dan latar budaya. Oleh kerana itu, untuk menumpukan perhatian sekali gus terhadap semua pelajar memerlukan suatu seni kompleks yang tinggi. Beban tugas guru telah menjadi satu isu sejak lama dulu. Siti Rodziah Kadir (1982) telah membuat kajian tentang persepsi guru-guru yang mengajar Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di Selangor dan Negeri Sembilan. Guru-guru menyatakan kerumitan yang mereka alami ialah beban tugas yang berat, kekurangan peralatan, kekurangan persiapan mengajar kerana kursus yang diikuti tidak mencukupi, saiz kelas yang besar dan kerja-kerja perkeranian yang dibuat. Kerja-kerja perkeranian ini akan mendatangkan keletihan kepada guru dan boleh mengurangkan masa mengajar guru di dalam kelas serta membuatkan fikiran guru tidak tenteram kerana masanya sentiasa terganggu.

Uploads
Papers